Hi assalamualaikum. Sedikit pengenalan aku Cempaka, lewat 20an.
Straight forward luahan ni bukan minta kecaman tapi minta kata2 yang maybe boleh comfort aku.
Aku dibesarkan oleh strict parent tapi amatlah kurang dari segi didikan agama. Yang dimana zaman sekarang still ada family aku yang tak solat tak puasa.
Aku sendiri setakat ni alhamdulillah menjaga solat puasa boleh mengaji, syukur.
Tapi bukan pasal family aku tau, ni pasal aku. Aku pernah bertunang, perkenalan selama 5 tahun tunang 3 tahun dan akhirnya putus. Sebab putus dia menipu.
Kakak dia sendiri cerita hal sebenar. Tapi aku pernah terlanjur dengan bekas tunang aku sebelum kami bertunang.
Lepas tunang selama 3 tahun tu aku tak pernah jumpa tunang aku. So takde buat maksiat lah selama tempoh tu.
Aku tak nak benda ni jadi, aku selalu solat sunat taubat. Sebab aku bukan jenis macam tu.
Aku bukan jenis sosial, aku sejenis terperap kat rumah, kalau keluar tu memang atas pengetahuan keluarga. Cuma bila berdua, ada yang ketiga. Dalam hati tak nak pon jadi jugak.
Lepas putus tunang, aku ada kenal dengan someone ni. Benda sama berulang tapi tak terlanjur. Faham2 la.
Aku selalu fikir kenapa benda ni jadi pada aku sedangkan aku rasa aku dah cukup menjaga. Kifarah ke ni?
Wujud ke kita kena kifarah atas dosa orang orang adik beradik laki aku jenis tebuk anak orang dulu?
Aku selalu solat sunat taubat, tah la Allah terima ke tak. Aku selalu berdoa jauhkan aku dari maksiat. Aku memang taknak, nangis2 aku ingat dosa2 aku.
Kalau lah aku ditakdirkan berjodoh, layak tak aku dapat someone yang tahu agama, yang jaga solat yang puasa, at least basic agama walau aku macam ni? Layak tak?
Aku tak buruk perangai cuma saja aku terlalu ikutkan hawa nafsu, terbuai dengan pujuk rayu lelaki.
Aku dah serik. Aku dah taknak kenal dengan mana2 lelaki.
Seandainya aku berjodoh, moga aku dijodohkan dengan orang yang boleh terima aku seadanya dan bukan someone yang datang sekadar mengambil kesempatan.
Hari2 aku doa minta suami yang faham agama, orang aku tak mampu kalau dapat yang jenis tak solat tak puasa main judi and so on. Aku tak mampu nak ubah dia.
Layak ke aku?
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau tahu dah iman tu lemah, yang pergi keluar dating berdua tu kenapa? Islam haramkan dating sebab benda ni lah. Jangan keluar berdua. Dah tahu kan ada yang ketiga. Taubat lah sis. Jangan salahkan takdir. Salahkan kebodohan sendiri.