Salam semua. Aku Ungu. Aku dah kematian ayah dan ibu. Tapi aku masih ada seorang ibu angkat yang mana susah senang bersama ibuku suatu ketika dulu.
Malam ni, mak angkat aku ada buka satu cerita yang sangat aku tak jangka. Aku tak tahu apa aku rasa sekarang. Terkejut memang pasti. Tapi ada lagi perasaan lain yang aku tak dapat nak gambarkan.
Baru hari ni aku tahu cerita sebenar setelah umur aku hampir 40-an.
Baru harini aku dapat jawapan untuk soalan yang aku dah lama aku nak tahu jawapan nya. Baru hari ni segalanya terungkap. Dan baru harini aku tahu punca situasi aku sekarang.
Cerita bermula mengenai tanah pusaka mak yang masih belum diselesaikan faraidnya.
Tanah tu sebenarnya tanah yang dihadiahkan oleh anak tiri mak bernama Rashford (bukan nama sebenar) kepada mak supaya jaga adik3 sebapa kepada beliau iaitu A, B, dan C setelah kematian bapa mereka, Maverick (bukan nama sebenar).
Setelah lama menjanda, akhirnya ayahku, Merah (bukan nama sebenar) terpikat pada mak. Tapi mak tak layan. Jadi, ayah pun bomohkan mak. Selalu ‘hantar barang’ kepada mak.
Akhirnya, mak tewas dan hampir menjadi gila. Maka, berkahwinlah mereka dan lahirlah seorang Ungu.
Ayah ni sebenarnya banyak harta. Jadi dia wariskan setiap anak2 yang seramai 6 orang dengan 3 orang isteri sebelum mak dengan sebidang tanah kecuali aku.
Oleh sebab aku je yang tak dapat warisan, jadi ayah paksa mak letak nama aku dalam geran tanah yang Rashid hadiahkan tadi.
Bila mak tak nak ikut cakap ayah, ayah pukul, tampar dan heret mak ke kolam ikan depan rumah kami untuk selam kepala mak dalam kolam tu.
Aku ingat peristiwa tu sewaktu aku balik sekolah tapi aku tak tahu sebab apa. Rupanya setelah berpuluh tahun baru aku dapat jawapan nya harini.
Dung dang dung dang, mak pun terpaksa setuju letak nama aku dalam geran. Bila mak meninggal, pakcik aku mintak geran nak tengok.
Bila nampak nama aku ada dalam geran, maka geram dan marahlah beliau kepada ayah. Tapi ayah dah meninggal, jadi yang kena hadap nya, akulah. Ok, habis cerita pasal geran.
Pastu pasal motor. Rupanya ayah paksa mak beli motor untuk hantar mak pergi kerja. Patutla mak bagitahu aku yang kos motor tu semua mak yang bayar tapi nama ayah.
Ayah paksa mak bagi RM5 setiap kali ayah hantar mak pergi kerja. Kalau tak, ayah tak nak hantar.
Pastu pasal susu. Dulu aku ingat ayah memang minum susu tepung campur indocafe setiap hari. Rupanya, ayah paksa mak beli susu untuk ayah.
Baru aku ingat dulu semua belanja rumah mak yang bayar. Semua duit pencen ayah habis kat anak ayah yang kaki kikis.
Aku selalu baca kisah biawak hidup dalam kisah rumah tangga orang. Baru harini aku sedar yang arwah ayah aku pun biawak hidup.
Jadi aku pun terfikir, layak ke ayah aku dapat doa aku dari dunia ni untuk dia di alam kubur?
– Ungu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalam kak doakan je macam biasa, itu tugasan akak sebagai seorang anak. Antara arwah ayah akak sepanjang hidup dia biar Allah yang bagi balasan. Tak perlu ada sifat dendam.