Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin sebab siarkan ceritaku. Cerita yang aku rasa bukak aib sendiri tapi aku tak boleh pendam.
Makin aku pendam, makin aku serabut. Hendak meluah kepada siapa? Kawan-kawan? Silap besar kalau aku luahkan kepada mereka.
Aku selalu mengadu dekat Allah dan aku tahu Allah maha mendengar sebab aku hambaNya. Aku hanya nak memberi nasihat kepada ibu bapa jangan terlalu percaya dengan ahli keluarga.
Aku seorang yang berusia 30 tahun dan masih belum berkahwin. Kehidupan aku pergi kerja dan balik kerja sahaja. Masa weekend aku memang habiskan duduk dekat rumah.
Mungkin korang nampak aku baik. Tetapi aku ada sisi gelap aku sendiri. Sisi gelap yang aku rasa jijik dan aku menyesal sampai harini.
Aku seorang berdikari, jarang susahkan orang dan kebanyakannya memang hadap sendiri. Aku ada kerjaya dalam bidang professional dan boleh tanggung diri sendiri tanpa fikir bantuan sesiapa.
Pakaian aku juga menutup aurat. Tudung melepasi dada, pakai stokin dan baju yang longgar.
Aku membesar dikampung dikelilingi oleh saudara mara makcik, pakcik, nenek dengan atuk semua tinggal selang sebuah rumah saja. Sepupu aku nama dia H. Membesar bersama H dengan mandi sungai, main pondok-pondok, pergi sawah dan banyak lagi lah.
Memang mak ayah aku tak kisah bila pergi sana sini naik basikal dengan H sebab makngah aku kata H sayang aku macam adik. Tambahan pulak memang aku duduk rumah makngah lepas habis sekolah sementara tunggu mak ayah aku balik kerja.
Kejadian ni masa aku darjah 2, aku masih ingat lagi bila H (masa ini dia darjah 6) mula masukkan tangan dalam seluar aku dan aku biarkan.
Pintu kunci. Ayat dia “Ni namanya main klinik2 dengan Dr. Kakak nak jadi Dr kan? Harini Abang jadi Dr, kakak jadi pesakit tau. Abang cek adik harini”.
Aku benci ayat ni. Sumpah!! Dan semenjak itu lah dia buat benda yang aku tak suka tapi dia larang aku bagitau siapa-siapa.
Katanya kalau aku bagitau, nanti aku kene pukul. Jadi aku diamkan saja walaupun aku tahu benda ni salah. Benda ni jadi sampai lah aku darjah 4. Aku sendiri tak tahu aku ada dara lagi atau tak. Sadis kan? (Aku taip sambil gigil, air mata non stop).
Aku diamkan sampai umur aku 30 tahun. Tiap kali aku ingat, aku akan tutup muka dengan bantal dan jerit.
Kadang aku akan mandi sambil gosok badan dengan berus dan pernah juga sampai calar balar. Aku nak hilangkan jijik!! Sekarang H pun dah kahwin dan ada anak perempuan.
Aku sampai berdoa biar anak dia rasa apa aku rasa. Bukan setakat itu pengalaman pahit aku, aku pernah kene intai masa mandi.
Yang ini pakcik aku sendiri yang intai. Aku kenal mata dia. Sumpah aku benci dengan benda ini. Sepupu lelaki aku yang lain pernah meraba aku masa aku tidur di rumah nenek.
Bila benda ada unsur macam ni jadi dekat aku, aku jadi seorang yang ketagih. Aku dah pandai o***ni dan mula tengok video lucah sejak tingkatan 2.
Dan aku tak pernah bercinta zaman sekolah sebab takut aku hanyut. Sedaya upaya aku akan cari jalan untuk tengok benda tu.
Susah nak tinggalkan bila dah sebati dengan diri.
Aku bercinta umur 26 tahun dan dia seorang yang baik pada mulanya. Aku sayang sangat dekat dia walaupun kami bercinta jarak jauh. Aku kenal dia masa pergi bercuti dengan kawan-kawan office di utara.
Dia selalu tanya khabar aku, rasa dihargai dan paling penting aku dah start mula kikis perasaan benci dekat lelaki. Tapi aku silap sebab dia juga ambil kesempatan dekat aku bila aku cerita hal sebenar.
Katanya “orang lain dah dapat takkan boyfriend tak dapat?” dan aku pun biarkan juga. Aku gagal kawal nafsu dan tiap kali dia datang KL aku akan layan nafsu dia walaupun tak terlanjur.
Sekarang ni aku dah tinggalkan dia dan aku mula jadi pendiam, rendah diri dan aku akan elak bila ada orang nak berkenalan dengan aku.
Ada ke orang lelaki yang nak jadikan aku isteri? Ada? Aku selalu tertanya-tanya dan nangis. Aku rasa jijik dengan diri sendiri bila ingat balik.
Ada ramai yang nak berkenalan dengan aku tapi aku tolak dengan cara baik. Sebab aku rasa tak layak langsung dan aku takut kifarah dosa menghantui diri nanti bila dah kahwin.
Walaupun aku seorang pendosa, tetapi aku tak pernah tinggalkan solat, puasa dan mengaji.
Bila aku terfikir untuk o***ni, aku akan cepat ambil wuduk dan solat taubat. Kalau waktu siang, aku akan keluar dari rumah dan lepak tepi tasik sambil aku dengar zikir dan selawat. Aku takut seksa api neraka dan mati dalam keadaan berdosa.
Baru-baru ni aku berkenalan dengan seseorang yang aku rasa nasib dia sama macam aku. Bezanya dia lelaki.
Dia pun terdedah dengan benda ni dari zaman sekolah rendah. Aku selesa dengan dia. Dulu dia seorang kaki perempuan, kaki kelab dan tidak solat.
Katanya dah 3 tahun dia tinggalkan dunia jahil dia. Dia mula sedar bila dia buat dosa dia rasa bersalah dan macam-macam benda jadi dekat dia.
Dia berdosa sebab rosakkan anak dara orang dan dia pun takut nak berkahwin sebab takut dosa lama terpalit dekat anak.
Aku mula beranikan diri cerita hal sebenar yamg jadi dan masa tu aku menangis semahunya. Dia paham aku dan dia beri aku semangat.
Walaupun dia tahu aku bukan perempuan yang baik tapi tak pernah sekali pun dia ambil kesempatan dekat aku apatah lagi nak mengungkit cerita lama.
Dia pernah suarakan untuk ajak aku berkahwin tapi aku dah kata, aku tak layak!! Dan dia masih memujuk.
Aku terfikir mungkin ini jodoh cerminan diri dan aku nangis semahunya. Sakitnya perasaan ini Ya Allah. Sangat sakit.
Buat pembaca sekalian, aku mohon sangat supaya ajarlah anak kalian tentang private part dan tolonglah percaya apa yang anak cakap kalau dia meluah tentang orang sentuh private part.
Belajar bertanya dengan anak ada tak orang lain sentuh private part? Jangan biarkan diorang jadi macam aku. Kesian anak-anak nanti.
Sangat sakit perasaan yang aku tanggung. Tolong doakan aku insan yang hina ni. Tolong doakan aku kuat untuk melupakan dan memaafkan.
Terima kasih sudi luangkan masa baca coretan aku yang tak penting pun ni. Sekurangnya aku dah lega sebab meluah.
– Si pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit