Layakkah Aku Bahagia Selepas Maksiat Ini?

Salam semua. Aku perkenalkan diri aku sebagai Vi. Berumur pertengahan 20-an. Sudah bekerja selama 3 tahun.

Setahun yang lalu, aku berkenalan dengan seorang lelaki bernama Z di satu portal cari jodoh.

Memandangkan aku bukan jenis ramai kawan lelaki & tidak bergaul dengan ramai orang, itu saja jalan untuk aku mencari calon suami.

Selepas seminggu berhubung dengan Z di portal tersebut, kami bertukar nombor telefon dan sambung berchatting di whatsapp.

Setelah sekian lama berhubung, aku sangat menyukai Z kerana dia mempunyai ciri-ciri yang aku impikan dan kami berniat untuk berkahwin.

Namun disebabkan oleh PKP, keluarga kami tidak dapat bertemu untuk berkenalan sesama keluarga terlebih dahulu memandangkan aku di Utara dan dia di Kuala Lumpur.

Aku cuba memujuk parents untuk berkenalan dengan keluarga Z melalui video call. Namun parents aku lebih suka jika family Z datang ke rumah aku.

Nak dijadikan cerita, aku mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur selepas beberapa bulan ditemu duga.

Akhirnya, aku dapat bertemu dengan Z setelah hampir beberapa bulan hanya berkenalan di whatsapp.

Pertemuan pertama kami hanya di dalam kereta. Dia takeaway makanan, kami makan sambil berborak di dalam kereta.

Hampir setiap minggu menjadi rutin kami untuk bertemu.

Suatu hari, dia memegang tanganku buat pertama kali selepas kami berjumpa. Ada sebuah lori di kanan kami, di kiri pula hanya dinding kosong. Jadi, tiada sesiapa yang memerhati.

Bukan hanya memegang tangan, Z memeluk tubuhku dan mencium aku. Aku seolah-olah dipukau, hanya membenarkan sahaja permintaannya.

Dia memujuk aku until check-in, lalu aku angguk dan bersetuju. Aku tewas dengan syaitan.

Selepas kejadian itu, aku sangat berasa kotor dan hina. Aku tak dapat tidur lena.

Aku jujur pada Z, aku rasa berdosa, kita tak patut macam ni. Semua ini dosa! Aku meminta untuk memutuskan hubungan.

Aku tak rasa boleh berkahwin dengannya kerana aku menganggap dia tidak ‘baik’ untuk menjadi seorang suami.

Z memujuk dan berjanji untuk bertanggungjawab dan berkahwin dengan aku. Z menyuruh kami untuk solat taubat & meminta ampun pada Allah.

Kami tidak bertemu lagi selepas kejadian itu.

Selepas rentas negeri dibenarkan, keluarganya terus datang ke rumah aku.

Kedua-dua keluarga bersetuju untuk membenarkan kami berkahwin pada awal tahun hadapan.

Kadang terdetik, betul ke aku nak kawin dengan dia selepas apa yang dia lakukan?

Dia bukan lelaki yang baik kerana ajak aku bermaksiat.

Dan aku juga bukan perempuan yang baik kerana menerima ajakannya.

Namun entah kenapa, aku tetap mahu berkawin dengannya selepas apa yang terjadi.

Aku merenung lagi, dapatkah dia menjadi suami dan ayah yang baik kelak?

Apakah jaminan dia tidak bermaksiat dengan wanita lain selepas berkahwin dengan aku?

Macam-macam aku fikir.

Aku takut aku tidak bahagia selepas kawin nanti selepas apa yang aku lakukan.

Aku takut Allah menarik rasa bahagia itu selepas aku buat maksiat.

Hampir setiap malam aku bangun tahajjud dan membuat solat sunat taubat dengan harapan Allah beri petunjuk apa yang patut aku buat.

Dan aku mahu meminta pendapat, apa yang patut aku lakukan?

– Vi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *