Assalamualaikum buat semua membaca, maaf jikalau ayat aku sedikit berterabur, terima kasih andai kata confession ini disiarkan..
Cukup aku kenalkan nama diri sebagai Bunga.. Berusia lingkungan awal 20-an seorang student di ipta…
Aku ingin menceritakan satu kisah yang bagi aku tersangatlah sakit… Mohon kata ii semangat dari para pembaca….
Sedikit sebanyak pengenalan tentang diri ini, aku telah kehilangan ibu sejak di sekolah menengah lagi akibat kanser…. Ibuku merupakan seorang yang sangat baik, disengani oleh para pendidik yang lain,
Dan ya ibuku merupakan seorang guru tetapi telah pencen awal disebabkan ingin berehat dari sistem pendidikan yang agak memeningkan pada ketika itu yang menggunakan sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)…
Kalau dilihat ye aku akui ibuku merupakan seorang yang sangat baik pemurah, zuhud dan sebagainya,
Tapi ada suatu perkara yang agak kurang dari ibuku ini iaitu kurang dari segi percakapan terutamanya dalam memberi tunjuk ajar atau arahan yang perlu dilakukan oleh anak ii supaya dapat membantu dalam hidup seharian…
Pendek kata semua pekerjaan di dalam rumah ibuku yang buat… Ibuku meninggal awal aku masuk sekolah menengah…
Aku akui dahulu aku sangat ii tidak matang pada usia itu mungkin budak ii yang masih lagi tidak matang yang suka buang sampah merata-rata dan sebagainya.
Aku pun sebenarnya kurang ingat apa lah kesalahan kami adik-beradik pada ibuku sehinggakan ibuku mengeluarkan kata ii bagi aku sangat membunuh jiwaku iaitu “anak ii selalu buat hamba dekat umi”.
Tuu perkataan ibuku pada ketika dia sakit dan akhirnya meninggal…
Dan yang paling sakitnya ayahku selalu mengulang- ngulang kata ii berdarah ini kononnya sebagai pengajaran dan nasihat, tapi apabila selalu diulang ia sangat menyakiti mentalku.
Ayahku asyik ulang-ulang kepadaku dan juga kakakku sehingga sekarang. Selalunya kami berdualah yang kena kerana yang lain duduk jauh dan sudah bekerja..
Sungguh hati ini sangat sakit mendengarnya. Aku setiap kali ayah mengingatkan balik kata-kata itu selalu berfikir adakah aku layak ke syurga?..
Buat baik macam mana pun aku rasa akulah anak yang paling jahat…
Aku tertekan, sedih sangat ii, nasib iman masih berbaki dihati kadang ii ada juga rasa nak tamatkan je riwayat hidup ini, sebabnya ialah mak ayah dah cakap macamtu dekat anak terasa duniaku gelap..
Orang cakap redha Allah terletak kepada redha mak ayah… Layakkah aku ke syurga?
Pesananku kepada ibubapa….Maaf andaikata kami sebagai anak tidak mampu menjadi anak yang seperti diharapkan…
Tapi sekurang-kurangnya beritahulah kami apa yang salah dan jika perlu bagi arahan supaya anak-anak boleh memahami kehendak dan kepenatan yang dialami oleh ibubapa sekalian agar kami mengerti..
Tidak semua anak mempunyai tahap cakna yang tinggi kadang-kadang kami pun ada khilaf. Apabila ditegur baru tahu oh rupanya kami silap.
Maaf jikalau ada salah silap sepanjang menulis confession ini, hanya sekadar luahan hati yang terluka tanpa ubatnya.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit