Assalamualaikum.. Saya tergerak hati untuk balas luahan hati Dayang Senandung, (https://iiumc.com/jodoh-sukar-kerana-hodoh/).
Saya turut merasa sedih dan juga merasa tak adil kerana sis mendapat layanan seperti itu..
Mungkin jika orang luar, saya boleh tidak endahkan, tetapi apabila keluarga sendiri yang memberi layanan tersebut sungguh sedihnya hati.. Sedangkan kita tidaklah meminta-minta untuk dilahirkan sedemikian rupa penuh kekurangan..
Sis, memandangkan kebanyakan lelaki malaysia bajet tak bagus.. Inginkan pasangan yang cantik putih melepak.. Apatah lagi lelaki yang bajet bagus kan.. Tak semua tapi kebanyakan..
Saya dengan senang hati mengesyorkan agar sis mencari pasangan yang bukan orang malaysia.. Contohnya turki, korea, belanda dan sebagainya..
Saya perhatikan lelaki-lelaki dari luar negara tak semua tapi kebanyakannya tak memilih rupa.. Mereka lagi utamakan hati budi.. Mereka juga sangat menghargai dan tak memandang rendah orang lain..
Apa kata sis cuba-cuba download apps dating yang international punya.. Sis google apps yang mana sesuai.. Saya yakin kalau lelaki di negara ini bukan jodoh sis, maka jodoh sis mungkin berada dari negara lain..
Saya juga macam sis.. Banyak kekurangan.. Bagi saya, saya tak cantik pun.. Muka ada parut jerawat..
Dulu-dulu zaman sekolah muka penuh jerawat.. Breakout teruk.. Tapi saya selalu yakinkan diri akan ada lelaki khas yang pada pandangannya saya cantik tetapi tidak di pandangan lelaki lain..
Bertahun-tahun saya berdoa.. Saya sebut doa-doa secara detail seperti doa agar diberi jodoh yang baik.. Yang menerima kekurangan saya.. Yang sedap mata memandang..
Alhamdulillah tamat persekolahan saya bertemu jodoh di tempat kerja.. Persis seperti dalam doa..
Itupun saya bertemu dengan dia sebulan selepas breakheart dengan lelaki lain yang katanya ingin berubah menjadi lebih baik dan merasa dia tak layak untuk saya..
Sis, saya sudah banyak menyaksikan pasangan yang berbeza negara.. Yang satu ada rupa manakala yang satu tak ada.. Mereka saling melengkapi.. Jadi bukanlah sis hodoh sehingga tak bertemu jodoh..
Cuma orang lelaki tak pandai menilai sebaiknua.. Mungkin rupa paras sis bukan jadi pilihan.. Tetapi siapa tahu rupa paras itulah yang menjadi idaman lelaki negara lain..
Saya cuma berniat baik berkongsi pandangan saya.. Tak salah kita usaha cari alternatif lain kan.. Maaf seandainya confession ini menyinggung perasaan kaum lelaki yang ada di malaysia ini..
Tapi ada betulnya kan.. Eleh antara pembaca-pembaca lelaki ni pun mesti macam yang Dayang Senandung sebutkan tu.. Bukan test korang berkulit gelap kan.. Semua nak cantik je..
Perkara yang sama juga untuk lelaki-lelaki yang mengalami hal sedemikin.. Bolehlah mencuba mencari minah saleh.. Di negara ni banyak je wanita tak pandang rupa..
Cumanya dorang dah lebih dulu disakiti dan dipersiakan oleh orang yang bajet ada tak ada tapi perangai curang sana sini.. Akhirnya sama-sama jodoh masih tersesat takpun terjaga jodoh orang lain..
Semoga berjaya pemburu jodoh semua!
– Bunga Daisy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit