Assalammualaikum semua wahai pembaca. Terima kasih sebab sudi membaca coretan aku. Terima kasih juga kepada admin kerana menyediakan platform luahan rasa.
Aku seorang wanita, dan berkahwin lebih 2 tahun, berumur 20an, dan suami 30an. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka.
Perkenalan kami singkat, dan atas restu kedua keluarga kami disatukan. Aku juga telah memohon petunjuk sebelum berkahwin. Ibu ku yang paling gembira apabila aku ingin berkahwin.
Aku adalah graduan tapi tidak bekerja setelah tamat kontrak tahun lepas. Aku ada buat bisness online kecilan2, walaupun tak seberapa, sekurangnya aku ada duit poket.
Aku buat diam2 sahaja. Duit itu untuk membayar ansurans kereta ku. Ibu bapaku paling banyak membantu aku. Aku umpama tiada suami. Kerana suami kurang ambil tahu masalah aku.
Boleh dikatakan perkahwinan aku bahagia hanya 6 bulan. Lepastu timbul konflik apabila suami semacam malas bekerja, selalu MC. Marah tak tentu hala. Maki hamun menjadi makanan harian. Salah sikit, memang aku jadi mangsa amarahnya.
Aku juga diugut untuk diedit gambar dan dimalukan di internet jika aku meninggalkannya. Malah dia suruh aku gugurkan kandungan jika aku mengandung.
Lagi sejak pindah masuk ke rumah mentua. Hidup ku tiada privacy. Dari sebelum kawen aku sudah tanya berkali-kali, adakah suamiku mampu??
Katanya mampu tapi semuanya tipu. Gajinya hanya mampu untuk sara diri sendiri sahaja. Dia juga lebih pentingkan untuk beli alatan gaming.
Kecewa kerana dia tiada usaha untuk menambah pendapatan. Dia selalu suruh aku bersyukur. Aku bukannya kucing yang hanya diberi makan.
Aku banyak menangis dan bersedih, kenapa aku yang alami? Aku tak pernah buat sesiapa. Aku cuba redha dengan ujian ini. Berkali aku cuba untuk fikir kan penceraian kerana aku sudah penat. Tapi dipujuk oleh ibu mentua ku.
Ibu bapa ku pula pada mulanya tidak sokong, tapi lama kelamaan mereka bersetuju sekiranya penceraian jalan terakhir. Sudah tentu memerlukan duit untuk urusan mahkamah dan emosi sebab tak tahu reaksi dari keluarga mentua.
Adakah suami akan menyulitkan proses penceraian. Tapi adakah suami akan berubah? Harapan ibu bapaku adalah aku bahgia seperti perkahwinan normal.
Aku tiada masalah dengan keluarga mentua, cuma aku tak selesa sebab kami tinggal di bilik bujang yang sempit. Suami pula suka berhenti kerja, dan menganggur lagi berbulan-bulan.
Sepanjang perkahwinan 2 tahun, sudah 3x dia berhenti kerja. Kerja sekejap sudah resign alasan tidak sesuai dan penat. Tawaran kerja SPA pun ditolaknya. Aku sungguh tidak faham. Dia jenis short minded?
Aku juga sudah penat untuk tolong dia mencari kerja. Dia seolah tidak bersungguh. Mentua aku pun dah berkali slow talk dengan suami. Tapi seolah mencurah air di daun keladi.
Aku sudah buat kira-kira perbelanjaan bulanan, tapi ditolaknya. Dia langsung tidak tahu berjimat.
Aku ibarat layang-layang terputus tali. Aku tidak merasa bahagia. Aku merasa suami gagal menjalan kan tanggungjawabnya.
Saban hari aku dipersalahkan kerana tidak bekerja. Malah aku juga di tanya sedara mara kerana belum mengandung. Aku berterus terang kepada mentua aku bahawa suamiku tidak suka pada budak kecil kerana bising.
Entahlah mungkin suami belum bersedia menjadi bapa. Aku juga dilemma untuk bekerja di negeri suami. Hatiku sudah tiada disini.
Cuma aku mengumpul kekuatan untuk pertahankan hubungan. Mengharap suamiku berubah. Siapa lah ingin bercerai berai.
Sejak aku kawen, aku jarang sekali pulang ke kampung atas faktor kewangan dan suami kurang gemar untuk pulang. Entah mana silap, ibu bapaku umpama terpinggir.
Berbeza sebelum kawen, suamiku suka pada ibu bapaku. Aku kerap menelefon untuk tanya khabar. Sedih pula memikir kan ibu bapa yang tinggal berdua sahaja di kg. Sebulan sekali pun tak dapat aku pulang ke kg, walaupun perjalanan hanya sejam.
Tiap kali balik suamiku suka ikot jalan yang jauh. Kadang aku rasa suamiku hanya mementingkan diri sendiri. Tiap kali pulang paling lama 2 malam sahaja.
Aku sudah penat untuk melayan karenah keluarga mentua. Kenduri kendara belah keluargaku langsung aku tidak join lagi.
Segala keperluan ku diberikan oleh mentua. Tapi aku tidak rasa bahagia sebab bukan dari suamiku sendiri.
Aku terfikir sampai bila. Bagaimana nanti bila mereka sudah tiada. Bahagia atau merana aku untuk hidup dengan suamiku?? Aku terasa didera zahir dan batin.
Zahir kerana tidak diberi nafkah yang sepatutnya (tempat tinggal, makanan dan pakaian, keperluan diri). Batin kerana selalu diherdik, dihina, dan juga kami sudah lama tidur asing.
Alasan suami dia serabut dan penat. Aku terasa seperti roommate sahaja dan maid di rumah ini. Adakah perkahwinan zaman kini isteri perlu menyara diri sendiri?
Wahai pembaca yang mungkin pernah atau sedang alami masalah yang sama. Apa pendapat anda? Adakah suami begini akan berubah?
Aku bukan mintak mewah, cuma aku nak suami bertanggungjawab. Sungguh aku ingin suami yang mengajar ilmu agama. Suami susah untuk solat, disuruh baru buat.
Tapi betullah anak orang tak boleh diburukkan, mentua aku sedikit sebanyak tetap backup suami aku. Walaupun terang lagi bersuluh anak dia umpama suami dayus. Dan walaupun aku sudah cerita kesemuanya apa yang aku alami. Aku menderita.
Sudahlah malas bekerja, banyak alasan dan suka cari salah orang lain.
Hari-hari aku dengar dia serabut dan serabut dan dia baru bekerja di company baru selama 2 minggu, sudah kata mahu resign lagi.
Hari-hari juga kata ingin bunuh diri. Kadang aku terdetik, kenapa tidak mati sahaja. Kejamkah aku.
Kepada bakal mentua, jika anak anda bermasalah cuba perbetulkan dulu dan jangan anggap lepas kawen dia berubah. Jangan perjudikan hidup anak orang lain.
Kepada perempuan di luar sana, sebelum kawen lebih baik mintak bakal suami tunjuk slip gaji dan siasat history pekerjaan dia. Adakah dia seorang pekerja bermasalah? Apa hutang dia ada?
– Rose yang hilang duri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit