Untuk part I, (https://iiumc.com/layang-layang-terputus-talinya/).
Dan pertama sekali, aku nak cakap terima kasih atas segala komen semangat, nasihat, dan sebagainya. Aku doakan yang komen baik2 tu semua agar Allah merahmati kalian dunia & akhirat ya.
Mostly komen yang aku baca adalah “keluar dan pergi jauh untuk merawat hati, selamatkan diri, sayangkan diri”
Baik. Lepas arwah ayah meninggal, aku memang keluar merantau bekerja jauh. Masa aku keluar, aku dalam keadaan seperti orang sakit sebab tak tahan kena pukul.
Aku tinggalkan adik aku yang sangat comel ketika itu. Berciciran airmata dan pergi dengan membawa hati yang duka dan lara. Uish mcm novel hehe.
Tapi sekarang dia pun turut serta biadap dengan aku akibat melihat cara ibu melayani aku. Berapa lama dah tak bercakap satu sama lain. Bila aku cakap dia tengking2 aku. Aku banyak diam untuk tenangkan diri.
Pada tahun aku keluar tu, aku baru belasan umur. Kerana apa aku keluar? Tidak tahan dipukul oleh anak kesayangan ibu. Cukuplah. Biar aku yang keluar, dari malu pada jiran2. Aku set dalam otak dah apa nak jadi, jadi la. Aku memang nak bawa diri.
Buat yang mengomen, siap cakap kenapa perlu confess? Allah kan ada la apa la, disini saya berdoa semoga kalian supaya sentiasa bahagia dalam hidup ya. Sememangnya saya sudah keluar mencari haluan sendiri dari belasan umur sehingga puluhan umur.
Betul Allah ada, mungkin perkara sesakit ini tidak terkena dalam kehidupan kalian. Kalian tak pernah merasai. Sebab tu pandai je komen. Tidak mengapalah, saya tak suka berdebat.
Dah tu dah keluar kenapa cakap masih duduk sebumbung dengan ibu?
Ok. Aku balik semula untuk menjawab peperiksaan SPM. Sebelum tu pun, ibu aku merayu untuk pulang sbb exam tu saja. So aku sebagai anak, baiklah Na balik. Bila pergi sekolah ramai cikgu, kawan2 tanya kenapa lama tak datang sekolah. Hmm.
Masa kerja tu pun, aku banyak kali off fon supaya tak kena ganggu dgn kawan2, cikgu & keluarga. Aku kerja fastfood yang jauh di negeri lain hehe. Best tau ada jugak pengalaman.
Nak cakap aku bodoh sebab balik semula cakap lah. Aku sebagai seorang anak aku masih ada simpati, empati dekat keluarga aku. Sekaligus fikir soal peperiksaan besar tu.
Lagipun aku fikir, ada yang lagi teruk dari aku. Tapi aku masih lagi diberi makan, walaupun seksa jiwa raga ni nauzubillah Tuhan saja yang tau.
Aku jujur aku tak simpan dendam langsung. Kadang2 sakit hati tu perkara biasa. Bila mana adik beradik gelak tawa dengan ibu, aku duduk dalam bilik tatap gambar ayah. Sebab aku tahu, kalau ayah ada semua tak jadi macam ni. “Kalau”
Aku fikir jugak masa aku keluar dulu. Ayah dah tiada, kalau ibu jadi apa2 macam mana? Sakit ka?
Sememangnya mmg aku tak diperlukan dalam rumah tu, tapi aku fikir aku nak jaga ibu & keluargaku saja. Lebih2 bila ibu dah tua. Biar lah aku berkorban. Aku nak ganjaran pahala.
Aku nak jadi anak yang baik walaupun tak pandai. Soal sakit hati, derita, aku letak tepi. Aku memang tak pernah berkira wang pun dengan ibu & adik beradik. Apa saja aku beli, aku kongsikan.
Walaupun aku buat baik masih tak dipandang, aku tetap bersyukur. Sebab aku tahu Allah takkan uji kalau aku tak kuat nak hadapi.
Hari makin hari, ia berlalu. Aku merantau 2 tahun lepas dan ketika itu aku memegang jawatan besar di sebuah company.
Aku diuji keluarga yang toksik tetapi aku diberi sahabat baik masa study yang susah jatuh bangun sama2, kawan sekelas, pensyarah, boss, engineer yang sangat baik hati.
Sepanjang perkenalan, tiada pergaduhan, tiada tikam belakang, hanya gelak tawa sahaja. Memang aku bersyukur sangat.
Dekat sini aku nak ringkaskan & berpesan, ibu bapa jangan pandang serong ketika anak tidak berjaya pada ketika usia persekolahannya. Tetaplah beri semangat sehingga dia besar.
Aku ambil contoh aku la. Dulu aku memang bodoh masa sekolah. Tak nafikan. Tapi lepas alam persekolahan, aku tingkatkan usaha lagi pergi study & bekerja.
Kita tak tahu kedepan dia mungkin boleh berjaya. Masa aku merantau tu, aku dapat khabar, just in touch dengan ibu dekat wasap yang anak kesayangannya tak berkerja lagi. Tapi anak kesayangan itu lah sehingga sekarang dia banggakan. Ikut suka la.
Time covid tengah naik tu, aku terpaksa lepaskan jawatan tersebut dan pulang ke rumah. Bos aku, manager, hr semua tak bagi aku berhenti. Tak “approve” langsung surat berhenti aku haha. Tapi aku percaya apa yang Allah aturkan dan ada sebab atas segala yang terjadi.
Lepas slow talk, akhirnya aku dilepaskan dan diberi banyak hadiah hehe. Sebab berhenti biarlah hanya aku yang tahu. Lepas balik, aku cari kerja berdekatan dan dapat kerja sebagai sale assistant butik. Ok la kan. Kawan2 kerja pun baik sangat. Satu kepala semua. Syukur
Sekarang ni aku lebih dekatkan diri pada Tuhan. Aku berdoa, aku redha, aku tawakal. Ibu nak layan aku macam mana, ikut suka dia la. Aku memang betul2 dah jadi layang-layang terputus talinya. Ada satu komen aku baca, “jangan berharap pada manusia walaupun ibu”.
Kalau dulu betul, aku harap ibu sayangkan aku. Tapi sekarang tidak lagi. Bagi aku cukup aku hormati dan diam sahaja. Sebab Nabi ulang 3 kali, antara manusia yang mulia disisi Allah iaitu Ibu.
Biar lah aku duduk dalam rumah ni, dekat dengan ibu, melihat ibu, sehingga ibu menutup mata.
Setakat ini saja lah pengakhiran cerita, doakan aku bertemu jodoh ya. Terima kasih sudi baca coretan Layang Layang Terputus Talinya ini. Sehingga berjumpa lagi. Jaga diri kalian & stay save.
– Na (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit