Salam semua… Aku cuma nak pesan. Kita hidup di zaman fitnah yang Nabi dah khabarkan 1400 tahun lalu. Kita tak tahu berita mana satu yang benar dan salah.
Kadang yang benar itu pun nampak samar-samar kebenarannya, manakala berita palsu pula nampak seperti benar. Susah untuk bezakan.
Jadi, hendak selamat dari dosa berantai dan dosa jariah, janganlah kongsi sesuatu yang belum jelas ke dalam apa jua grup/media sosial. Buruk akibatnya jika berita itu tak benar dan seluruh orang mempercayainya.
Apa kita nak jawab depan Allah kelak? Apa kita nak jawab dengan orang yang dah terfitnah itu? Hati-hati… jaga-jaga…
Begitu juga dengan laman media sosial sendiri. Jadi, kurangkanlah berkongsi apa jua kegembiraan, kebahagiaan, apatah lagi luahan kesedihan seperti mengutuk sana sini.
Boleh nak meluah, tapi dengan orang yang kita rapat secara peribadi, bukan dipos secara umum.
Bila umur aku dah masuk tengah 30-an ni, aku mula kecilkan circle aku. Mana kawan/orang toksik yang ganggu suasana hati aku, maka aku akan cut off pelan-pelan.
Tak perlu lagi nak bermedia sosial dan stalk kawan-kawan. Kena jaga ikhtilat hati. Kena juga belajar untuk berani buang manusia toksik, ya. Aku dah tak nak buang masa sakit jiwa, sakit otak masuk dalam drama dorang.
Ramai manusia manipulatif zaman sekarang serta play victim. Dia sajalah mangsa dan orang lain penjahat.
Tolonglah selidik dahulu setiap cerita manusia spesis ini. Takut-takut kita tergolong dalam golongan orang yang mempercayai golongan munafik (kuat berdusta dan bergaduh).
Yalah, kalau bercerita buruk orang memang seronok, seolah-olah diri sendiri langsung tiada cacat cela. Mana ada manusia yang sempurna selain Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Nak pesan dengan diri sendiri dan seluruh pembaca confession di sini. Kita ni nak hidup tenang cuma satu saja—kena ada self-love.
Utamakan diri sendiri, kesihatan mental dan emosi sendiri dulu. Biaq pi orang nak label kau hipokrit, pentingkan diri, atau tiada empati.
End up bila kita terlalu menjaga orang, kita yang terkorban sendiri, penat sendiri. Letih, lelah, bukan? Dunia ni keras, beb. Hati kena kental untuk terapkan makna self-love dalam diri, tapi kena latih agar tak jadi mangsa manipulasi orang.
Cukuplah simpati, empati, dan concern berlebihan sampai overthinking fikir hal orang lain. Sangat membuang masa dan sia-sia. Sedangkan setiap hari hidup kita makin menuju kematian.
Alangkah ruginya masa dibuang hanya untuk meratap, menangis kerana tidak dapat apa yang diinginkan dari manusia.
Bila kita pentingkan diri kita dan sayangi diri kita, pasti kita takkan benarkan orang sakiti hati kita. Belajar untuk MELEPASKAN dan jangan takut untuk MELEPASKAN sesuatu yang jadi racun toksik membunuh kita.
Masalahnya, bila suka genggam dan takut lepaskan, maka berdarahlah tangan kerana yang digenggam itu tali berduri.
Dah umur-umur macam ni, tak berminat nak bermusuh, tak ada rasa nak bercakap lebih dengan orang, dan tak mahu ada masalah ataupun drama.
Umur dah berapa, nak terbeban dengan benda-benda bodoh macam ni lagi? Nak hidup tenang, simple saja.
Life is too short to stress over somebody else.
Orang tak cerita, jangan gatal tanya.
Orang tak bagitahu, jangan ambil tahu.
Orang tak ajak, jangan ikut.
Orang tak cari, jangan peduli.
Orang tak terima kebaikan kita, abaikan.
Orang tak suka, jangan dipaksa.
Orang dah benci, lupakan saja.
Orang tak mahu sokong, kita buat sendiri sampai jadi.
Orang tak mahu kawan, kita tak payah kawan. Mudah, kan?
Aku sendiri, walau ada di antara ahli keluarga yang jadikan aku orang terakhir tahu berita penting tentang dirinya, aku tak lagi kisah.
Apa-apa pun, sepupu dan makcik di kampung aku dulu yang tahu pasal adik aku. Aku tak dianggap penting sangat. Biarlah… macam aku sebut di atas—ORANG TAK CAKAP, JANGAN GATAI PI TANYA.
Tak perlu nak terasa hati dalam-dalam. Manusia ni semua sama, mereka hanya akan datang bila rasa memerlukan kita.
Kena berani berkata TIDAK untuk perkara yang kita rasa tidak boleh. Jangan berkorban sampai terkorban. Aku juga pernah alami kejadian kawan rapat aku menghilang tiba-tiba dek benda kecil, pergeseran.
Aku tegur cara elok dah. Aku merendah diri mohon maaf, tak balas. Ucap Happy New Year, tak balas. Padahal WhatsApp double tick.
Macam aku sebut di atas—ORANG TAK MAHU JADI KAWAN KITA, KITA TAK PAYAH KAWAN.
Bila kita dah grow up, akal kita tak lagi peduli apa nak jadi keliling kita. Belajar untuk menerima dan let go. Jangan kusutkan otak cari tahu kenapa, mengapa, bagaimana. LEPASKAN DAN LET GO HAPPILY.
Kadang, Allah jauhkan seseorang dari kita pasti bersebab. Mungkin orang tu bawa kemudaratan kepada kita waktu kini dan akan datang.
Kan kita selalu berdoa, “Jauhilah aku dari musibah dan keburukan, ya Allah.” Itulah cara Allah selamatkan kita. Tapi sebab mata hati kita jahil… kita cari juga asbab musabab sampai stres sendiri.
Itu sajalah aku nak pesan. Kita banyak stres, tertekan sampai depresi sebab terlalu menekan otak agar berfikir. Semua berpunca sebab orang, kan? Sedangkan orang tu gembira, tenang, bahagia membuli mental kita.
Distract yourself from cruel people on earth. You will heal and find peace.
– Jasmine (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit