LDR

Assalamualaikum readers. Aku Ili (bukan nama sebenar), berusia prtghn 20-an berasal dari kuala lumpur dan bekerja di sektor awam di utara tanah air. Di sini, aku hanya ingin meluahkan perasaan dan sedia menerima sebarang pendapat dan pandangan dari readers semua. Bear with me, jika cerita ini agak panjang.

Cukuplah aku kenalkan si dia sebagai muhd, tua beberapa tahun dari aku, dan berasal dari pantai timur. Aku mengenali muhd ketika kami sama-sama melanjutkan pelajaran di peringkat master pada tahun 2015. Kami berlainan kos, jadi nya jarang sekali untuk kami berbual mahupun berjumpa. Kalau berjumpa sekalipun, hanya senyum dan tegur gitu-gitu sahaja. Kami mulai rapat setelah tamat pengajian. Tetapi hubungan kami sekadar kawan rapat sahaja ketika itu. Bagaimana menjadi rapat? Tidak mengapa, biar ini menjadi kenangan paling manis untuk aku. Setelah tamat pengajian, dia bekerja sementara (kontrak) di kuala lumpur. Manakala aku semasa itu, masih mencari pekerjaan. Hubungan kami semakin rapat. Long story short, aku mendapat pekerjaan di sektor awam di utara tanah air pada awal tahun 2017. Ketika itu, dia agak kecewa dan down apabila aku berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor awam. Dia masih bekerja di tempat yang sama ketika itu. Sedangkan dia telah pergi berpuluh interview. Tetapi, masih tiada rezeki. Aku meyakinkan dia untuk selalu percaya dengan rezeki Allah. Bermula lah Long Distance Relationship (LDR) kami. Aku sejujurnya tiada masalah dgn LDR sebab aku lebih selesa berjauhan dari hendak berkepit 24/7. Alhamdulillah rezeki dia untuk dapat pekerjaan dalam sektor awam di kampung halaman dia sendiri, iaitu di pantai timur, pada pertengahan tahun 2017. Bayangkan, aku bekerja di utara manakala dia di pantai timur. Kami hanya berhubung menerusi whatsapp, call, video call despite berjauhan beribu batu. Itu juga tidak menjadi masalah bagi aku, sebab aku percaya, di dalam sesuatu perhubungan perlukan komunikasi dua hala terutama dalam LDR ini.

Apabila aku yakin tentang hubungan kami, aku menceritakn kepada mama. Aku pada mulanya agak keberatan untuk bercerita tentang dia pada mama, sebab aku takut mama tidak setuju dengan asal usul dia. Alhamdulillah, mama boleh menerima dia seadanya, asalkan orangnya baik, keluarganya pon baik. Dan seperti biasa, mama akan menceritakan hal ini kepada ayah. Ayah tidak pernah tanya apa-apa pasal si dia dekat aku. Sebarang cerita pasal si dia, aku akan sampaikan dekat mama, dan mama akan menceritakan kembali kepada ayah. Aku tidak pernah menceritakn tentang lelaki yang aku kenal kepada mama ayah. Jadi, mama ayah sedia maklum apabila aku bercerita kepada mereka, ini bermakna aku memang serius dalam perhubungan kami.

Famili dia juga tau akan kewujudan aku, sebab dia sendiri sudah memberitahu tentang ku kepada kaklong dia. Kaklong dia pernah whatsapp aku sekali dua just to get an update tentang aku dan dia. Kaklong dia sgt baik orgnya. Siap mendoakan kami lagi.

Aku dan dia, pernah berbincang tentang hubungan kami, untuk dibawa ke peringkat yang seterusnya. Dia sedia maklum akan perancangan aku untuk mendirikan rumah tangga. Aku tak pernah paksa untuk famili dia hantar merisik/tunang sebab aku paham kami berdua baru sahaja ingin membina kerjaya.

Kerjayanya memerlukan dia banyak “outstation”. Seminggu pasti sekali akan keluar negeri. Aku sedia maklum akan semua itu. Aku pon kadang amat sibuk dengan kerjaya ku di utara ini. Tetapi dalam kesibukan aku, aku masih mampu untuk whatsapp si dia, supaya kami tidak terus terputus hubungan. Tetapi tidak si dia. Aku banyak kali merajuk dengan si dia, kerana kurang layan aku. Alasannya adalah kerana sibuk bekerja. Ya, aku paham & aku tak ganggu pon waktu bekerja dia (8am-5pm), tapi selepas pada itu? Takkan langsung tidak boleh bahagikan masa untuk aku? Aku dapat rasakan hubungan kami semakin jauh. Call jarang sekali. Dalam seminggu, belum tentu sekali dia akan call aku. Dan apabila whatsapp pon, terasa hubungan kami semakin jauh dan semakin hambar. Banyak kali aku meluahkan apa yang aku rasa ini. Banyak kali aku bertanya kepada dia, adakah dia sudah berubah hati? Adakah dia sudah tawar hati dengan aku? Adalah dia tak sayang aku lagi? Adakah dia ada orang lain? Fyi, aku ni sejenis yang kalau aku rasa tak puas hati, atau ada rasa terpendam dalam hati, aku akan jujur bagitau si dia. Aku tak suka nak memendam perasaan, sebab nanti memakan diri balik. Aku pernah sampai terfikir untuk memutuskan hubungan kami, tapi dia meminta maaf kepada ku, dan berjanji untuk lebih mengambil berat tentang diri aku.

Sepanjang aku dengan si dia, banyak kali juga dia berkata, dia takkan menyekat untuk aku berkawan dengan mana-mana lelaki sebab aku ni bukan milik dia sepenuhnya. Jadi aku bebas untuk berkawan. Aku tersentap dengan kata-kata dia. Seolah jika aku berkawan dengan orang lain, then tiba-tiba aku tersuka dengan orang itu, bagaimana? Aku perlu putuskan hubungan kami, macam tu? Dia juga pernah bercakap dengan ku, misal kata ada lelaki yang lebih baik dari dia datang approach & mendekati aku, dia sedia mengundur diri. Si dia juga berkata, jika aku sudah ada calon lain yang berkenan di hati, bagitau dia, dan dia akan undur diri. Dia seolah tidak mahu mempertahankan hubungan kami. Seriously, aku tak boleh digest dengan kata-kata dia. Seolah, macam mengharapkan hubungan kami berakhir begitu sahaja. Aku banyak kali merajuk dan sentap dengan ayat-ayat yang dia sebut dia atas (kerap cakap ayat yang sama).

Si dia juga selalu berkata dia tiada keyakinan untuk menyara anak dara orang. Sebab dia kata dia tak boleh nak bagi full komitmen. Seolah dia tidak yakin dengan diri dia sendiri. Aku lah orang yang selalu memujuk dia supaya tidak berfikir sampai ke tahap itu. Tanggungjawab itu pasti akan wujud dalam diri seseorang itu apabila kita berada dalam situasi tersebut. Banyak kali aku mengingatkan dia supaya yakin pada diri sendiri etc etc etc.

Dia cuba untuk berubah, cuba untuk kerap menghantar whatsapp kepada ku, tetapi hanya emoji yang menjadi perbualan kami.. tiada conversation. Aku lah orang yang kerap bertanya, tapi dia hanya membalas dengan emoji sahaja. Katanya emoji itu juga adalah kata-kata. Apa yang aku mahukan adalah perbualan, bukan balas-membalas emoji. Sudahlah call jarang sekali, sekurang-kuranya make a conversation supaya hubungan kami tidak terus hambar.

Suatu hari, kami bergaduh sehingga kami putus. Semuanya berpunca dari aku. Aku keluar makan dengan kawan lelaki berdua. But nothing is serious between us. Hanya sekadar kawan belanja kawan makan sebab aku banyak tolong dia dalam akademik dia. Aku tidak menyangkakan hanya sekeping gambar yang tidak memberi apa-apa makna kepadaku telah membuatkan hubungan kami putus. Sedangkan dia banyak kali beritahu tidak pernah menghalang aku untuk berkawan dengan siapa-siapa. Jadi kenapa sekarang jadi lain? Dia meminta putus. Katanya bila lihat gambar aku bersama kawan ku itu, seolah gambar bf-gf happily having lunch together. Tetapi sudah banyak kali aku terangkan,aku dan dia hanyalah kawan. Dan itu lah pertama kali aku keluar dengan dia pon. Aku mengaku, salah aku, then aku mintak maaf. Tetapi dia berkeras untuk memutuskan hubungan kami. Aku telah banyak kali minta maaf. Aku telah meletakkan ego & maruahku di bawah tapak kaki dia, tapi dia masih dengan ego. Ego seorang lelaki. Aku serupa mayat hidup ketika itu. Hilang semangat untuk bekerja. Datang kerja dengan mata bengkak, menangis sepanjang hari. Boleh dikatakan tiap hari aku whatsapp si dia untuk pujuk rayu & minta maaf. Tetapi dia masih berkeras. Hanya sepatah-sepatah whatsapp ku dia reply. Hancur remuk hatiku. Aku cuba untuk bagi dia ruang. Seminggu selepas itu, aku whatsapp dia kembali hanya untuk bertanya khabar. Aku nampak perubahan positif dari dia. Aku minta maaf untuk kesekian kalinya. Dia menerima maaf ku, dan kami berhubung kembali seperti biasa.

Cumanya, hubungan kami masih seperti biasa. Jarang call & whatsapp sekadar emoji. Aku seakan sudah biasa dengan cara ini.

Sehingga lah pada bulan puasa ini. Aku paham tidak boleh lah kami berwhatsapp selalu since malam, perlu menunaikan tarawikh. Tapi apa yg aku perasan even hari cuti dia pon dia jarang whatsapp aku. Apenth lagi waktu bekerja. Bila selesai solat tarawikh pon, aku ternanti-nanti whatsapp daripada dia, tetapi hampa. Smpai satu masa (pukul 11pm) aku beritahu dia yang aku ternanti-nanti whatsapp dari dia, tapi tade pon. Then tiba-tiba dia boleh mintak putus. Atas alasan dia tak boleh nak bagi full komitmen ke aku, dia tak ready nak kahwin, dia selesa hidup bujang macam ni. Dia kata lagi dia takut dia lupa akan komitmen dia sendiri if kahwin. Jadi better dia putuskan hubungan ini, sebab dia rasa bersalah dengan aku. Dia siap kata suruh aku cari lelaki yang lebih baik dari dia. Aku ketika itu, menjadi speechless dgn ayat-ayat dia. Ayat yang sangat-sangat buat aku kecil hati, kecewa, sedih, tawar hati dengan dia. Again kami putus. Dan putus buat kali kedua ini merupakan putus yang tidak akan kembali lagi. Terkesan dengan kata-kata dia, aku hanya mampu hormati keputusan dia. Aku mintak maaf, dan berterima kasih sepanjang kami berkawan. Dia juga melakukan perkara sama. Dan itulah perbualan kami yang terakhir, hubungan yang terputus seminggu selepas umat islam berpuasa. Aku ketika itu, sudah tentu menangis. Menangis kerana kecewa dengan tindakan dia, bukan kerana putus. Menangis kerana sedih dengan kata-kata dia, bukan kerana putus. Hubungan kami yang kami bina selama tiga tahun hanya hubungan yang sia-sia. Tiada lagi pujuk rayu, maaf, melutut di kaki dia dek kerana aku sangat terkesan dengan kata-kata dia.

Keeeokan paginya, aku melihat dia sudah pun block/delete nombor aku. Begitu drastik tindakan dia. Aku sendiri tidak pernah terpikir untuk berbuat demikian walhal kalau ikutkan aku lagi merana, aku lagi sengsara atas kata-kata dia itu. Jika itu yang dia mahukan, tidak mengapa. Aku juga berbuat demikian. Aku padam segala memori bersama dia termasuklah nombor dia. Aku hormati jika itu yang dia mahukan.

Tipulah kalau aku cakap aku tidak rindukan, tidak sayang kan dia lagi. Tapi apakan daya, mungkin benar kami tiada jodoh. Allah lebih mengetahui segalanya. Mungkin Allah sendiri tahu aku tidak mampu untuk menjalankan LDR ini, jadi lebih baik putus sekarang dari merana kemudian hari. Bukan mudah untuk aku padam segala memori kami sepanjang tiga tahun ini. Ada masa aku okay, aku happy. Ada masa aku akan menangis sendirian memikirkan tentang dia. Aku tahu hanya aku sahaja yang rasa sebegini, tetapi tidak bagi dia. Mungkin sekarang ini pon, dia bahagia dengan kehidupan dia tanpa aku di sisi. Mungkin dia rasa bebas sekarang ini.

Mama ayah juga sudah mengetahui tentang hubungan kami yang terputus di tengah jalan ini. Aku mengambil keputusan untuk tidak memberitahu hal sebenar kepada mama ayah. Cukuplah sekadar aku berkata yang kami tiada jodoh. Mama aku pon tidak bertanya lebih, hanya mendoakan jodoh yang lebih baik untuk aku. Rasa sedih dan terharu kerana mama seakan mengerti tentang kesedihan yang aku alami.

Sampai sekarang, aku cuba untuk move on, go on with my life without him. Bila aku sibuk, aku tidak terpikirkan dia sangat. Tapi bila aku tidak membuat apa-apa, memori dia datang kembali yang membuatkan aku menitis air mata. Menangis aku keseorangan tanpa sesiapa tahu, not even mama ayah. Sebab aku tidak mahu diorang tengok aku dalam keadaan sedih & kecewa begini.

Akhir kata, sampai sekarang aku cuba untuk move on, lupakan dia, tapi bukan mudah. Hati aku seakan sudah tutup untuk menerima lelaki lain dalam hidup ku. Bukan mudah untuk aku menerima mana-mana lelaki dalam hidup aku, disebabkan sejarah putus aku & dia. Aku takut untuk bercinta kembali yang pada akhirnya, akan buat aku kecewa lagi. Aku percaya percaturan & perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya untuk kita. Mungkin benar kita tiada jodoh. Allah itu dah aturkan jodoh yang lebih baik untuk kita berdua. Aku redha dengan apa yang terjadi. Di setiap doa, aku selalu selitkan supaya Allah temukan pengganti yang lebih baik dari kau. Allah takkan uji umatnya, jika dia tau umatnya tidak kuat. Aku selalu berdoa semoga Allah hilangkan rasa sakit, rasa kecewa, rasa sedih ini. Hanya masa sahaja yang boleh merawat luka hati ini. Masa yang aku sendiri tidak tahu berapa lama akan aku ambil. Untuk muhd, aku doakan kau bahagia dan bertemu jodoh dengan orang yang betul-betul boleh fahami kau. Moga kau bahagia dengan kehidupan kau sekarang.

-Ili-

– Ili

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *