LDR Yang Tak Pasti

Assalamualaikum semua. Thank you admin siarkan confession saya. Maaf saya tak pandai nak karang ayat.

Okay dekat sini saya nak cerita tentang hubungan antara saya dan si dia. Kami berkenalan dalam alam maya sejak 2017 dan tak pernah berjumpa.

Awal berkenalan saya memang anggap dia sebagai kawan sahaja. Dia bersungguh nak kan saya. Saya pula sedang move on dari seorang yang pena sakiti saya (bukan bercinta).

Okay saya cerita tentang diri dia. Dia bukan orang semenanjung (penyebab kami masih LDR dan tak pernah berjumpa), mempunyai kerjaya, seorang yang baik, seorang yang pemurah.

Tapi…

Dia tak reti bercinta…

Awal perkenalan saya tak kisah pun tentang hal ini kerana saya menganggap dia sebagai kawan sahaja. Tapi sekarang saya kisah sebab saya dah mula sayang dia.

Baru sangat kami declare bercinta, tapi dia dah mula abaikan saya alasan dia terlalu busy.

Dia tak pernah call saya. Dia jarang whatapps saya. Saya call tak pernah jawab. Dua hari sekali dia akan whatapps dengan alasan BUSY.

Dulu diawal perkenalan dia beria-ria sangat nak masuk minang, nak bertunang, nak kawan. Dua kali saya tolak ajakan dia sebab saya belum bersedia.

Sekarang bila saya dah bersedia, dia mula abaikan saya.

Mak saya dah mula tanya tentang perancangan kami. Saya pula tak pernah nak ada peluang nak bincang hal ini. Sebab dia terlalu busy sampaikan chat saya pun dia tak balas.

Saya sebenarnya nak berbincang hal penting. Nak berjumpa selepas boleh merentas negeri. Nak juga lah ke next step. Tapi saya tak pernah ada peluang tu.

Sampaikan mak saya nak call dia tanya tentang hubungan kami. Saya tak berani nak beri tanpa ketahuan dia.

Makin lama saya makan hati dengan perangai dia dan kehidupan dia yang busy sampaikan tak pena call saya selama 2 minggu. Saya call pun tak pernah answer.

Saya dah buntu ni. Patut ke saya teruskan hubungan ini. Ke saya patut putuskan saja. Help me netizens.

– Eina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *