Assalamualaikum pembaca, saya disini nak menceritakan tentang hubungan saya dan boyfriend yang diberi nama Alif.
Saya dan Alif berhubung melalui aplikasi chatting L yang famous di kalangan anak muda sekarang.
Hubungan kami yang dianggap teman berubah menjadi pasangan kekasih setelah berkenalan selama sebulan. Dia di ibu kota, saya pula di utara. LDR.
Hubungan jarak jauh pertama kali saya lalui. Agak menyakitkan bagi saya setiap kali kami mula bergaduh. Dek kerana masing masing mempunyai ego dan overthinking sendiri.
Namun semua pergaduhan dan masalah diselesaikan dengan baik.
Saya seorang yang sangat susah nak bawa berborak. Dia pulak seorang yang pot pet tak berhenti.
Dia cuba buat saya lepaskan apa yang berat dekat mulut ni. Makin lama saya mula berborak informal dan santai dengan dia. Alif sangat caring dan memahami.
Disebabkan saya kurang percaya 100% dekat dia, dia ambil keputusan untuk berjumpa dengan saya.
Saya sangat terharu dengan effort yang dia bagi. Dengan syarat, dia nak saya teman dia tidur. Bilik asing. Semua tu dusta. Saya dah terjerat dengan dia.
Saya tipu parents cakap saya tidur rumah kawan saya yang dekat dengan hotel Alif.
Lepas buat benda terkutuk tu, Alif berjanji dengan saya yang dia takkan tinggalkan saya. Dan dia bagi semua contact rapat dan alamat dia.
Saya bawa dia jumpa parent. Alhamdulillah parents saya sangat sukakan dia.
2 bulan selepas perjumpaan kami, saya pulak ambil keputusan untuk ke ibu kota. Saya berjumpa dengan keluarga dia. Alhamdulillah saya sangat dialukan oleh mak dengan ayah Alif. Mak dia sukakan saya.
Andai mak dia tahu apa yang anak dia dah buat dekat saya pasti hancur hati dia.
Dan sekali lagi, kami tidur sebilik. Kali ini, dia berjanji dengan saya selepas 2 bulan akan datang, dia datang bawa cincin. Saya berharap apa yang dikatakan Alif menjadi.
Dia sayangkan saya dan nak bertanggungjawab atas apa yang dia buat. Jujur, saya bodoh. Perempuan yang terlalu sayang akan jadi bodoh.
Selepas perjumpaan kali kedua, Alif selalu lepaskan nafsu dia melalui video call.
Dia minta saya buat apa yang dia nak. Saya abaikan, dan kepala otak saya cuma fikir apa akan jadi kalau dia minta putus sebab saya tak puaskan dia. Saya takut. Dan saya turuti.
Baru baru ni, Alif mesej saya. Dia minta maaf berkali kali. Dia telefon saya dan minta maaf juga. Minta maaf atas apa yang dia buat dekat saya.
Dia tanya saya kenapa saya dah tak berapa reply chat dia. Saya cakap yang saya overthinking.
Dia tanya kenapa. Adakah sebab dia cintakan saya sebab nafsu? Bingo. Saya cakap ya. Baru sedar? ataupun dah lama sedar. Berulang kali hingga ke saat ini dia masih dengan permohonan maaf dia.
Dia minta saya lepas ni pakai tudung bila video call dengan dia. Dia nak saya berubah lebih baik.
Alif yang selalu minta teman mandi dah tak ada. Alif yang meminta pelik pelik dah tak ada. Dan saya harap Alif dah betul berubah.
Saya sayangkan dia. Sumpah, saya tak nak dia tinggalkan saya. Ini kesilapan kami sebagai pasangan LDR yang belum berkahwin.
Saya harap pembaca doakan hubungan saya dan Alif hingga ke jinjang pelamin dan ke syurga.
Jika kami tidak berjodoh, saya takkan aniaya lelaki lain untuk terima saya. Kerana lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Bye korang,
– Laksa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit