Learn How To Say ‘NO’

Assalamualaikum admin dan pembaca. Disini saya ingin share realiti bekerja, tak kira la anda kerja dalam sektor government or swasta.

Sewaktu aku kecik dan innocent, aku ingatkan dunia itu indah. Dunia sentiasa give and take.

Sebab time sekolah dulu-dulu, budak paling rajin selalu dapat pengiktirafan dari cikgu or member sekolah.

Budak paling rajin selalu dapat score exam and dapat naik pentas dapat hadiah. Asal exam ko teruk je, senang kene label budak pemalas. So pokoknya, rajin adalah bagus.

Pastu kau pon tinggalkan alam persekolahan, menginjak masuk ke alam pekerjaan. Dan di situ barulah terbukak sikit mata kau bahawa rajin itu subjektif. Tak semestinya bagus.

Bila kau rajin, boss kau dan kawan kau mula notice. Diorang start senyum2.

Kalau dapat jenis boss yang just nak get things done, dia akan bagi semua workload kat kau. Sebab otak dia dah set, kau confirm akan dapat siapkan kerja tiptop.

Kawan-kawan kau yang malas tu, boss kau tak cari. Diorang hilang pon takde siapa cari. Tapi setiap akhir bulan, gaji yang kau dapat same je dengan gaji kawan kau yang pemalas tu.

Mula2 kau rasa its ok, takpe boleh belajar banyak, kau rasa nanti value kau akan tinggi. Tapi lama-lama kau akan makan hati. Rasa ikhlas buat kerja makin pudar.

Dan boss kau bukan menghargai jerih payah kau, tapi makin tambahkan beban kerja kau. Yang dia tau kerja kene settel.

Itu baru part boss.

Part kawan2? Ini lagi firaun.

‘Bro, boleh cover shift aku tak? Petang ni aku nak kene hantar mak aku pergi hospital. Appointment jumpa doktor’.

Kau pon macam… ‘boleh bro no problem, ko hantar settelkan mak ko, aku coverkan shift kau’.

Dan kawan2 lain kau pon mula notice kebaikan dan kesucian kau..

Esoknya plak ada kawan lain nk try nasib. ‘Bro, mintak cover aku, paip umah aku bocor plak. Aku amik EL, dah inform boss’. Padahal kawan kau nak MIA, tapi kau pon tak tau.

Kau pon macam.. ‘Err boleh2. Aku bleh coverkan’. Sambil otak ko fikir, dalam 800 juta member ko kat tempat kerja, napa aku jugak yang dia pilih suruh cover. Pfffttt.

Lepas tu ada kawan kau yang paling hati kering datang menghampiri.

‘Bro, ko cover aku boleh? Aku nak pergi selatan thailand petang ni, aku nak kawen lari dengan budak pompuan 11 tahun. Mak bapak dia dah restu. Cuma bini first aku tak tau lagi. Kalo bini or boss aku cari, ko goreng lah apa2. Thank bro. Doakan kebahagiaan aku’.

Fuh. Ini bukan kawan. Ini setan.

Panjang plak karangan aku.

The point is, please learn how to say no (especially dalam toxic environment).

Sebab kalau jadi pak angguk secara istiqamah bertahun-tahun, kau akan penat. Rasa ikhlas bekerja mungkin ghaib secara pelan-pelan.

Working hard is good, but working smart is better.

Sekian.

– Dopamine (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *