Hi & salam pembaca semua. Aku Lia, 30 tahun ni. Apa yang aku nak cerita ni mungkin ada sesetengah orang dah alami. Oh ye. Aku dah ada pasangan hidup.
Baru2 ni, aku saje la stalk email pasangan aku. Entah macam mana.. aku tolong ‘search’ kan “CV” tujuan dia sebab nak cari balik sesetengah document yang diperlukan.
Tiba2 aku ternampak satu email yang mencurigakan. Email tu dalam bahagian ‘sent’.
Tapi sebab aku dah type di ruangan ‘search’ maka dia pun terkeluar sekali. Isi kandungan email tersebut ada tulis “hmmmm” berserta dengan lampiran document format zip: dengan ragu2 aku pun buka..
Oh ye. Sebelum tu, tajuk document tu nama ex pasangan aku.
[whatsapp…Ina** zip.file] – contoh
Aku pun tekan file tu. Nasib baik tak perlu di compress ke tempat lain.. terus je dia terbuka.
Jujur aku cakap, aku terkejut. Rupanya semua content dan media whatsapp pasangan aku dan ex dalam tu.
Tidak la semua.. tapi untuk beberapa hari/minggu. Aku fikir hmmm bebal jugak pasangan aku ni simpan benda macam ni. Tapi bagi dia mungkin masa tu ada niat & makna tersendiri.
Tipu kalau aku katakan tangan aku tak menggigil nak buka. Media semua tak ada yang mencurigakan.. kecuali ada gambar ex aku yang tak tutup aurat.
Itu sahaja.. sampailahh aku sampai ke bahagian ‘chat’..
Aku baca serious pening kepala.. sebab bila whatsapp di compress ke zip file, dia akan jadi macam karangan.. nak catchup satu2 tu tak mudah dan makan masa sikit.
Tapi aku tahu diorang borak apa. Kebanyakkan chat pasal bergaduh, salah faham sikit.. tapi ada juga yang loya tekak aku baca. Unsur2 sks dan sx chatting tu memang ada.
Terkejut pun ada diorang dah check in ke beberapa hotel bersama. Sanggup.
Aku makan hati sikit. Sebab apa aku pun tak tau. Walaupun benda ni dilakukan beberapa tahun sebelum kami kahwin.. tapi aku tak sangka pasangan aku macam ni. Faham kan maksud aku.
Satu persatu email aku buka. Sampai sekarang memang terngiang chat diorang yang aku baca. Seram sejuk. Sampai la aku buka satu email whatsapp zip file dari seorang kawan perempuan dia.
Bagus kawan dia ni sebab nasihatkan pasangan aku untuk tinggalkan ex dia (sebab bini orang) dan kawan perempuan dia ni ingatkan dia pasal halal/haram.. main dengan bini orang.. etc..
Tapi paling tak sangka.. rupanya ada tertulis di situ.. “sebab dia dah gugurkan kandungan…”
Bergetar darah & jantung saya.. allahuakbar.. betul ke… saya sungguh tak sangka apa yang saya baca. Pasangan saya dalam chat tersebut juga tak nafikan apa2 dan seolah mengiyakan perbuatan tersebut..
Wallahi saya terkejut. Saya sungguh2 tak sangka. Rupanya saya belum dan memang tak akan kenal siapa pasangan saya.
Ada betul juga “the time will reveal itself” tapi kenapa sekarang? Apa yang Allah nak tunjuk dekat saya..?
Walaupun benda ni berlaku beberapa tahun sebelum kami bersama.. saya amat terkesan. Sanggup gugurkan janin yang tak berdosa. Buat reti tanggung tak nak.
Sekarang pandangan saya ke pasangan saya berubah. Apa yang saya baca di email tersebut membayangi saya satu persatu. Seolah2 ini bukan pasangan yang saya kenal selama ni.
Betul la orang kata.. lebih baik tak tahu masa lampau/silam seseorang. Kalau dah tahu.. gini la jadinya. Menyesal saya baca & ambil tahu..
Ada ke hikmah di sebalik semua ni? Tapi saya betul2 tak sangka… Allahu…
– Lia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit