Assalamualaikum, terima kasih sudi siarkan luahan saya yang tak seberapa ni. Nama saya Nadia, saya baru berkahwin pada awal tahun ini.
Beza umur saya dan suami 10 tahun dia lebih tua dari saya. Kami berkahwin selepas pertemuan yang diaturkan oleh kawan².
Kami bercinta selepas berkahwin. Sebelum berkahwin, saya seorang yang tak bertudung, hisap rokok, bershisha dengan kawan² bila jumpa lepak di luar.
Pada waktu itu saya tiada teman lelaki, saya malas dan tak suka untuk ada hubungan yang tidak serius.
Saya pernah cuba manjalinkan hubungan dengan lelaki yang ingin berkenalan di sosial media. Kami berjumpa baru dua kali dan lelaki itu ambil kesempatan ke atas saya.
Saya dicabul lelaki itu dan saya tidak pernah ceritakan perkara itu pada sesiapa pon termasuk suami saya.
Saya rasa jijik dan trauma untuk berkenalan dengan lelaki selepas itu kerana tiada satu pon yang serius dalam hubungan.
Alhamdulillah saya bertemu jodoh dengan suami saya yang sekarang. Dia seorang yang baik dan dari keluarga yang baik juga. Saya bersyukur.
Apa yang saya impikan ialah bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan boleh bimbing saya hal agama. Tapi suami saya tak solat.
Sepanjang berkahwin, baru beberapa kali sahaja dia solat. Dia tak pernah ajak saya solat bersama atau imam kan saya.
Saya sedih sedangkan saya nak sangat suami bimbing saya dekat pada Allah.
Solat lima waktu dia tak buat, tapi perkara sunat dia buat. Contoh solat sunat tararwih, awal ramadhan dia selalu ajak saya bertarawih di surau sedangkan solat yang wajib dia tak tunaikan.
Kemudian, seminggu sekali dia ada kelas mengaji online.
Sekarang dia mula buat puasa enam syawal dan dia ada ajak saya sekali berpuasa tapi saya tak ikut.
Bagi saya, buat apa buat perkara yang sunat sedang kan yang wajib pon tinggal. Salah kah apa yang rasa?
Dia memang baik dalam perkara lain cuma bab solat sahaja dia tak bersungguh.
Doakan saya dan suami berubah dan dikuatkan iman untuk terus mendekatkan diri kepada Allah.
– Nadia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit