Lecturer Cina Itu

Assalamualaikum semua, hari ni aku nak cerita sikit la kisah sorang lecturer ni masa kat matrik perak dulu. Sekarang ni aku dh habis belajar dah pun di sebuah universiti tempatan.

Aku nak cerita yang aku ni memang seorang student yang sangat lemah walaupun kat matrik tu aku ambil modul 1 (subjek pure sciences) Memang dari fizik ke bio ke chemistry ke maths ni semuanya aku lemah. Takde satu pun aku pandai. Kau bayangkan classmates aku semuanya pandai belaka. Kalau pegi bilik member mesti dia tgh sibuk tengok movie. Tapi result dia gempak. Aku kadang2 sedih jugak, aku memang tak pandai tapi aku bukan pemalas. Semua kerja aku siapkan tapi tulah mungkin ada silap aku dan belum rezeki lagi. Ni cerita pasal lecturer ke cerita pasal diri sendiri ni.

Ok ada sorang lecturer fizik kat matrik aku ni memang terbaik. Dia ni berbangsa cina perempuan tau. Bagi aku dia ni hebat sangat. Boleh rasa kasih sayang dia bila dia ajar kita. Dia mmg tegas. Tapi dlm tegas tu ada guraunya. Dia ajar aku kat kelas dengan lecture hall. Dia boleh hafal semua nama students yang dia ajar. Kau bayangkan beratus ratus students yang dia ajar semua dia ingat.

First sem result aku mmg teruk sangat sampai hampir2 nak kena tendanglah dari matrik. Tapi lecturer fizik aku ni selalu bagi semangat. Mmg aku rasa masa aku kat matrik dulu aku terlampau stress. Bayangkan, aku punya stress tu banyak lukakan hati kawan2. Kawan gurau sikit aku nangis. Dengan roommate bergaduh, dengan classmates gaduh ntah papelah. Tapi lecturer ni mmg selalulah support aku. Masuk sem 2 aku mmg betulkan mana salah silap yang masa sem 1.

Alhandulillah, result sem 2 aku ok. Nak kata cemerlang tu taklah tapi aku happy dgn result aku dan membolehkan aku untuk sambung degree. Aku mmg nak berterima kasih sangat kat lecturer fizik aku yg banyak sgt bersabar dgn aku yang lambat ni. Tak pernah lokek dengan ilmu. Ingat lagi masa kelas fizik hujung sem 2, dia bagi semua students yg dia ajar kit kat. Kitkat tu kecik roommate aku pergi mintak sebelah pulak. Hehehe.

Bagi aku lecturer aku ni bukannya mengajar aku fizik semata, tapi banyak sedarkan kami tntg kehidupan. Dia suruh belajar, dunia luar tu bukan semudah yg kita sangka. Setiap katae lecturer aku ni mmg menyentapkan tapi apa yg dia kata mmg realiti kehidupan. Terima kasih miss.

Sekarang ni aku baru tamatkan degree. Dah kerja haritu tapi aku berhenti atas sbb2 tertentu. Dan masih lagi terkebil2 cari kerja. Tu yg ada masa buat confession ni. Doakan aku dapat kerja baru cepat2 ye.

Sekian terima kasih

– Banila Zarali

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit