Lecturer kami ni satu macam la. Perempuan, 30 an, strict, bengis, dan yang penting kaki ugut.
Setiap kali ada kelas dia, masuk2 ja morning class. Ingat ya, your future is on my pen.
U nak fail or pass depends on my pen. Aku selalu rasa macam ayat tu satu ugutan la.
Kadang2 rasa stress dengan ayat tu. Everytime kot.
Ke aku ni nak gila sebab stress belajar. Ayat dia tu selalu trigger aku la. Kalau ada kelas dia ja aku dah berdebar.
Baru2 ni aku emel assignment aku. Dia reply semua dalam ink merah. Kira dia ubah segala kesilapan aku.
Ok tak kisah la yang tu. Cumanya kat bawah dalam huruf besar dia tulis your future on my pen.
Dah macam tagline hidup dia pulak.
Aku tanya mmber2 lain, tak de pulak dia tulis tu. Dia just betulkan dengan ink merah ja.
So aku rasa macam dia personally nak attack aku ja. Sebab asal dalam kelas, dia cakap tu sambil pandang tepat ke mata aku.
Aku pun tak tahu apa yang dia tak puas hati dengan aku.
Baru2 ni aku naik gila.
Aku tak puas hati dengan markah yang aku dapat. Aku rasa macam member2 lain lagi teruk jawab. Tapi marks ok ja.
Aku pergi bersemuka dengan dia. Actually memang kami ada macam masa dengan lecturer dekat student room kita panggil.
Kira ada masalah apa2 pergi kat sana la. Tapi dia ada time2 dia akan ada kat situ. Bukan setiap masa la.
Tapi sebab aku dah stress gila, aku terus cari kat bilik dia. Sebab time dengan student tu next week baru ada. Tapi aku dah tak sabar2 dah.
Nasib dia ada. Tapi dia tanya kita ada appointment ke. Aku kata tak de. Saya nak jumpa miss urgent.
Dia macam malas nak layan aku pulak. Dia kata rasanya clear rules jumpa by appointment or dekat student room. Both ni tak de. So why I should attend u.
Mula2 aku cakap elok2 ja. Aku cakap sekejap ja miss. Saya tak puas hati dengan marks saya.
Dia kata buat appointment, or tunggu student meeting time. Then boleh discuss apa yang awak tak puas hati.
Aku terus cakap saya rasa miss bias dengan saya. Time ni aku dah tinggi suara sikit. Aku bukan sengaja. Tapi aku stress gila la. Aku tak dapat kawal diri aku.
Dia pandang aku tajam. Dia kata did I know u? Aku geleng kepala. Dia tanya why u think I bias dengan u.
Aku kata kawan2 aku jawab lagi teruk. Tapi dapat better marks. Aku jawab ok ja tapi dia bagi markah sikit.
Dia tanya, aku tak semak ke. Aku kata semak. Tapi aku rasa jawapan aku ada dalam modul. Tapi jawapan kawan macam tak de. Sebab tu la aku rasa dia bias.
Dia kata kalau u lagi tahu jawapan siapa lagi betul, u dah boleh apply jadi lecturer. Then u boleh bagi marks sesuka hati dekat u.
Perlu ke nak perli aku macam tu sekali? Aku tak boleh pertikai markah dia ke.
Lepas tu dia kata since u bersikap macam ni, I akan tolak merit u. Aku makin marah.
Aku kata ini la reason dia. Miss asyik ugut saya ja. Asyik attack saya ja.
Saya selalu rasa semua kata2 miss tu ugutan untuk saya. Aku ungkit semua benda.
Dia kata depends macam mana orang nak terima kata2 tu. Kalau u rasa tu ugutan, tu masalah u.
Lepas tu aku kata, miss pun manusia jugak. Miss pun akan buat silap jugak. Mungkin miss silap check paper saya.
Aku sebenarnya nak suruh dia cek semula ja. Tapi aku tahu kata2 aku tu harsh sangat. Dah dia macam perli2 aku. Aku stress la.
Tapi dia kata dia ada kelas. Dia malas nak layan orang tak de adab macam aku. Ya Allah. Stressnya.
Petang tu aku dapat emel dari dia. Dia kata since aku questioning dia, dia suruh aku hantar paper aku dekat panel lain untuk double chek.
Dia kata boleh jadi aku akan dapat markah lagi tinggi dari ni, atau lagi kurang dari ni.
Tu bergantung pada lecturer yang semak tu. Tapi markah pertama tu automatic akan terbatal.
Aku memang rasa dia salah semak. So aku emel kat panel lain. Aku memang confident dengan jawapan aku.
Lepas dua hari aku ada kelas dia. Tapi kelas petang. Pagi tu panel tu dah emel kertas jawapan aku.
Aku dapat markah lagi kurang dari dia. Kurang 6 marks. Aku senyum hambar.
Sebab aku tahu mesti dia sengaja pakat dengan kawan dia untuk bagi markah kurang.
Mesti dia sakit hati aku pergi jumpa dia kot. Dia ni memang sengaja aim aku la aku rasa.
Hati aku dapat rasa, dia berdendam dengan aku atas kejadian peristiwa dulu.
Kelas petang tu dia bincang jawapan exam hari tu. Aku memang tak de mood langsung. Pandang dia pun tak.
Lepas tu dia petik nama aku. Dia tanya marks siapa aku compare hari tu. Aku rasa tak sepatutnya dia tanya open macam ni.
Nanti apa kata kawan2 aku. Tapi aku fikir lantak la apa nak jadi. Aku sebut nama kawan aku.
Dia mintak paper kawan aku tu. Lepas tu dia tanya aku. Dia kata kenapa, awak rasa Razman tak patut dapat lima markah ke.
Aku diam. Dia cakap dekat semua orang. Razman dapat full marks untuk question ni sebab dia faham soalan.
Ingat ye class, jawapan u all bukan ikut buku. Tapi apa yang u all faham tentang topik ni. Ini soalan essei.
Razman bagi penjelasan dan contoh ikut kefahaman dia. Dan kefahaman dia tu betul walaupun dalam buku tak de jawapan ni.
Lepas tu dia tanya aku, Linda dapat berapa. Aku jawab dua.
Dia kata kalau ikutkan skema jwapan, dia bagi kosong ja. Tapi dia kesian dia bagi dua.
Sebab aku tulis banyak dan dia ambik masa cari point sikit2 untuk bntu aku bagi markah. Kata dia la.
Aku memang diam la. Sebab aku tahu dia sengaja dok attack aku.
Sebenarnya obviously nampak di sedang memalukan aku depan semua orang.
Lepas tu dia kata, mana yang awak kata ada dalam modul tu. Aku tunjuk la.
Dia kata awak rasa soalan tu tanya ni ke. Aku diam ja la.
Dia kata jawapan awak memang betul2 ikut buku. Tapi untuk soalan yang salah. Ke awak meniru. Main tulis ja tanpa tengok soalan.
Aku kata saya memang hafal jawapan ni. Ingat aku ni jenis tiru2 ke.
Lepas tu dia kata, kalau buat exam open book pun, kalau awak tak faham soalan, awak tak dapat cari jawapan sebenar.
Lepas tu dia cakap dalam kelas, sebab tu saya kata fahamkan soalan. U all belajar banyak topik, normal la keliru.
Sebab tu saya cakap baca soalan berulang kali kalau tak pasti. Ni soalan statistic tapi apa awak jawab dia tanya aku.
Aku diam ja. Sebab apa aku cakap pun mesti salah di mata dia. Dia kata faham dan hafal tu berbeza ye. Semua orang boleh hafal, tapi tak semua boleh faham.
Lepas tu dia tulis dekat white board your future depends on my pen. Dia tanya semua orang, sapa boleh jawab apa maksud ni.
Ada la kawan2 jawab. Lepas tu dia tanya aku.
Aku terus terang cakap maksudnya kalau miss rasa nak gagalkan orang tu, miss boleh ja gagalkan.
Kalau nak luluskan, miss akan luluskan ja. Semuanya bergantung pada miss. Asalkan miss suka orang tu, dia jawab salah pun miss bagi lulus.
Aku sakit hati sangat. Dan memang itu yang aku faham dari ayat tu. Dengan keadaan emosi aku masa tu, aku tak mampu fikir waras dah.
Tapi dia terus cantas. Dia kata asalkan orang tu jawab betul saya akan luluskan. Kat sini saya tak de favouritism ye. Semua orang sama ja untuk saya.
Saya kat sini bukan sehari dua. Beratus student saya handle setiap tahun. Saya tahu siapa yang ada pontensi dan siapa yang tak.
Lepas tu dia tanya untuk soalan yang aku dapat dua markah tu, yang semakan kali kedua aku dapat berapa dia tanya.
Aku kata satu. Dia angguk2 ja. Dia kata now u faham kot apa maksud your future on my pen. Beza satu markah tu besar ya.
Kalau saya nak bantu, saya akan bantu. Kalau saya nak ignore, saya akan ignore.
Semua tu bergantung pada sikap student saya. Sikap student tu yang main peranan dalam pen saya.
Eleh, memang la dia berani cakap. Sebab kawan dia bagi markah lagi rendah dari dia. Kalau lagi tinggi, berani ke dia nak cakap semua tu.
Lepas tu dia kata Linda, saya rasa awak tak sesuai untuk teruskan kos ni.
Masalahnya kenapa dia nak cakap macam tu depan semua orang. Sengaja nak malukan aku ke. Kenapa tak pangil aku personally?
Aku kata aku dah separuh jalan, nak suruh aku stop ke? Banyak aku dah buang masa.
Dia kata better stop separuh jalan dari kedepan2 kos ni makin susah dia cakap. Dia kata aku tak boleh bear kos ni nanti.
Hanya kerana aku pertikai marks ke? Dia rasa aku tak mampu teruskan? Langsung tak nak bagi peluang dekat aku? What the.
Lepas tu yang aku terkejut, dia kata anyway, saya akan arrange kaunseling untuk awak. I think u need counselling.
What?? Dia nak kata aku gila ke. Aku mengamuk dalam kelas. Aku jerit macam orang kena hysteria.
Aku stress gila gila dengan dia. Ada la kawan2 tenangkan aku, tapi dia just pandang ja. Tak de pun nak calm down aku. Nampak sangat dia benci aku.
Tanpa pedulikan aku, dia kata jumpa next class ye. Tapi aku kata saya ada masalah dengan subject miss ja. Tapi dengan lecturer lain saya ok ja. Tak de masalah pun. Tak kan sebab tu nak suruh saya jumpa kaunseling.
Tapi dia kata sebab tu I suruh u drop subject ni. Sebab u tak boleh bawak.
And u perlukan kaunseling sebab mental u. Bukan sebab subject ni.
Arghh stressnya. Mental dia panggil aku?? And depan semua orang??
Tapi yang sebenarnya dia malas nak ajar aku. Tu ja kebenarannya. Lepas tu nak bagi alsan aku mental, aku tak boleh bawak subject ni.
Langsung tak bagi peluang. Student pertikai sikit, dah tak puas hati. Cakap ja la dia benci nak ajar aku.
Allah serabutnyaa. Sebenarnya aku menyesal ja cakap macam tu. Dah dua hari aku menangis kenang sikap aku.
Aku ada wasap dia mintak maaf. Tapi dia tak reply pun. Then pagi tadi aku terjumpa dia kat cafe, aku tegur dia, dia buat bodo ja.
Now aku betul2 dah gila sebab dia. Tak kan dia tak pernah lalui zaman remaja. Langsung tak boleh nak bagi motivasi kat aku ke. Apa besar sangat salah aku buat kat dia.
Ya Allah stressnya. Tadi aku dapat tarikh untuk pergi kaunseling tu. Betul2 nekad dia ni ye. Aku ingat dia saja2 ugut aku ja.
Ya Allah. Nervous nya rasa.
– Lin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Buat adik Lin, nasihat akk supaya tenang2 shj.. mmg mse tengah remaja ni, jiwa asyik nk ‘memberontak’ je.. akk pernah melalui situasi yg hampir serupa, tp dlm dunia pekerjaan la.. kita sbg ‘pekerja bawahan’, terpaksa ‘akur’ shj dgn perangai & kputusan bos.. org lain takut nk komplen, tp sbb akk rse spt ada yg x kena (dia sruh amk satu syarikat utk buat kerja dgn harga bayaran yg x munasabah), akk pergi jumpa dia (personally) d blk dia, kita tnya n ckp elok2, tp memang dia ‘mngamuk’ n bg mcm2 alasan, sampai kluar perkataan2 spt : bod*h, bloodyf**l, f*ck dll. perkataan yg mmg kita xsuka dengar n sebut, n dia mrh dpan PA dia ye.. x ckup dgn tu, dlm meeting, dia malukan akk lg.. ‘markah tahunan’ for sure dia bg paling rendah.. walau pon semua org tau yg perangai dia tu, tp x siapa yg berani nk tegur.. mse ti rse nk g report je kat sprm.. tp mengingatkan sifatnya yg mmg ‘pendendam’, kita bimbang jugak, klaw diapa2kan family akk, sbb dia mmg ada ‘geng’ dia, klaw pon dia nk bls dendam.. so, hanya kpd Allah akk serahkan.. nk dijadikan sbb, x lma lps tu dpt pulak dia ‘naik pangkat’, (sbb dia pon mmg ‘kaki bodek’ big bos, n slalu tunjuk pandai).. tp dipindahkn ke negeri lain yg ada post yg lbh tinggi.. tp, at least dia dah dduk jauh, dan kbetulan lps tu akk pon mintak tukar kerja lain.. tp tulah, klaw mcm awk, xkan nk suka2 tukar course, or even brenti blajar.. serahkn je kpd Allah, di samping tu, klaw awk mmg ada ‘bukti’ yg sahih, cba bincang dgn kaunselor tu, apa yg sbenarnya terjadi.. or, klaw betul2 nk fight secara ‘profesional’, pergi kpd “authorities”, yg lbh tinggi n bole panggil dia utk beri penjelasan, tp make sure awk betul2 ada dokumen2 yg boleh mnyokong awk, dan ‘prepare for the worse’, sbb for sure dia mngkin akn bertindak lbh ‘ganas’ dari sbelom nya.. tp jgn bertindak sbb ‘dendam’, tp utk keadilan diri awk juga dan awk kna ‘bersedia’ utk sebarang “consequences” yg akn timbul selepas tu.. anyway, sbg seorang islam kna bnyak sabar dan bertawakal kpd-Nya, buat solat hajat agar dia diberi ‘hidayah’ utk berubah kpd insan yg lbh baik.. wallahu a’lam bissawab.. 😌
you shold be stoic and nonchalant. buat tak tau je. dia satu subjek je kan bukan nya seluruh semester ada muka dia. buat tak tau je dapat markah teruk pun reda je sebab stau subjek je barai kan? focus je suject lai n and buat leturer tu mcm tak wujud. setel
Aku rasa kau ada masalah attitude. Nampak cara macam kurang adab. Mesti muka kau kalau tak puas hati terus nampak obvious. Dapat pulak lecturer jenis sama gila macam kau. Elok sangatlah ibarat buku bertemu ruas. Kita sebagai student ni kena sentiasa merendah diri, beradab dengan guru, tak kira la siapa pun lecturer tu. Tak puas hati pun kena bersopan santun tanya, bukan tanya dengan beremosi. Ni baru dunia belajar, macam mana kau nak hadap dunia kerja yang lagi harsh. Tak semua keadaan kita boleh ikut emosi kita. Memang baguslah kau pergi dapatkan kaunseling. Sebab nampak kau macam mudah beremosi. Tak pandai urus emosi.
iya saya setuju dgn comment ni. saya tak salahkan confessor 100% dan tak salahkan lecturer tu 100%, cfs ada hak nak tanya and mintak recheck jawapan tu and lecturer tu pon ada betulnya bila dia ckp faham dgn hafal tak sama. cuma paling obvious kt sini ada attitude issue la, and maybe you do need counselling utk control anger issue awak. sebab the world doesnt revolve around you anon. kadang kita rasa kita betul and we deserve it tapi org lain rasa tak pon. risau kalau awak masuk alam pekerjaan, bila boss maki awak, awak maki boss balik claiming u know better than them. so takpe ambik je semua ni as pengajaran and pergi je kaunseling tu, mungkin ada trauma lampau dalam diri awak yg everytime things dont go your way awak akan merentan. sbb by logic no one would hysterically scream in a class full of people if they are sane enough. untuk subject ni, kalau awak rasa perlu drop, drop je. ambik balik next sem dgn semangat yg baru dgn lecturer baru. awak pon dah mintak maaf, dia nak maafkan ke tak lantak dia la sbb lecturer pon ada ego dia. and bila dia suka guna trademark ”your future is on my pen” tu u should already know she’s just like you, orang yg taknak kalah. thats why benda ni asalnya kecik je terus jadi besar. sbb org self-centric ni ada caranya utk kita tegur dan berkomunikasi. tapi takpe la anon, you learn your lessons. semoga dipermudahkan urusan awak nanti.
Dah mintak maaf kan? ok so settle teruskan belajar macam biasa, banyakkan doa. Jumpa je kounselor and luah semua then follow the flow, takyah layan dah lect awak tu, tapi still hormat je, takpe jangan stress2 benda ni normal je, sem depan doa banyak2 tak jumpa dia dah. Enjoy ye zaman study