Aku tak tau nak mulakan cerita dari mana. Tapi benda ni jadi masa aku ambil degree. Universiti mana aku tak nak bagitau.
Aku didiagnos oleh Dr Psychiatrist yang aku ada Major Depressive Disorder (MDD) dan Panic Disorder.
Kalau ikutkan badan aku dah lama tunjukkan simptom macam orang depression tapi aku tak pernah fikir pun nak jumpa pakar.
Sampailah satu hari ni kawan aku pujuk, so jumpalah Dr ceritakan segala benda yang aku rasa.
Lepas aku didiagnos, aku dibagi dua jenis ubat. Ubat tu function dia untuk kawal emosi dalam minda kita.
Tapi digalakkan makan waktu malam sebab akan buat diri tu mengantuk. Dia macam ubat tidur, sebab ubat tu akan buat kita berehat dan takkan fikir benda-benda pelik.
Sejak aku tau tu, aku rasa macam aku hilang harapan untuk hidup. Fikiran aku selalu serabut. Aku tak ada semangat nak belajar, takde semangat nak buat aktiviti yang aku suka, aku asyik cepat putus asa.
Badan aku pun makin hari menunjukkan perubahan disebabkan kesan daripada makan ubat tu.
Takde selera makan berhari-hari, berat badan naik mendadak, daya ingatan aku lemah (padahal aku paling senang menghafal lagi-lagi nombor) boleh kata benda kecil pun aku mudah lupa.
Aku seorang yang extrovert selalu banyak cakap jadi seorang introvert yang pendiam sepanjang masa.
Bila classmate borak-borak, aku termenung luar tingkap buat hal aku. Boleh kata hidup aku berubah sekelip mata.
So nak dijadikan cerita, satu hari ni aku chat lecturer aku (perempuan), aku bagitau dia yang masa tu aku tak commit dalam assignment sebab aku tengah ada health problem.
Time tu aku memang tengah down gila sebab berlambak gila assignment yang nak kena kejar due date.
Yang aku maksudkan ‘down’ tu bukan stress yang biasa-biasa. Yang luar biasa dimana aku akan ‘self harm’ (SH). Dia macam mana eh nak explain.. aku rasa lega lepas SH tu.
Ye maybe bagi orang yang tak faham akan rasa perkara ni pelik. Tapi jujur aku cakap, kalau aku tengah down and SH time tu, terus aku rasa lega.
Pernah aku tahan diri nak SH, at last aku buat jugak sebab macam mana pun dia kena juga buat. Kadang-kadang aku pun pelik dengan diri aku ni.
Back to the story. Okay masa aku chat lecturer aku tu, aku sertakan sekali gambar SH aku and send kat dia ‘once’.
Tapi time tu whatsapp masih boleh screenshot kalau orang tu hantar once je. Entahlah kenapa aku hantar gambar tu.
Bukan nak mintak simpati ke apa tapi aku nak dia faham yang aku memang tengah down time tu. Pastu dia pun balas yang aku kena dapatkan bantuan kaunseling apa semua.
Pastu aku cakaplah “okay thank you for your concern Madam”. Kira dalam bulan tu, 2 minggu jugalah aku tak datang sebab overdose and SH.
//Next story melibatkan classmate aku. So aku guna A dengan B, kira A dengan B ni dua2 classmate aku//
Then satu hari ni, aku punya classmate cerita something kat aku. Yang cerita kat aku ni si A tu. A ni nak cerita pasal B.
A ni cakap yang ada hari yang aku tak datang class, si B ni tunjuk satu gambar and macam kecoh lah dalam kelas tu. Pastu si A ni pun pergilah tengok tu gambar apa.
Rupa-rupanya gambar SH aku yang aku send kat Madam tu. Katanya si B ni chat madam tu tanya pasal aku, kira dia nak taulah penglibatan aku dalam assignment.
Lepastu madam tu pun bagitaulah kat si B ni yang aku ada chat dia and hantar gambar tu.
Maka tersebarlah gambar tu sampai classmate aku tau. Tapi A cakap tak semua yang datang lagi masa tu. Tapi tulah kalau dah sorang bercerita, mesti yang lain tau juga punya.
Selama aku belajar dengan madam tu, aku rasa dia baik sangat sebab dia siap gmeet luar dari waktu kelas semata2 nak ajar aku cara buat assignment.
Walaupun online je kelas dengan madam tu, tapi cara dia layan semua student dia memang baik.
Aku tak sangka gila bolehnya madam tu sebarkan gambar aku.
Okay memanglah salah aku sebab tak siapkan assignment aku which is tu tanggungjawab aku sebagai seorang student. Tapi apa hak dia nak sebarkan gambar aku macam tu?
Apa lah function aku pm dia. Kalau aku nak bagitau semua orang dah lama aku send gambar tu kat group. Kenapa madam tu tak ada common sense??!!
Sakitnya hati aku bila dapat tau benda ni. Tak boleh ke dia jaga privacy student dia?
No wonderlah pernah dengar banyak kes yang pelajar tak percayakan cikgu sebab dorang sebarkan dengan cikgu lain.
Even ada jugak kes pelajar yang jumpa cikgu kaunseling pastu dimalukan satu sekolah. Dahsyatnya dunia ni kan? Ingatkan dorang tu boleh dipercayai tapi tak rupanya.
Maybe ada yang boleh dipercayai tapi tak semua. Tak semua. Tapi macam mana sekalipun, lepas aku dah terkena macam ni, aku serik dah.
Memang tak adanya aku nak percaya mana-mana lecturer. Classmate aku pun ada yang ingat tu gambar dari google. Semua orang anggap ia menakutkan, tak boleh dipercayai.
Pengajaran dari cerita aku ni, janganlah mudah percayakan orang walaupun orang tu berjawatan tinggi ke apa. Kadang-kadang orang yang kita rapat pun ada trust issue.
And remember, there’s always someone to help you if you’re struggling. There’s nothing to be ashamed of when it is related to mental health.
If your life is not doing good, find someone to talk to. You are not alone. Be yourself, love yourself.
– Ratu Tidur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit