Dulu… aku isteri orang. Sembilan tahun aku bertahan.
Sembilan tahun aku percaya cinta boleh ubah manusia.
Tapi rupanya, cinta aku cuma ubah diri aku , jadi kuat menahan, tapi perlahan-lahan, aku hilang diri sendiri, jadi lemah, jadi sabar, jadi terlalu memaafkan.
Dulu… aku isteri orang.
Aku pernah percaya cinta boleh ubah manusia.
Tapi hari ini aku sedar bukan semua cinta berbalas dengan setia.
Dia curang. Dia zalim.
Nafkah tak pernah cukup, layanan entah ke mana.
Aku tanggung makan, minum, rumah, anak tapi dia kata dia yang berkorban.
Dan bila aku pergi, aku pula yang dituduh.
Kami duduk serumah, tapi hakikatnya dah lama tak sebumbung hati.
Empat belas bulan kami asing tempat tidur.
Empat belas bulan aku hidup dengan orang yang sama, tapi rasa macam tidur dengan bayang-bayang yang dah tak kenal aku lagi.
Aku tak perlu kenang lagi semua tu.
Aku tak nak ulang luka yang sama.
Aku pilih tenang.
Aku dah tak toleh ke belakang, takkan ganggu, takkan menangis, takkan merayu lagi.
Aku dah mudahkan urusan dia, semudah dia dulu melepaskan aku.
Keluarganya toxic, kata orang.
Tapi aku tak mahu benci. Aku cuma jauh.
Sebab bila aku jauh, aku selamat.
Dan bila aku diam, aku tenang.
Bila dia mula sebarkan cerita palsu selepas bercerai , kepada jiran, rakan sekerja, saudara mara aku cuma senyum.
Katanya aku perempuan murah. Katanya aku curang.
Sedangkan waktu aku susah, waktu aku perlukan sokongan, semuanya hilang.
Tiada siapa yang datang waktu aku terbaring sakit, tiada siapa yang bertanya bila aku menangis tengah malam.
Tapi bila bab fitnah, semua laju percaya.
Aku tak marah.
Sebab aku tahu, manusia cepat menghukum, tapi Allah Maha Tahu.
Aku tak akan bersihkan nama aku dengan kata-kata.
Cukuplah Allah yang bersihkan dengan masa dan kebenaran.
Aku dah tak kisah apa orang nak cakap.
Aku dah tak kejar penjelasan.
Aku tahu siapa diri aku, dan aku tahu Allah tahu segalanya.
Aku bukan perempuan murah, aku perempuan yang pernah mahal,
Tapi disia-siakan oleh lelaki yang tak tahu nilai.
Dan hari ini, aku bukan lagi mangsa.
Aku bukan lagi janda yang dijandakan
Aku wanita yang memilih untuk tenang, yang menyerahkan segalanya kepada Tuhan.
Aku tak minta pembalasan.
Aku cuma minta ketenangan.
Sebab kadang, membalas bukan dengan dendam…
Tapi dengan diam yang penuh maruah.
Dia curang.
Main dating apps, keluar dengan perempuan entah siapa.
Katanya sekadar “kawan borak.” Tapi aku tahu ,bila hati dah berpaling, kawan pun boleh jadi alasan.
Aku urus rumah, urus anak, urus segalanya.
Dia?
Main judi. Hutang keliling pinggang. Nafkah isteri? Langsung tak ada.
Makan minum, barang dapur, bil semua aku tanggung sendiri. Tapi pelik, bila orang tanya, dia kata dia dah berkorban kerja siang malam.
Padahal aku yang siang malam fikir macam mana nak cukupkan keperluan rumah.
Tapi dia dan keluarganya sibuk kata aku isteri tak bersyukur.
Katanya aku tak nampak pengorbanan dia.
Pengorbanan apa?
Kalau tiap sen yang keluar, datang dari dompet aku sendiri.
Bil api, air, wifi, astro ,semua duit aku.
Minyak kereta, tol, servis motor, servis kereta, duit aku juga.
Rumah yang kami duduk, rumah bersama, tapi ansuran bulanannya aku yang bayar.
Dia menumpang senang, tapi aku yang tanggung beban.
Bila aku sakit, dia tak jenguk.
Bila aku masak, dia tak jamah. Katanya tak lalu. Tapi makan dengan perempuan lain, berselera pula.
Bila aku dekat, dia menjauh. Bila aku pandang, dia paling muka.
Rumah kami bukan lagi rumah tangga , cuma empat dinding yang menahan sunyi.
Dan yang paling aku tak lupa, makan, minum, pakaian semua aku sediakan.
Dia hidup atas titik peluh aku, tapi bila dah cerai, dia kata dia yang tersakiti.
Aku pun pelik.
Tersakiti di mana, bila selama ni aku yang bayar semua?
Yang lapar sebab simpan duit untuk rumah ni, aku.
Yang menangis dalam diam, aku.
Tapi bila aku lepaskan dia, tiba-tiba aku pula yang dikata tak setia.
Sampai satu hari, aku minta cerai.
Dia lafazkan senang. Lepas tangan, lepas beban.
Dia halau aku keluar dari rumah yang aku sendiri bayar ansuran bulanannya.
Aku pergi.
Kosong, tapi tenang.
Sebab aku tahu, Allah tengah buka pintu untuk aku keluar dari derita yang aku panggil “rumahtangga.”
Dan bila aku mula bangkit ,Allah gantikan dengan lelaki yang ikhlas.
Bujang, tapi matang.
Dia terima aku seadanya, terima anak aku tanpa syarat.
Dia tak hina masa lalu aku, dia ubati dengan kasih.
Keluarga mentuanya pun penuh nilai dan budi.
Aku rasa dihargai, aku rasa disayangi.
Dan masa aku bahagia inilah, bekas suami mula meroyan.
Katanya aku curang, katanya aku punca segalanya.
Padahal masa aku merayu, dia yang tolak.
Masa aku sakit, dia yang pergi.
Masa aku lapar, dia yang buat tak tahu.
Tapi bila aku bahagia, dia pula yang tak tenteram.
Dan masa aku bahagia ni, bekas suami tiba-tiba bersuara.
Katanya aku cepat sangat move on.
Katanya aku tak tunggu lama, terus kahwin.
Tapi aku nak cakap, cepat atau lambat aku move on, itu hak aku.
Kau bukan lagi suami aku.
Kau dah lepaskan aku.
Jadi kenapa sekarang baru nak soal kenapa aku jumpa bahagia lebih awal daripada yang kau jangka?
Aku bukan balas dendam. Aku cuma terima takdir.
Sebab Allah dah janji setiap luka yang sabar, akan diganti dengan bahagia yang luar biasa.
Dan itulah yang aku rasa sekarang.
Aku tak marah. Aku tak berdendam. Sebab aku tahu, Allah nampak semuanya.
Allah tahu siapa yang menzalimi, siapa yang sabar.
Sekarang aku tak menyesal dijandakan.
Sebab dari seorang lelaki yang tak tahu nilai aku,
Allah gantikan aku dengan seorang suami yang tahu menghargai.
Aku tak hilang apa-apa , dia yang rugi.
Sebab bila aku pergi, dia bukan kehilangan isteri.
Dia kehilangan doa, keberkatan, dan ketenangan yang dulu aku titip setiap hari.
Aku tak sedih. Aku bersyukur.
Sebab rupanya, ujian kecil yang dulu buat aku rebah, hari ni jadi sebab aku bangkit.
Dan aku belajar:
Kadang Allah buang sesuatu yang tak layak, supaya Dia boleh bagi sesuatu yang sangat berharga.
Kenangan tak boleh dipadam, tapi kita boleh berdamai dengannya.
Ia bukan tentang melupakan, tapi tentang memaafkan diri sendiri dan menerima bahawa yang lepas biarlah lepas.
Dia yang buat keputusan untuk memilih diri sendiri berbanding aku dan anak.
Dia yang pentingkan ego, bukan rumahtangga.
Dia yang kononnya cintakan aku dulu, yang memilih untuk berkahwin dengan aku, dan dia juga yang memilih untuk pergi dari hidup aku.
Aku tak halang, sebab aku tahu, tak guna mempertahankan orang yang tak mahu bertahan.
Bila aku pergi, aku pergi dengan jiwa kosong…
Tapi dengan hati yang yakin, bahawa Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih indah.
Dan benar Allah gantikan.
Dengan lelaki yang ikhlas, yang mencintai aku bukan kerana rupa, tapi kerana hati.
Yang menerima anak aku tanpa beza.
Yang tak mencari kesempurnaan, tapi belajar saling melengkapi.
Kini aku fokus berkhidmat dan menyerahkan seluruh jiwa serta raga,
Kepada cinta yang baru cinta yang penuh kasih dan sayang,
Yang membuat aku rasa dihargai, bukan disisihkan.
Cinta yang membuat aku belajar bahawa luka semalam bukan pengakhiran, tapi permulaan untuk bahagia yang sebenar.
Aku akan cipta bahagia aku sendiri.
Dan kenangan yang lalu, biarlah ia berlalu.
Aku dah tak ingin membencinya, kerana tanpa luka itu, aku takkan jumpa ketenangan ini.
Dan buat mereka yang tertawa atas penderitaan aku, aku maafkan.
Kerana aku yakin Allah itu ada, dan Dia tak pernah tidur.
Setiap perbuatan akan dibalas dengan cara yang paling adil, dan setiap air mata yang pernah jatuh… pasti akan diganti dengan bahagia yang berlipat ganda.
– Zara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit