Lel4ki Baik Bukan Setakat Bagi Makan Pakai Tapi Bagi Makan Rohani

Siapa ada pengalaman jumpa orang yang acah baik depan netizen, orang ofis, kaum kerabat family dia.. Tapi dengan anak bini perangai macam hantu.

Suami aku kalau first impression orang jumpa dia akan puji kelangit dan mengagungkan “akhlak” dia yang terpaling baik sopan santun cakap lemah lembut suka senyum suka tolong orang.

So, dia macam ada satu sindrom perasan diri dia baik, jadi bila aku atau mak bapak aku abang aku nasihat dia pasal rumahtangga.. Dia akan maki balik.. Melenting.

Btw, dia yang sibuk2 call family aku semua dan sibuk nak mengadu itu ini bukak aib rumahtangga macam budak tak matang dan dia tak segan silu nk call mak aku cakap “mak bodoh, kenapa nak datang rumah kemas2 rumah saya”

Sebab aku cabar dia call and cakap sendiri kat mak aku, alang2 dia nak komplen sangat. Sebab dia nak jadi kan point mak bapak aku suka rajin tolong kemas kan rumah bila mereka datang rumah kami.. Dia kata dia macam terhina.

Haha apa bingai pemikiran dia ni. Jenis penyakit hati. Then, bila turn family dia datang rumah, siap kemas kan jugak rumah.. Terdiam dia.. Tak berani nak komplen. Ni la orang perangai gila. Dia sangat takut dengan mak dan kakak dia ok.

Family dia memang tak pernah tahu atau nampak dia pernah tinggi suara pun. Hebat kan lakonan dia.

Long short story, kami dah 7 tahun kahwin dan anak 3.. Dalam masa 4 tahun dah dapat 3 anak.. Korang boleh bayangkan penat nya dengan aku bekerjaya lagi.

Btw, mamat ni harap je beza umur 10 tahun tapi perangai tak matang. Dan dia memang baru2 ni mengaku.. Dia pun tak baik, dia sangat panas baran.

Dari kecik lagi zaman sekolah rendah, dengan kawan2 pun dia mudah panas dan tak segan nk bertumbuk. Tapi lama2 dia belajar sendiri berubah jadi baik, baik setakat imej luar jela. Dalaman rupanya masih berpenyakit hati.

Kalau korang tahu kat negara ni kan ada satu kaum tu yang terpaling sopan santun cakap lembut kononnya di nusantara ni.. Sebab kaum diaorang ni ada kat negara lain jugak.. Korang tahu la kan, adat diaorang ni alahai kalau dengan orang luar tunjuk baik ya amat…

Nampak orang dari jauh dah jalan tunduk terpaling sopan beradab. Kalau beraya, wajib la korang bersalam dab buat ayat2 deep ucapan panjang lebar mintak maaf kat mak bapak kakak abang adik beradik pak cik makcik diaorang.

Korang kena salam sambil duduk berlutut, bagi la ucapan terhebat merendahkan diri korang, buat buat minta maaf, macam kau sorang je terpaling berdosahh. Dah memang adat dia orang, macam ucapan raya tu sangat di tuntut ok untuk kau kena hina kan diri minta maaf bersungguh2. Haha..

Patut aku tengok biras aku pun malas layan dah family mil aku ni. Setakat ucap maaf zahir batin mak. Tu je. Haha. Rumah dekat je 1 jam tapi jarang gilaaa balik.. Beraya pun sekejap je, raya ke dua dah blah, padahal esok lusa cuti lagi.. Takde anak kecik pun..

Tapi aku tahu biras aku malas layan diorang ni.. Belum lagi aku cerita part masak. Lagi sedeiihh, bulan puasa baru ni datang jauh2 perjalanan 5 jam nak balik berbuka kat rumah mil, nasi pun tak di masak. Di beli murtabak je untuk kami semua berbuka.

Bukan kami je ada, ada family lain lagi dengan anak2 sekolah rendah.. Nasib baik aku awal2 suruh mamat ni singgah beli ayam bakar buat tambah lauk,,

Suami aku dengan yakin cakap mesti la mak dia akan masak punye.. Tak kan dia balik mak dia tak masak untuk berbuka… adoii. Aku pun percaya jela kan takkan tak de masak kan orang balik berbuka kot.

Tapi aku tetap suruh beli ayam bakar, roti john, air air, tu pun duit aku. Alasan tak masak nasi, sebab style diaorang tak makan nasi berbuka. Haha.

Sahur je makan nasi. Hm boleh bangkrap orang bazar ramadhan kalau macam ni semua. Sejak bila tah.. Dulu elok je tahun sebelum ni korang makan nasi masa berbuka.

Adoiii… tahun ni tiba tiba tak masak nasi, kalau aku tahu dari awal memang la aku beli kan nasi. Ni aku tak tahu apa2, ingat ke balik berbuka orang nak sambut la gembira.

Sadis jugak ye nasib laki aku ni, macam anak tak di anggap pulak. Haha. Dia je syok sendiri puji family dia bagus. Apa perasaan korang ye jika balik jauh2 jarak 5 jam nak sambut berbuka puasa, tapi nasi pun tak ada. Haha. Mil saya tak tua sangat dan tiada penyakit ya, sihat walafiat saja.

Ayah saya sama umur dengan dia, ayah saya lagi berpenyakit kencing manis, sakit lutut sakit tulang pinggul nak tidur baring pun azab, dengan dapat covid masa bulan puasa tu tumbang dua minggu, tak boleh berpuasa banyak hari tapi ayah dan mak saya tersangat gigih masakkan kami makanan yang sedap2 yang tak dapat kat bazar.

Mak ayah saya memang konsisten masakkan kami dan menantu lain, family kami jenis suka jamu makan. Kakak2 ipar saya sangat sayang mak ayah saya sebab mak ayah tak pernah campur urusan atau komplen nak suruh balik kampung, sangat berbeza dengan family mil yang suka komplen itu ini, lama tak balik la, balik sekejap la.

Abang2 saya duduk klang valley je pun, tak jauh dari kampung,jarak 1 2 jam je. Tapi balik 3 4 kali je setahun. Bayangkan? Tak pernah mak ayah aku nak bising, mereka faham anak menantu kerja sibuk dan susah cuti anak kecik2 pulak.

Aku yang jarak 5 jam jauh dari rumah mil dan makbapak aku, konsisten balik sebulan sekali. Pun tak cukup lagi.. Langsung tak bersyukur! Nak tuntut itu ini dari anak2, sebab tu biras aku dan abang ipar aku yang duduk dekat 1 jam dari rumah mil pun malas balik, 3 4 bulan sekali je balik.

Berbalik pada kes suami aku ni perangai baran macam hantu, dia jadi makin melarat teruk macam ada gangguan saka pun ada. Mak aku pernah nampak bayangan masa mak mengaji quran, menjelma bentuk jin kuku panjang muka suami aku tapi mata merah menyala marah kat mak aku.

Masa awal kahwin pun memang dah naik tangan, muka aku kena macam bini hapidz rusdi tu spek pecah kena tumbuk kat muka dan bawah mata luka. Sebiji macam tu la. Masa tu anak sorang dalam kereta, dia biasa pukul dan baran depan anak..

Sampai anak2 kecik2 dah trauma. Sejak setahun ni makin teruk dan dahsyat baran dia, baru cakap sikit, kepala aku akan kena hentam dulu. Kalau masa dulu2, dia lambat naik tangan. Dulu dia lebih penyabar dan mudah di ajak berbincang.

Sejak kes gangguan saka tu, lagi hebat skil belasah dia. Kaki dia terajang muka aku sampai bergerak sebelah rahang aku seminggu jugak tak boleh makan solid, bayang kan aku yang beranak anak dia 3 orang ni dia boleh kaki kan muka aku.

Dia tak pernah minta maaf pun. Semua nya isu kecil dan kalau lelaki tu memang baik beriman matang, dia tak akan besarkan hal kecik. Tapi boleh bincang secara diplomasi.

Aku ni bersabar sebab anak2 kecik masih baby sorang tu. Mak bapak dan abang aku memang tak suka dah dia ni, tapi masih puji dia sebab dia bagi cukup makan pakai dan rajin jaga anak urus anak. Anak2 pun rapat dengan dia.

Tapi kalau datang baran dia, dengan anak2 pun dia boleh pukul. Tak payah la tanya masa sarat mengadung ke apa ke sama je kena hentam kepala, semua nya lepas isu gangguan saka tu melarat.

Tak payah cerita pasal berubat la, dia tak mengaku, dia malu family dia saka. Nak rawat saka ni bukan sekadar rukyah je, tapi diri sendiri tu kena rajin berzikir solat tahajud solat taubat baca alquran dan faham kan tafsir al quran, baru hati jadi lembut dan mudah ingat Allah.

Sepanjang kahwin ni, tak pernah sekali dia pergi solat jemaah di masjid, harap solat jumaat jela. Solat terawih langsung tak pernah buat, harapkan solat biasa 5 waktu je tu pun culas dan akhir waktu. Patut la setan pun mudah kacau. Padahal laki islam dituntut solat jemaah tiap waktu dekat masjid!

Terawih pun tak buat walau kat rumah, macam tu mak and adik beradik dia cakap dia orang baik? Haha. Adoiiii.. Kepala hotak korang lah. Aku tengok lelaki lain yang sama jawatan macam dia kawan2 dia elok je solat jemaah kat masjid, asar tu singgah masjid, maghrib singgah masjid, asal dia tak boleh buat.

Jangan bagi alasan jaga anak kecik, masa dua tahun awal kahwin takde baby lagi asal tak pergi masjid tak pergi terawih pun. Baca al quran langsung tak pernah! Harap je konon2 beli berlambak buku2 ibn katsir la tafsir al quran. Baca haram tak.

Mesti korang tanya kenapa tak bawa jumpa psychiatrist, laki ko ni sah gila. Orang ofis yang tahu cerita pun cakap dia gila. Malah sebelum jadi kes macam ni, 5 tahun lepas pun pernah ada orang ofis cakap, suami kau ni mental tak kuat, lemah. Isu kecil pun nak jadi macam tu. Macam tak rileks,

Padahal mamat yang sembang ni lagi terkenal kat ofis sebagai mamat bermasalah suka gaduh dengan orang, tapi dia bab handle bini dia memang tiptop. Dia pun hairan laki aku iaitu kawan dia jugak, perangai mental koyak macamtu. Lepas 5 tahun, aku cerita balik minta pendapat, terus dia cakap laki aku memang sakit otak.

Mana ada lelaki normal pukul bini sarat mengandung. Isu tak ada apa pun. Kes aku kena tendang dekat rahang tu, aku pegi klinik dan doktor tu pun cakap suami aku mental problem. Dia kata macam syndrom borderline disorder. Dalam otak dia mindset dia fikir buruk2 je kat bini, orang lain baik, bini je jahat..

Bini buat salah sikit atau bini nk mengadu sikit, dia terus trigger anggap tu benda besar dan fikir bini ni je teruk bini ni nak cari gaduh so bini layak kena pukul. Sama macam laki aku cakap, bagi dia, apa2 yang aku nak coomunicate tu, dia anggap benda tu benda besar, aku nak gaduh la ni,

So dia akan terus hentam, langsung tak boleh communicate elok secara diplomasi. Aku memang tak report polis sebab siapa nak tanggung anak2 kalau masuk penjara. Adoi..

So aku bawak jumpa psy plak, doktor lelaki so memang biased la kan, dia macam biasa, sangat defensive dan tak mengaku salah, dia pulak salahkan aku depan doktor psy tu. Haha. Dia boleh ungkit cerita tak penting awal kahwin konon nya aku yang start dulu pukul dia. Lol.

Korang jujur jela, korang sendiri pun ada pukul manja je laki korang, apa la sangat kudrat perempuan. Haha. Adoii.. Benda tu dijadikan point untuk selama 7 tahun ni dia boleh dera dan belasah aku (nyaris tak koma je) dah tak pasal2 sesi psy tu jadi sesi kaunseling keluarga pulak. Bazir duit aku bayar sesi private psy tu.

Tak profesional punya doktor. Doktor tu boleh kata laki aku tak gila dan tak ada masalah. Haha. Adoiii. Dah la 1 jam RM400. Bayar free nak kena dengar ceramah kaunseling rumah tangga, bukan nak diagnosed laki tu gila.

So mamat ni bangga diri cakap dia tak gila, dia tak ada masalah, aku yang bermasalah. Aku suka komplen mengadu masalah ofis dan isu orang ofis hentam aku.

Adoiii. Dia tak pernah pun support masalah aku dekat ofis selama ni. Bayangkan teruk mental aku kena dera, tapi aku jenis lasak dan memang berdikari dari bujang, aku boleh hadap lagi.

Jumpa lawyer syariah pun aku dah bawak tahun lepas, lepas kena tendang rahang tu, tengah sakit2 aku pegi ajak jumpa lawyer. Lawyer tu perempuan, dia pun nasihat suruh cerai je.

Dia bantu buat tuntutan harta semua, sebab dia pun dah takut dengan laki aku masa sesi tu laki aku dah nak tunjuk baran dia sebab dia tengok lawyer tu tak berpihak kat dia. Laki aku pantang kalau orang lain tak percaya dia, tak anggap dia baik, so dia akan mula nak defensive dan nak baran.

Dia mula tinggi suara kat lawyer, dengan mata merah, muka bengis, lawyer tu siap cakap aku cantik, jadi janda pun tak apa, banyak lagi orang nak, adoii, aku siap cakap, dah janda anak 3, mane ade orang nak.

Dan ni bukan pasal orang lain, aku pun trauma dah nak kawin lain pu, ni bertahan pasal anak2 deserve dapat life yang ada mak bapak tak divorced,

Aku baca banyak budak ada depression and trauma kalau makbapak bercerai.. Aku nak bertahan lagi 10 tahun sampai aku berhenti kerja, supaya orang ofis tak bergosip dan anak aku dah cukup besar time tu. Lagipun mamat ni masalah dia panas baran kaki pukul je tak pernah ada isu perempuan lain.

Dia memang jenis dengar cakap aku, rajin buat kerja rumah jaga anak urus anak, cuma bab komunikasi je dia failed. Aku tak boleh mengadu masalah atau merajuk, dia akan naik hantu.

Korang bayangkan, masa tu aku kena influenze A, tapi aku kena pergi opis, masa tu pukul 3 pm hari jumaat. Jadi aku minta dia hantarkan macam biasa la, tapi dia macam malas. Dah la aku sakit kot. Langsung tak caring.

Hampeh mamat ni, aku pun membebel la tak caring dekat aku tengah influenza kot kenapa tak nak drive kan, bagi alasan nak jaga anak dekat rumah., tu pun boleh jadi isu dia baran mengamuk macam hantu tengking depan anak, mata merah, tumbuk cermin kereta sampai pecah.

Suami normal mana ada macam tu, kalau bini merajuk terus pujuk dan terus hantar kan, haha adoi. Macam tu tak gila ke? Doktor psy tu cakap itu isu kecik je, jarak 10km je ofis, kenapa aku tak bawa kereta sendiri. Lol. Tu isu dia nampak? Isu mamat tu gila dia tak komen. Apa punye tauliah la doktor psy ni.

Nak hadap duit orang RM400 tu 1 jam, tak buat kerja kau betul2. At least bagi la surat refer ke psy lain. Macam mana la dia boleh jadi pensyarah kat 1 ipta terkemuka ni. Dia memerdekan laki aku sampai mamat tu bangga diri dia tak de isu mental health.

Lagi satu, laki aku jenis tak segan mengaibkan depan jiran2 tetangga weh. Dia sanggup jerit terpekik depan rumah jerit bini tak guna bini bodoh. Dari anak 1 sampai anak 3. Haha.

Lagi aku merayu jangan jerit nanti jiran dengar, lagi dia buat sebab nak malu kan aku. Haha. Macam ni doktor psy kata tak gila ye kawan2.

Jiran pun dah malas layan. Tapi depan mak and adik beradik dia, dia tak tunjuk ye perangai macamtu. Hanya kat family aku dan lawyer perempuan yang tak memihak dia je, dia akan tunjuk true color.

Depan mak kakak dia ya Allah, dia tunduk je acah2 biar aku cakap sorang2, macam dia suci tak ada respons, haha. So family dia nampak aku la yang gila. Emm. Padahal depan mak ayah aku dia maki hamun and belasah depan ayah aku yang tua tu.

Tahun lepas, dia bawak anak pergi rumah jiran belakang, akak tu lakibini dia kenal dekat playground dan anak aku umur 5 tahun rajin datang uma diorang sebab nak main kucing so diaorang kenal la.

Jadi 1 hari ada isu gaduh, dia pergi rumah jiran belakang, ketuk pintu maghrib2 adoi.. Mengadu pasal aku. Nak aib kan aku. Gila kan dia ni. Dah tak pasal2 akak tu ceramah kat aku, dia acah2 tunduk baik tak bunyi, jauh beza respons dia kalau depan makbapak and abang aku.

Di herdik dan di tengking nya makbapak and abang aku. So akak tu siap cakap aku bermasalah. Adoii aku dah memang sah2 tengah marah sebab dia bawak lari anak aku pegi umah jiran nak aib kan aku.

Akak tu boleh cakap, ini bukan aib, haha. Islam jenis apa lah. Aib pun tak tahu beza. Dia kata laki aku ade hak nak cerita hal umah tangga kat jiran.

Haha ni bukan aib pun. Bayangkan hebat lakonan laki aku pura2 baik lembut depan orang ramai, sampai orang ingat aku yang bermasalah. Akak tu siap nak halau aku dari rumah dia. Kalau aku ni jahat tak ade la aku beranak 3 orang 4 dalam masa 4 tahun. Orang lain siap enjoy me time travel.

Aku dah 5 tahun tak travel vacation oi. Aku dah la tekanan di ofis, dengan anak2 kecik, dan aku dapat pnyakit lain pula selepas beranak ke-3. Penyakit seumur hidup kena makan ubat. Apa la nasib.

Kesian dekat mak ayah aku dah tua uzur. Ayah aku nk umur 70 dah tapi kena bawak kereta jauh2 jarak 5 jam nak lawat aku tengok aku cedera ke tak.

Si gila ni sangat jahat, dia akan ugut nak hantar aku balik kampung or rumah abang aku takde pasal biar makbapak or abang bertanggungjawab jaga aku. Haha. See. Dia cakap pun macam orang gila tak waras. Sampai bapak aku terpaksa la datang, aku pun tak tahu bapak nak datang,

Henfon aku dah kena pecah kat tengah jalan raya. Keji gila kan. Harta benda orang dia musnahkan. Aku tak tahu la apa hantu saka family dia ni. Mak dia tak pernah nasihatkan dia jangan pukul aku. Haha keji kan. Orang tua tu tahu kutuk aku je cakap aku kena banyak bersabar, anak dia je baik.,

Dia tak ada nasihat. Sebab tu anak dia perasan diri dia baik, netizen orang opis semua suka dia, dia akhlak baik.. Haha. Ni 1 jenis mental disorder jugak, perasan diri baik, create fake impression diri sendiri.

Dia tak pernah ngaku salah. Dia hanya akan cakap, aku layak kena pukul teruk2. Haha. Macam tu ke baik. Depan mak dia tak berani pulak cakap macamtu.

Last, dia jenis bawak lari anak2. Tapi yang baby dia tinggal plak. Raya tahun lepas, dia bawak lari dua orang anak, aku kena block. Gigih aku tunggu balik dan malam2 siap cari di bandar check hotel kot bawak tidur hotel. Tak sangka dia akan lari balik kampung dia. Punya husnuzon aku ni.

Padahal si gila tu dah sampai kampung malam raya siap happy2 dan burukkan aku.

Aku ni dengan baby umur 5 bulan kat rumah dan cari dia malam2 di bandar check hotel. Nak cari anak2 lain. Selamat ke tak. 3 hari tak da khabar. Langsung tak bagitahu apa satu. Gila kan. Dah la jiran2 semua tak ada balik kampung.

Bahaya tinggal aku sorang2 dengan baby 5 bulan. Keji gila. Bapak aku terpaksa datang umah aku jarak 5 jam tu pagi raya kedua siap bawak sup tulang dan nasi beriani mak aku masak. Kesian orang tua tu. Apa la nasib dapat menantu hantu.

Dia kata menyesal kahwin kan aku, ingat ke lelaki tu akhlak baik cakap lembut elok berbahasa, ayah aku cakap tak boleh pandang pangkat belajar tinggi pun rupanya gila juga. Lebih baik kahwin dengan orang kerja biasa.

Mak ayah aku bukan orang asal alim warak, tapi mak aku setahun berapa kali katam al quran dan tiap hari selama 15 tahun ni bangun 4 pagi buat solat tahajud dan taubat dan witir sampai subuh! Tiap hari ye tak tinggal

Ayah aku kaki masjid. Mak ayah aku sayang menantu perempuan semua dan masakkan macam2 untuk kakak ipar aku.

Abang2 aku semua jadi manusia berguna, naik pangkat besar di bangi shah alam tu berkat doa ibu dan rahmat Allah. Isteri cerminan suami, korang yang bujang tu hati hati cari jodoh.

Jangan terpedaya orang konon2 akhlak baik tapi rupanya jenis jahat diam. Nak cari suami, cari yang rajin baca al quran hati lembut, rajin jemaah masjid,

Walaupun tak konfem akan betul baik, tapi biasa lelaki yang jenis amal solat sunat sebelum subuh solat malam ni, insyaAllah memang lelaki baik soleh budiman. Suami baik bukan setakat pandai jaga anak dan bagi cukup makan pakai, tapi rohani tu penting. Didik anak bini bagi makanan kerohanian.

Bukan takat makan pakai jaga anak dah dikira lelaki baik ye. Dia masih bukan hamba Allah yang baik. Terawih pun tak pergi, jadah apa.

Takkan nak harap aku yang budak tak matang umur 25 masa tu nk kena didik dia. Apa la aku tahu pasal hidup pun masa tu. Aku ni dah la introvert social anxiety tak bergaul orang sangat.

Dia tu tua dari aku patut dia yang didik aku. Belum aku cerita part hobi basikal dia, punya baik aku ni bagi je dia main basikal merdeka ride malam buta aku pantang anak pertama masa tu baru 2 bulan. Dan banyak aku bagi dia buat hobi dia main basikal weekend sampai 100km.

Then bila anak bertambah dia stop hobi dia dan dia jadi makin giler la kot kena jaga anak bertahun tahun kat rumah. Pelik. Tak puas enjoy lagi ke. Hidup dia masa bujang lagi seronok dan fun. Travel dunia diving laut sana sini.

Aku ni muda2 dah kahwin, banysk tanggungjawab. Dah la cameron highland langkawi pun aku tak pernah pergi. Haha.

Aku tak tahu la apa balasan mamat ni, langsung tak minta maaf siap cakap tak ada penyesalan. Then esok nya dia buat baik lembut hati.

Dia memang jenis marah sekejap je tak sampai 1 hari then dia akan buat baik. Pelik kan. Siang hari siap happy2 buat surprise beli kan aku bunga nk sambut anivesary malam nya boleh pukul kepala orang.

Isu nya kecikkk sangat, biasanye gaduh pasal hal anak2. Tak serasi cara kami handle. Dia macam mudah berubah mood. Cepat marah cepat baik.

Dia siap cakap dia rela masuk penjara, dia tak kisah report polis, haha kaki sembang. Dia tak tahu azab lagi. Jenis batak kepala ego, dia sanggup masuk penjara je pun,

Biar anak2 malu and tak dapat nafkah bapak masuk penjara. Gila pemikiran. Aku nasib baik tak jadi gila jugak.

Dulu2 aku mental juga sebab aku tak tahu cara handle, sekarang aku dah tahu dia ni sah gila. Hanya balasan Allah je buat dia ni betul insaf. Jangan ingat masuk syurga setakat bagi makan kat anak bini setakat buat baik kat family kau,

Tapi dengan bini iaitu sesama muslim, orang beranak zuriat kau boleh belasah dan bukak aib. Anak2 kalau terlalu meragam and buat perangai nangis melampau tak henti pun dia akan pukul je. He aint’ saint himself. Tu cuma adab budaya dia praktikkan turun tumurun sebagai luaran je,

Dalaman akhlak dia belum sama dengan adab luaran. Tu la beza adab dan akhlak. Adab ni, orang bukan islam jepun pun ada adab tinggi. Tapi akhlak tak ada. Masih mabuk tepi jalan.

Akhlak tu ialah takwa kat Allah. Baru boleh claim akhlak mulia kalau betul buat semua ikut syariat islam. Setakat sembang baik dengan family dengan orang opis tolong itu ini buat muka suci, tapi akhlak yang sbenar hanya orang tidur 1 bantal je tahu.

Saya tak cakap saya tak ada salah, saya akui saya dari awal kahwin pun budak tak matang tak tahu apa itu erti kahwin. Ingat cuma nk enjoy pegi travel tengok wayang dan beranak. Sebab saya memang suka budak kecik, kena pukul pun takpe, ingat ke boleh berubah la,

Tapi lepas ganguan saka pulak menyerang, panas baran jadi makin melarat tambah double tripple. Memang ujian saye la. Penyesalan saya dari awal, harap saya gali ilmu rumah tangga dari awal, dan kukuhkan iman dari awal, at least saya dari awal ajak dia terawih ke baca al quran ke. Solat sunat ke.

Mana la saya tahu semua tu penting.. Bukan setakat solat puasa.. Solat pun kadang2 culas dan akhir waktu. Harap siapa yang baru nak kahwin tu, dari awal amal kan la solat sunat malam sama2 dan baca la al quran dan tadabur maknanya.

Dan netizen tak perlu nasihat saya suruh banyak diam diri dan jangan mencabar orang tak waras, yee saya tahu semua tu. Saya dah kaji cara handle. Tapi kadang2 kita terlupa juga, bila tengah penat2 badan dan mental, akan ter tanya juga soalan2 yang bagi orang normal benda biasa ja bini tanya,

Kalau laki normal akan jawab secara matang dan diplomasi dan cerdik. Tapi untuk orang macam dia ni, isu biasa pun dia mudah melenting dan dia tak nak communicate baik2. Sebab bagi dia tak guna jawab elok2. Haha. Adoi. Kalau saya dah tahu respons dia macam syaiton, elok tak payah layan.

Dia baik sendiri. Tapi kite manusia biase ni, kita just tanya benda biasa harap orang dapat sejukkan hati kite tapi bila kena sound balik, memang tak menyabar nak berdiam je.

Sebab saya jenis suka dapatkan kepastian. Kalau tak boleh cakap benda baik kat bini, baik tak payah cakap benda bagi gaduh last2 bini jugak kena belasah.

Laki melayu kurang didikan ye yang nafkah batin ni termasuk lah mententeramkan hati bini, bagi bini rasa selamat damai tenang.

– Sis Oppal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *