Lel4ki Juga Ada Perasaan

Assalamualaikum WBT. Saya merupakan suami kepada seorang isteri dan bapa kepada 5 orang anak. Alhamdulillah, saya dan isteri telah melayari bahtera perkahwinan selama 12 tahun tanpa ada krisis yang serius.

Gaduh-gaduh kecil tu biasalah. Selalunya saya yang beralah dan minta maaf walaupun tidak mengakui kekalahan dalam hati.

Kata pepatah yang mashyur di kalangan para suami, “You may have won the battle but you are losing the war”.

Kerana apa perlu pepatah ini muncul jika tidak kerana sikap isteri yang tidak mahu mengalah dan hanya melihat kesilapan suami tanpa melihat kekurangan diri.

Sepanjang perkahwinan saya, saya banyak bersabar dengan ‘badai emosi’ dan rajukan isteri.

Saya faham yang mungkin isteri saya sedang stres dan itulah cara dia meluahkan perasaan. Ada ketika ia hanya seharian, kadangkala berminggu-minggu lamanya.

Sepanjang tempoh ini, saya dipulaukan di satu pulau yang sepi. Layanan dingin yang diberikan isteri begitu mengguris hati tetapi saya tetap bersabar. Tiada senyuman yang menyambut kepulangan, tiada air yang memanaskan tekak kehausan.

Tiada pelukan hangat di malam hari walaupun seluruh tubuh menggeletar menahan ‘air di kepala’ akibat tusukan pandangan yang tidak disengajakan yang yang menggoncang nafsu di sepanjang hari.

Walaupun mendapat layanan sedemikian rupa, saya tetap maafkan isteri saya kerana saya mahu isteri saya dijauhkan dari laknat malaikat sehingga ke Subuh. Kerana saya mahu masuk syurga bersama-sama isteri saya.

Apabila Nabi SAW menyeru para suami pulang ke rumah untuk bersama isteri apabila terlihat wanita ajnabi yang menggiurkan, tiada isteri yang menyambut seruan ini kerana masih tenggelam dalam badai emosi.

Apa yang mungkin terjadi jika perkara ini dibiarkan berlarutan?

Baginda Nabi SAW bersabda: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Hadis riwayat al-bukhari yang bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.”

Suka saya tanyakan kepada para isteri yang mungkin mudah kecewa dengan beberapa kesilapan dan kelemahan kecil si suami: Adakah puan tidak punya kelemahan?

Beruntunglah para isteri yang tidak diherdik oleh suami yang panas baran apabila melakukan kesilapan. Tapi jarang isteri mensyukuri suaminya. Yang dilihat suami orang lain dan drama fantasi lalu meletakkan kayu ukur yang tinggi terhadap prestasi dan sikap suaminya.

Kadang-kadang saya terfikir, lebih baik saya jadi bos. Kalau saya buat silap pun, staf perempuan saya masih menegur saya dengan nada yang sopan dan lemah lembut dan masih buat kerja dan melayan kehendak saya. Senyuman pun tidak putus-putus.

Walaupun saya tahu ianya hanya lakonan tetapi saya suka dilayan dengan baik.

Kadang-kadang saya tertanya, adakah staf perempuan saya ini sama layanan yang diberikan terhadap suami mereka? Adakah isteri saya juga begini? Adakah bos isteri saya lebih mulia dari saya?

Tiada manusia yang sempurna, yang ada cuma kita bersama-sama memperbaiki diri dalam melayari bahtera rumahtangga dan saling melengkapi. Saat kita dinikahkan, kita terima semua kelebihan dan kekurangan pasangan.

Isteri juga banyak kelemahan, tetapi selalunya si suami hanya bersabar, memaafkan dan melupakan. Kerana jika diikutkan emosi, mahu sahaja dia membentak isterinya.

Kerana itu TIADA ISTILAH TAWAR HATI BAGI SI SUAMI. Yang ada hanyalah letusan emosi di penghujungnya apabila ia sudah sampai ke kemuncak yang di luar kawalan dan sudah hilangnya rasa hormat isteri kepada suami.

Apalah lagi yang tinggal pada si suami jika dia tidak lagi dhormati isterinya sendiri? Kedayusan adalah satu perkara yang paling ditakuti oleh suami yang bertaqwa.

Sabda Nabi SAW,

“Tiga orang yang Allah tidak mahu melihat mereka pada hari Kiamat: Orang yang derhaka kepada ibu-bapanya, perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki dayus.” [HR Ahmad, Nasa’I dan Hakim].

Saat suami mengecewakan isteri kerana satu perkara, jangan mudah memadamkan kebaikan-kebaikan suami yang lain.

(C&P) Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang, Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:

“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa demikian) wahai Rasulullah?”

Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian itanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap uami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya.

Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ”

(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari) (C&P)

Bawalah berbincang bersama pasangan dengan hati yang lapang, kerana mana mungkin kita berbincang dengan baik jika terbawakan emosi.

Kunci kelapangan hati adalah dengan menyerahkan urusan kepada Allah SWT dan niat yang ikhlas.

Terima kasih kerana sudi mendengar confession saya ini.

– Hamzah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *