Assalamualaikum semua. Terima kasih Admin, sudi post posting aku ini.
Aku pasti, post ini akan mendapat kecaman dari pelbagai pihak, terutamanya dari kaum lelaki.
Tujuan aku mengarang post ini adalah untuk menyuarakan pandangan aku melalui pemerhatian yang dibuat dari sekeliling dan pembacaan post post di social media dan tidak terkecuali dari IIUM Confession.
Aku TT, bujang 29 tahun.
Ramai orang tanya kenapa aku memilih untuk bujang.
Aku hanya menjawab jodoh belum sampai lagi tapi sebenarnya aku tak berani. Aku takut nak berumah tangga dengan “Lelaki Melayu”.
Okay, cukup dengan pengenalan, mari kita selami ke bahagian yang lagi berat. Amat berat.
Kalau semua perasan, kebanyakan posting di platform IIUM Confession, adalah mengenai seorang isteri yang sudah fed up dengan suaminya.
Hal hal yang dirungkaikan adalah bervariasi, dan yang selalu dibangkitkan adalah mengenai, tanggungjawab suami terhadap keluarga.
Skop ini amat besar untuk kita bincangkan, jikalau kita kecilkan, apa yang aku dapat perhatikan, selalunya ia terdiri daripada satu perkara iaitu, DUIT.
Memang orang cakap, duit ini bukan segala galanya, tapi sukar untuk kita telan, segala galanya memerlukan duit.
Apa yang aku perhatikan sekarang ini, kebanyakan breadwinner dalam keluarga pada masa sekarang ini ialah wanita.
Isteri jadi breadwinner ni, bukannya masa awal perkawinan dia terus jadi breadwinner. Benda ni selalu terjadi slow slow tau, macam parasite. Slow slow memakan diri.
Wanita ni, hati dia lembut, penuh dengan belas ihsan, belas kasihan,
Bila dia tengok suami dia, bertungkus lumus membanting tulang 4 kerat mencari rezeki, si isteri ni akan mula membantu sikit sikit, lama lama dia yang jadi main person dalam mencari nafkah keluarga.
Pastu si suami, mula jadi biawak dalam family, TAPI nak dihormati seperti ketua keluarga. HAHA..
Benda ni memang benar benar terjadi di sekeliling aku. Tu yang buat aku takut nak kawin.
Kat kedai makan aku, pak cik pak cik, dok minum air, lepak, tunggu masa ambil anak dari sekolah.
Isteri mereka? bekerja di kedai kedai makan di kampung aku. Bukan orang kampung aku sahaja, bahkan ahli keluarga terdekat aku sendiri.
Tak perlu nak cerita jauh jauh, family aku pun sama je. Busu aku, seorang doktor di ibu kota, laki dia tak kerja. Hari hari bangun pagi pukul 3 pagi, siapkan sarapan untuk keluarga dia.
Balik dari kerja pun perlu mengemas rumah, kadang kadang sampai micro sleep masa driving. Penat sangat. Begitu lah rutin rutin seharian dia.
Melihat kehidupan busu aku, lagi lah seram aku nak berumah tangga.
Tidak cukup dengan wanita menjadi breadwinner, mereka juga tak terlepas dari tanggungjawab dalam menguruskan rumah tangga.
Sang suami selalunya melepaskan tangan mereka dalam hal ini dan mengatakan, ini adalah tanggungjawab si isteri. Adil ke?
Penat. Aku penat, dan aku takut benda ni menimpa aku juga.
Ini cuma pandangan aku sahaja, tiada study pun yang dijalankan mengenai hal ini. Aku rasa, penyakit lelaki biawak hidup ini ade berhubung kait dengan cara orang melayu mendidik anak.
Orang orang melayu kita lebih manjakan anak lelaki dari anak perempuan.
Selalunye kerja kerja dirumah atau tanggungjawab di rumah dan terhadap ibu bapa dan adik beradik, banyak disandarkan di bahu anak perempuan.
Sebagai contoh, kerja kerja di dapur atau di rumah banyak diajarkan kepada anak perempuan,
Jika ibu bapa tiada di rumah, anak perempuan juga dipertanggungjawabkan menjaga makan minum si abang dan adik adiknya.
Kerja anak lelaki apa? Maaf cakap, technical skills kaum lelaki pun lemah, mana taknya, nak baiki tombol pintu atau nak tukar kipas ceiling pun perlu panggil orang bertukang.
Hal ini sedikit sebanyak membuatkan anak perempuan lebih bertanggungjawab dan si lelaki hanya mula terdedah kepada tanggungjawab pada ketika mereka mendirikan rumah tangga.
Pada ketika mereka berkahwin , buluh pun dah mustahil untuk dilenturkan. Jadinya, terpaksa lah si isteri menyambung tanggungjawab menjadi ibu ayah si lelaki biawak ini.
Pada aku, zaman dah berubah, jadi mentality kita pun perlu diubah.
Zaman dulu, ya, anak anak perempuan dididik untuk mengendalikan perihal rumah, dan, lelaki di didik bekerja di luar rumah,
Kerana, perempuan perempuan zaman dahulu tidak perlu membantu suami mereka mencari nafkah, tugas mereka hanya menguruskan rumah.
Namun tidak pada masa kini.
Sekarang, wanita sudah mula membantu mencari nafkah untuk keluarga, dan bagi aku, lelaki juga perlu mula membantu dalam kerja kerja di rumah.
Sama adil, sama penat. Jadi, salah satu cara yang kita boleh buat sekarang, adalah mula mendidik anak lelaki kita mengenai tanggungjawab tanggungjawab di rumah, supaya mereka tidak janggal kelak.
Change starts with you!
– TT (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit