Lel4ki Gatal

Assalamualaikum semua. Saya menulis ni untuk meluahkan perkara yang sangat menganggu jiwa dan minda saya.

Saya nak tanya pembaca semua normal ke untuk golongan lelaki berborak luc4h dan menganggap semua tu hanya sebagai gurauan macam benda tu satu hiburan semata2.

Sampaikan topik tu jadi sebagai rutin harian. Saya nak cuba faham adakah topik lucah ni satu hiburan yang kalau tak cakap sehari tu jadi tak lengkap hidup seorang lelaki?

Saya ada baca dalam satu group Whatsapp suami saya yang kebanyakannya berkenaan macam mana individu ni obseskan seseorang dan ada gadis lain juga.

Dengan ayat2 tidak senonoh, gambar yang menunjukkan perbuatan ‘taksub’ yang bagi saya individu tu memang lelaki pervert yang betul2 sakit otak!

Suami saya beberapa kali juga left group tu tpi sebab group tu ada kaitan juga utk kerja dan ahli dalam tu semua staf lelaki sahaja.

Ada masa mereka juga perlekehkan pasal takut bini la dan palitkan juga suami saya ni ‘sangap’ kepada satu staf perempuan lain yang diobseskan individu tersebut.

Paling kesian, perempuan yang jadi bahan tu, tak pasal2 dapat dosa mungkin, kerana gambar nya dijadikan bahan walaupun gambarnya biasa saja macam gambar2 selfie yang kita post.

Saya kesian bercampur sedih kenapa lelaki2 ni tak fikir kalau ada lelaki lain yang buat adik beradik perempuan mereka sebagai bahan pemuas nafsu atau meski hanya sebagai bual lucah kosong pengisi masa.

Apa yang menakutkan saya adalah berjumpa mereka di luar lagaknya seperti manusia normal, ada common sense, solat 5 waktu.

Dalam hati saya memang nak beritahu pada mangsa tersebut tapi memang suami saya halang sebab tak nak bermasam muka dan bermasalah di tempat kerja.

Benda ni menganggu saya sangat sebab saya tak mampu buat apa2 dan saya akan tetap baca juga isi kandungan group tu. Itu pun nasib baik suami saya tak berahsia dengan saya.

Apa yang membuatkan saya sakit otak mengenangkan semua ni adalah sebab semuanya within my reach.

Saya jumpa predator dan mangsa in daily basis. I have the access to tell and do something but I don’t have the power to the consequences If I do tell.

Oh ya, individu tersebut ada juga dirty jokes dengan staf lelaki, about private parts, also really touching them in person, like showing off doing that to other person in a video form and sharing it to the group.

But everyone brush it off, suck it up as a funny jokes cuz that’s what boys do right, and its okay, its normal. Such a bunch of immature perverted stupid male creature.

Saya tak habis fikir macam mana ada manusia yang berfungsi tapi boleh menulis perkataan yang jijik.

Saya yang ada social anxiety, saya dapat rasa saya yang jdi gila memikirkan ada manusia macam tu dalam kalangan kita.

Benda ni juga membuatkan saya lebih benci pada manusia dan susah untuk percaya dan berkawan dengan orang lain.

Saya jadi sangat takut bila berhampiran lelaki sebab tak tahu apa dalam kepala lelaki.

Patutlah sampai ada kes haiwan pun kena r*gol sebab tak boleh jangka fantasi dan bayangan lelaki ni sampai tahap gila macam mana.

Itu saja luahan saya, kalau ikutkan gila saya memang saya nak tunjuk isi group tu semua kat mangsa tapi I could only cause more damage,

Saya ada juga fikir untuk psiko predator pervert tu but I’m hopeless because at the end they’re boys and boys will be boys, right. I fear for my own life, seriously. I trust no one.

So kepada lelaki, tolonglah saya merayu jangan lah pleaseee saya merayu JANGAN NORMALIZE SEXUALIZING ANY WOMEN/ANYONE.

Apa perasaan kau para lelaki jika ada lelaki strangers lain simpan gambar adik, mak, kakak kau, dia edit, share kepada lelaki lain, say dirty things that you would like to do to her.

Saya yang baca pun rasa sangat violated, like I’ve been attacked personally, even lelaki tu tak mulakan assault tu tapi I feel terrified.

Kalau kau lelaki yang kategori pervert, tak rasa apa2 bila ada lelaki lain violated saudara perempuan kau even secara pandangan mata dan hati yang kotor.

Kau memang lelaki pervert yang sangat jijik dan terpaling hina di mata aku.

Walaupun sekadar kata2, pandangan, bayangan jijik kau pun, bagi aku kau dah meratah perempuan tu hidup2 dan merosakkan maruah dia.

Semoga Allah ampunkan dosa seluruh muslimin muslimat dan melindungi kita semua.

– Ingin menuju Syurga Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *