Lel4ki Semua Sama

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum semua,

Sejak dua tiga tahun ini malaysia di siar kencang dengan hebahan kisah suami yang abuse isteri, isteri tersakiti, suami d4yus dan pelbagai kisah rumahtangga termasuk kes cur4ng dan lain lain,

Memang pelbagai respon dan kecaman terhadap lelaki tersebut, dan tak lari juga tempias kecaman kepada lelaki yang lain, namun itu bukan tujuan utama nukilan ini.

Saya mulakan dengan 1 soalan,

Sering kita dengar perempuan (isteri) tersakiti, di aniaya, di tindas termasuk di naik tangan.

Tapi jarang sangat kita dengar bila lelaki yang menerima situasi tersebut di mana perempuan yang meny3ksa lelaki, s3ksaan tersebut bukan sekadar fizikal malah termasuk mental dan emosi lelaki tersebut.

Tertulisnya luahan hati ini selepas saya, seorang suami yang baru melayari bahtera perkahwinan.

Alam perkahwinan bukan lah sesuatu yang mudah dan bahagia semata,

Termasuk kehidupan kami suami isteri, namun saya terasa martabat saya sebagai suami di injak di pijak, hanya kerana kesilapan kesilapan saya yang sering sangat menjadi punca dia naik baran dan emosi,

Bila emosi isteri memuncak, egonya tak kalah.

Mulalah dia diam seribu bahasa, dia mengabaikan saya berhari hari, saya cuba memujuk dan bercakap lembut tapi tetap makian dan cacian yang di terima,

Saya bukan lah seorang lelaki yang sempurna, tapi hampir semua kerja rumah saya yang sempurnakan, dia hanya baring dan bermain gajet.

Bukan saya tak ajak mengemas rumah/bilik, tapi alasan penat dia terus mematikan conversation dan perbualan ajakan saya tadi.

Akhirnya hanya saya yang buat semua. Dari urusan baju harian, kekemasan bilik/rumah, singki dan beberapa urusan lain,

Bila saya mintak tolong atau bantuan, dia hanya diam kadang kala cakap nanti dia akan selesaikan.

Suami mana je yang tak terkilan, tapi bagi saya, takpelah itu tanggungjawab saya,

Kebelakangan ini kami mempunyai masalah kawangan, jadi saya bagitahu dengan dia berkenaan nafkah dia yang terpaksa saya kurangkan sedikit,

Terus dia tarik muka dan mengungkit berkali kali, saya minta belanja air pasar malam pun dia ungkit.

Saya cuba nasihat dan slowtalk dengan isteri, saya cakap yang silent treatment itu boleh merosakkan mental dan menjadi punca pelbagai masalah lain lebih lagi kepada tahap emosi saya,

Namun itu semua hanya bagai mencurah air ke daun keladi, air tak takung keladi tak basah,

Saya jadi buntu saya jadi sedih, saya terkilan dan merajuk pun, dia abaikan tanpa rasa kasihan, saya tak tahu macam mane nak kuat, kalau tuan/puan ada cadangan dan nasihat, boleh komen di bawah,

Tak semua lelaki itu zalim dan kejam di alam perkahwinan,

Namun jarang sekali kita dengar di layar media isteri yang meny3ksa suami,

Sebab apa? Sebab tiada yang ambil tahu pun keadaan dan mental lelaki, itu lah malaysia itu lah dunia.

Sekian luahan churhat dari suami.

Doakan saya kuat utk terus menjadi ketua keluarga buat isteri. Saya sayang isteri saya sangat sangat.

Assalamualaikum.

– Muhammad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *