Dalam dunia ini semua orang adalah unik. Bermacam perangai kaedahnya kita boleh jumpa. Ini kisah aku dengan beberapa orang penyewa rumah aku.
Rumah yang aku sewakan ini tidaklah besar dan mewah – rumah dua tingkat kos rendah. Ia jadi sangat istimewa kerana kami (aku & suami) beli rumah ini yang merupakan milik arwah bapak mertua.
Luar nampak biasa-biasa sahaja tetapi aku hias dan jaga rumah ini dengan sangat rapi.
Aku mula sewakan rumah ini selepas kami dapat berpindah ke rumah baru yang lebih selesa. Ada rezeki lebih sedikit dan ahli keluarga mula bertambah.
Penyewa pertama, merupakan anak jiran kami selang beberapa rumah sahaja. Sebenarnya diaorang ini ada rumah sendiri tetapi sebab mahu menetap berhampiran dengan ibubapa lebih mudah.
Mereka menyewa tidak lama terus diganti dengan rakan sekerja isteri anak muda tadi. Aku ok sahaja selagi mana duit sewa dibayar memandangkan aku masih ada komitmen dengan pihak bank.
Semuanya penyewa ini akan menandatangani kontrak sewa selama dua tahun. Aku siap stamping untuk pastikan apa-apa yang terjadi ada dokumen yang sah dan boleh diguna pakai kelak. Isu tidaklah banyak sangat dengan penyewa aku yang baru ini.
Kontrak habis dan nak dijadikan cerita dia kata terpaksa tamatkan kerana suami diberhentikan kerja. Jadinya terpaksa cari rumah sewa yang lebih murah. Duit deposit dulu aku ambil 1 + 1 basis je.
Aku iklankan rumah sewa – setiap orang yang datang dan hubungi aku katanya, “Rumah akak ini tidak sesuai untuk orang duduk sebenarnya”.
Jadinya setelah penyewa ini berpindah aku cek seluruh rumah…. memang tidak berjaga langsung. Ya Tuhan… .seseorang yang bekerja di sebuah hospital tetapi tidak mengamalkan kebersihan.
Arghhhhh aku tidak boleh ‘brain’ ok. Jumlah kos penyelenggaraan mencecah RM 6ribu. Tapi aku tidaklah tuntut sebanyak itu sebab ada bahagian yang aku bikin baru terus.
Tapi keseluruhannya aku tidaklah rugi besar sebab dari duit pendahuluan penyewa itu masih ada pada aku dan bila aku kongsi dengan penyewa untuk bahagian yang dah rosak dan diganti mereka faham dan setuju untuk tanggung.
Dalam masa setahun jugalah bekas penyewa bayar RM100 sebulan. Lepas keluar dari rumah sewa semua jiran tetangga bercerita macam-macam perihal mereka ni. Tapi aku bersyukur tidaklah rugi besar.
Episod kedua bertemu dengan penyewa baru. Ada beberapa orang disenarai pendek tetapi aku pilih dia sebab alasan – rumah aku dekat dengan surau mudah untuk dia dan anak-anak belajar agama tambahan pula dia seorang ibu tunggal yang merupakan kanser survivor.
Aku ini selektif tetapi kalau niat yang baik macam sebagai alasan aku memang mudah terpengaruh. Aku siap bagi diskaun lagi sewa bulan.
Deposit utiliti rumah aku kenakan memang agak tinggi sebab orang-orang sekarang kalau hidup tanpa air-cond boleh mati. Penyewa ni warga Filipino dan bekas suaminya orang Melayu Islam.
Bulan makan bulan dia selalu juga kantoi bayar duit sewa lambat – aku kurang gemar sebab aku ada senarai bajet setiap bulan dan tarikh untuk aku buat pembayaran.
Pernah sekali tu dia tangguh bayar sebab buat majlis harijadi besar-besaran. Jenis yang kalau bersukaria biar berhabisan dan gaya hidup mereka agak kelihatan macam orang have-have. Aku…. biasa sahaja biarlah nampak sederhana tetapi kau punya segalanya.
Lupa nak cerita dari awal jiran aku yang lama sebelah kanan tu……. anak beranak kaki maki hamun sekali bergaduh kau akan rasa macam rumah nak runtuh dan masalah kucing yang suka membuang merata tempat.
Jiran sebelah kiri pulak….. tempat budak-budak muda melepak. Jadi salah satu punca penyewa aku tidak bertahan lama.
Nak dijadikan cerita, jiran sebelah kanan atap dapur pecah – katanya berpunca daripada kontraktor yang betulkan atap rumah aku setahun yang lalu. Aku memang malas nak panjang-panjangkan hal ini terus ganti. Memang tidak minta duit mereka pun.
Jiran aku itu waima penyewa itu sendiri. Kalau sudah memang hendak jadi hal macam-macam cerita keluar. Masa PKP dulu penyewa aku minta diskaun….. aku bagi puncanya aku cepat simpati pada orang lain. Aku dan penyewa berkawan dalam muka buku.
Pernah aku ternampak satu posting yang seolah-olah dia mengatakan rumah yang didiami itu rumah dia. Rumah sewa sebelum apartment kini rumah teres dua tingkat.
Ok… tetapi itu rumah sewa bukan rumah sendiri. Dalam mukabuku dia boleh post beli barangan keperluan dapur penuh semua kabinet dapur selepas aku kurangkan sewa bulanan.
Aku rasa tertipu gila sebab aku sendiri kena potong gaji dan tahap berjimat aku dah jadi macam Tuan Haji Bakhil. Aku yang baik ini maklumkan diaorang mana-mana insentif dari kerajaan. Rupanya diaorang “education people” telah berjaya dapatkan sumber-sumber itu.
Baguslah sekurang-kurangnya aku dah bantu bagi maklumat. Dan pada masa yang sama diorang dah cari rumah yang “have-have” sejajar dengan kehidupan diorang.
Ikut kontrak perjanjian untuk menamatkan tempoh sewa rumah notis 2 bulan perlu dikemukakan dari ke dua pihak penyewa dan tuan rumah.
Tetapi dia beritahu lebih kurang dalam seminggu dan yang “bestnya” minta duit deposit penuh. Semasa penyewa menghubungi aku melalui telefon aku boleh dengar anak dia yang sangat educated memaki hamun (puk*** etc) yang aku rasa dia tujukan dekat aku.
Aku datang rumah dan bincang muka ke muka dan aku bersetuju untuk pulangkan sejumlah wang. Pagi-pagi terima pesanan ringkas “bila nak masukkan duit”.
Aku sudah bincang dengan suami katanya tidak boleh pulangkan tetapi sebab sikap aku yang mudah kesian dekat orang — aku beri juga dan sejujurnya aku menyesal.
Aku jadi sakit hati yang teramat sangat bila anak dia post dekat muka buku kata macam-macam pasal aku dan suami aku….. malam tu aku terus buat report polis ke atas anak penyewa tu dan minta diorang serahkan kunci rumah.
Lepas tu buat-buat bangang pula katanya diorang bayar sewa sampai 5 haribulan. Bongok apa setiap 5 haribulan itu tempoh diorang wajib bayar sewa dekat aku. Sewa rumah mestilah sampai 28/30/31 je.
Berbeza dengan penyewa sebelum ini aku terus setelkan semua dan minta gantirugi Filipino yang bijaksana ini hendak buat sendiri.
Sebagai tuan punya rumah mestilah aku akan melahirkan rasa tidak puashati pada mana-mana bahagian yang ikut suka dia buat. Siap maki aku lagi…..”the truth colors finally revealed”.
Aku memang hilang rasa hormat. Aku kongsi senarai yang dia kena bayar balik tetapi dia refused. Akhirnya aku tolak dengan baki deposit dan aku rugi dalam beberapa ratus.
Kalau ikut hati aku memang hendak turun naik mahkamah sivil tu kerana aku mempunyai dokumen yang sah. Tetapi aku tidak buat sebab aku rasa sangat “released”
Apabila dah tidak ada apa-apa kaitan dengan Filipino yang aku rasa duduk kat Malaysia ini secara haram dan menikmati pelbagai hak istimewa yang sepatutnya dinikmati oleh warga Malaysia sendiri. Mulut manis macam makan gula tetapi hati busuk.
Rumah sewa aku sekarang dah ada penyewa baru dan aku kenal rapat. Peringatan dan pengajaran untuk aku sendiri supaya jangan mudah kesian dan percaya pada orang lain. Tetapi aku percaya apabila kita berbuat baik … InshaAllah ada balasan yang lebih baik. Aamiin…
– REEN (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit