Harap sangat admin akan siarkan ini. Nak luahkan dekat page sendiri, tapi ada orang-orang yang terlibat dalam insiden ini boleh nampak. saya tak nak buat musuh. Thank you.
Saya seorang apha woman. Buat mereka yang tak tahu, alpha woman ni jenis perempuan yang boleh buat semua sendiri. Boleh kata, independent lah. Alpha woman ni, dia tak takut nak take control. Dia akan step up bila perlu. Ramai je saya jumpa yang acah acah kata independent, tapi semua benda nak boyfriend teman. Alpha woman ni, dia jenis strong woman, boleh je nak travel sorang diri, kalau tak ada kereta, tak kisah kena naik public transport sorang. Kalau ada masalah, dia berani nak step up jadi leader. Kalau dia tak pegang title leader pun, dia buat kerja macam dia leader. Macam tu lah.
Banyak kali, orang LELAKI cakap saya poyo, saya over, saya ‘gelabah’. Saya ada pergi satu program motivasi kecemerlangan, yang ada lebih 100 peserta, yang mana kami diberi satu situasi. Bila diberi situasi, golongan lelaki buat kumpulan and bincang macam mana nak menyelesaikan dan perempuan semua hanya duduk menanti jawapan dari lelaki yang ‘ketua’. Saya duduk fikir dan selepas itu, saya sorang menghampiri kumpulan lelaki dan memberi tahu penyelesaian. Mereka terima. Tapi lepas itu saya dengar mereka cakap belakang saya. Sebab saya perempuan tetapi bertindak seperti lelaki. Kalau saya lelaki, confirm mereka tak cakap macam tu. Diorang tak puas hati lah kot.
Memula saya dengar, sentap lah juga. Tapi lepas itu, saya fikir. Saya wanita Alpha dan saya bangga menjadi wanita alpha. Kenapa harus fikir apa kaum lelaki fikir pasal kita ? Ini diri saya. Bagi saya, lelaki yang seperti digambarkan di atas adalah spesis penakut, pengecut. Mereka tergugat bila nampak ada perempuan yang boleh challenge diorang. A strong man tak akan perlekehkan a strong woman. Sebaliknya dia akan support the strong woman and then diorang bangun bersama. Lelaki macam digambarkan diatas tengok perempuan macam lemah, diorang nak ada control over perempuan, mereka nak tunjuk yang diorang lelaki and diorang lagi besar so bila dia jumpa a strong woman, dia jadi tergugat. Gelabah. so dia tak puas hati.
Alhamdulillah, saya jumpa seorang lelaki (tunang) yang support saya. Mula mula, dia pun tak faham. Dia tak bagi saya keluar sendirian tanpa dia, tapi lepas itu dia faham. Dia tetap support segala yang saya buat. Tapi satu pasal wanita Alpha ni, walaupun kami boleh buat semua sendiri, nak juga orang buatkan. Sebabnya, well, perempuan. Independent macam mana pun, naluri tetap nak dimanjakan, tapi bukan selalu. Kami rimas nanti.
Kepada semua wanita Alpha di luar sana, kalau jumpa spesis lelaki penakut macam saya gambarkan, usah gentar. Jadi je diri sendiri. Nanti akan ada yang boleh menerima dirimu, seperti saya. Jangan goyang sebab lelaki spesis penakut. Lelaki ini, memang jenisnya macam tu, dia nak ‘jaga’ perempuan dia. Nak perempuan tu dalam genggaman dia. Ego dia tak bagi dia kalah dengan perempuan. yes, itu term dia. Ego. Dia tak benarkan perempuan tu hebat, sebab ego dia tercabar.
Saya seorang wanita alpha dan saya bangga menjadi wanita alpha.
– Alpha Woman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit