Lelaki
Assalammualaikum. Tiba-tiba terlintas di fikiran aku untuk buat sedikit luahan/coretan di sini. Lelaki, tak lain tak bukan, memegang tanggungjawab yg besar. Menerajui keluarga, melindungi hamba yg lemah. Lelaki dan perempuan amat berbeza. Ya. Cuma di sini aku ingin tekankan sedikit sebanyak tentang lelaki. Aku ada baca beberapa kisah. Sesetengah lelaki a.k.a biawak hidup. Lelaki, kau bertanggungjawab terhadap mak kau walaupun kau dah berkahwin, punyai keluarga yg besar bersama isteri sendiri. Lelaki, kau amanah Allah terhadap keluarga yg kau bina bsama pasangan kau.
Nasihat aku tak banyak. Belajar tangunggjawab.
Aku seorang perempuan. 22 thn.Punyai mak dan adik beradik 6 orang. Ayah? Seorang lelaki bnama ayah? Dia tidur saja. Bangun bila lapar. Bangun bila bosan. Kerja? Penat.. Mak kan dah kerja. Cukup duit gaji mak tu dgn kelulusan PMR dia. Cukup sangat (nada perli). Dan ayah, kahwin lain. Sebagai seorang anak yg baik tak berapa baik, aku tolong jaga isteri baru dia yg bpantang anak pertama di rumah hasil titik peluh isteri pertama. Wah wah wah. Sedapnya ayah tidur 24/7. Aku mengamalkan sikap ‘ignorance’ dan ‘heartless’. Buat apa saja yg kau nak buat ayah. Buat. Aku amalkan kesabaran tahap dewa yg aku belajar atas pengalaman2 yg begitu mendewasakan aku. Aku ambil ikhtibar. Aku cuba tak salahkan kau. Teruskan dgn hidup kau. Nasihat teguran bukan senang untuk aku luahkan as aku seorang yg senang menangis. Tambah lagi, tak suka menangis depan orang termasuk mak aku sendiri. Yang aku mampu, ambil ikhtibar. Nasihat aku dalam hati yg tak berapa suci ini kepada ayah, bersedia untuk soalan2 yang akan ditanya Allah di akhirat nanti.
Okay. Aku berhenti coretan geram berbaur sedih, pedih ini. Dekat sini aku nak bagi nasihat, lebih kurang. Hmm. Siapa lah aku kan nak bagi nasihat. Selalunya kene marah je. Okay takpa. Dekat sini, tangunggjawab kalau nak salahkan sesetengah lelaki biawak hidup ni 100% tak boleh jugak. Perempuan a.k.a seorang ibu dan ayah turut wajib memdidik anak2 tentang tanggungjawab. Okay. Biasakan anak lelaki buat kerja rumah sama macam anak perempuan. Apa salahnya. Walhal lelaki kudratnya lebih besar dr perempuan. Jangka masa sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, takkan nak biarkan je anak perempuan tolong basuh baju, kemas rumah, basuh pinggan, tolong memasak. Tak salah pun bagi anak lelaki buat semua tu. Takkan nak biarkan dlm jangka waktu itu, anak lelaki hanya duduk di rumah, tengok tv, nak bertukul angkat berat2 baru nak panggil anak lelaki. Tolong hilangkan ura2 anak pondan or lelaki lembut bila anak lelaki buat kerja rumah. Tolong aku merayu. Sekurang-kurangnya ajar mereka bertanggungjawab terhadap perkara sekecil itu.
Terapkan nilai yg lelaki adalah bakal or memang ketua keluarga pada anak sejak kecil. Ajar mereka sayangi dan lindungi adik beradik. Sebut setiap kali solat bersama2 yg keluarga amat penting. Tanggungjawab amanah sgt penting. Ucapkan dengan kata2 pada mereka hari2 dgn kasih syg lembut2 bukan marah okay. Bila anak2 bergaduh pun, ingatkan balik pada mereka tentang semua ini.
Alright, okay. Bila anak lelaki yg akan berkahwin. Bagi kesedaran yg jitu tentang tanggungjawab dan amanah. Ibu bapa! Please, kau bg anak2 kau berkahwin padahal tanggungjawab solat 5 waktu anak itu sendiri tak terjaga, mohon betulkan dahulu. Ramai salah sangka, oh aku nak kahwin, aku dah bersedia fizikal mental zahir batin jiwa raga untuk selalu bersama dgn isteri aku susah senang. Tanggungjawab terhadap pasangan markahnya 100%. Wow. Hebat. Kursus kahwin dah pergi, exam nak nikah dah lulus (aku x berapa pasti). Wow. Bagus. Tapi bila ada anak, tersentak sekejap. Lupa. Sebelum kahwin haritu fokus tangggungjawab terhadap pasangan je. Tanggungjawab dekat anak tu ada jugak tahu. Tapi tak master. Anak pertama boleh tahan. Anak kedua ketiga okay lagi. Anak ke empat. Eh. Tak terjaga. Eh. Kucar kacir pulak. Eh eh eh. Walaupun mcm tu, tapi hidup jgk anak2 tu. Ya, memang hidup. Tp pasti perlukan didikan, kasih syg n sebagainya yg betul. Supaya mereka tahu tggungjawab, tak derhaka, tak liar dgn kwn2, x terdedah dgn website yg x sepatutnya, hormat org tua dan sebagainya. Dengan itu, masterkanlah tanggungjaeab terhadap anak. Itu amanah. Bukan skdr untuk bg dia cukup makan pakai saja. Tp juga untuk bentuk dia jadi manusia yg berguna penuh manner dan sebagainya. Didikan seorang ayah tu perlu. Kasih syg. Jgn biarkan ibu je yg bersama dgn dia 24 jam.
Okay panjang la pulak, tp takpe nak sambung jugak. Lelaki as suami. Didik isteri. Aku x nak cerita panjang sgt. Aku nk sentuh perihal isteri dan mak kau. Suami, didik diri bsama isteri dan keluarga jumpa mak ayah betul awak sekurang2nya sebulan sekali. Mak n ayah mentua awak jugak. Walau awak miskin mcm mana pun(tambah pulak minyak naik harga) jenguk mereka. Dekat situ bila niat awak baik, awak dpt keberkatan. Ya, awak memang boleh bank in, seratus, seribu. Tapi klau awak jumpa mereka. Tak luak mana pun. Susah sgt, 3 bulan sekali ke. Bila awak dah tua nanti, awak akan rasa perasaan sedihnya sayunya bilamana anak2 awak jauh, raya ja balik. Ada yg raya ja balik, dah la balik masa raya ja. Buat rumah parents macam hotel. Suami, didik isteri awak gembirakan parents. Dan awak pun sama sekali. Beli bahan masak, masakkan untuk parents, kemaskan rumah, dan yg paling penting, sebelum tinggalkan rumah parents awak, sila jgn tinggalkan toto yg x diletak ke tempat asal(kudrat org tua x sama mcm masa muda), baju kotor x berbasuh, cadar, sarung bantal (selalunya parents simpan balik after anak2 menantu datang), dan sebagainya. Tolong sesama suami isteri okay. Jgn bila di rumah parents, everything isteri buat. Nak masakkan parents (yela kata nk gembirakan mereka kan), mandikan anak, basuh pinggan, basuh baju, cuci botol2 anak, nak jaga anak main dekat luar lg. Suami borak2 je dgn adik beradik kat ruang tamu or luar rumah. Bila panggil makan, laju je.
Okay, next. Tolong. Tolong jgn perlekehkan seorang janda. Aku tahu perempuan pun pantang bila tau janda. Haih. Habis kene kebas kang suami dia. Tp kat sini aku nk fokus bab lelaki. Perempuan pun sama ja sebenarnya. Okay, sesetengah lelaki ni yg aku jumpa typical malay sangatlah memandang rendah terhadap janda. Islam suruh lelaki jaga perempuan. Bukan bila tahu janda, nak test. Allah(mengucap). Dah ada isteri mahupun bujang, janda ni seolah mainan. Kau tak tahu betapa susahnya dia. Lagi2 kalau janda a.k.a ibu tunggal anak ramai. Aku sedih la bila cakap pasal ni. Kalau kau dan kawan2 kau nak mainkan seorang janda, bygkan je lah andai dia itu mak kau. Itu saja. Kering pulak hati nak sambung bila ckp pasal janda ni.
Okay. Itu sahaja.Maafkan aku atas post yg panjang ini. Aku tau perempuan pun byk buruk. Cuma ini post fokus untuk lelaki. Yg buruk tak perlu ikut, yg baik jadikan panduan. TQ admin sudi siarkan.
– Perempuan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit