Lelaki

Assalamualaikum.. tq admin siarkan confession aku.

Kami dh 4 tahun kawin dan alhmdulillah ada sorang ank. Kami kawin atas aturan keluarga..mak ayah dia berkenan dgn aku jd mak ayah aku pun pujuk aku supaya terima. Mak ayh aku risau aku xkawin2 sbb umur dh penghujung 20-an. Padahal bukan xde org nk dgn aku, ramai je (bkn ckp bsr tp kenyataan) cuma aku yg xblh nk terima. Rasa xbersedia lg, xsanggup nk tinggal zaman huha-huha aku. (Huha-huha la sgt…pdhal aku ni pendiam & pemalu. Dgn kwn yg knl lama je aku kecoh sikit. Tu pun aku jrg keluar dgn kwn2 & kwn2 aku alhmdulillah semua senonoh belaka).

Background pendidikan aku dr sekolah agama & pernah bljr di bumi anbia’. Ada diploma & ijazah & seorg pendidik under kerajaan. Sedangkan suami aku biasa je, pendidikan setakat SPM dan membuka prniagaan sendiri. Aku dulu muda2 mmg xpernah bercinta…cuma stkt kwn2 lelaki dok mengayat tu aku buat xheran je. Tp pernah jugala terjebak dgn cinta internet ni..alah nk sebut cinta mcm xsesuai sgt. Dulu kan popular dgn friendster & chat.. time tu aku kt oversea…jd smbil2 chat@ call famili sambil tu aku melayan chat dgn kwn2 baru. Kekadang telefon rumah xde orgla, waktu xsesuai la( beza waktu 6jam dgn malaysia) jd klo aku ke cc pukul 7 ptg, sini dh 1 pg..xsmp hati pula nk telefon. Kbnykn kwn chat aku (yg baru dikenali)pmpuan dan aku mmg memilih kwn (yg aku rasa ok & xmelalaikan je aku terima). Tp ada jg 2-3 lelaki tersesat jd kwn aku (aku cari yg tahu agama dan suka sembang bab2 ilmiah je) Kekononnye lah. Sbnrnya ni la silap aku kn… lelaki dgn pmpuan xblh jd kwn.lama2 timbul perasaan suka & syg pada sorg kwn ni. (Aku letak nama dia R)Kalau seminggu xchat dgn R rasa mcm…aduh rindu benar. Agk lama jg aku kwn ngan R, lebih 3 tahun gitu. Aku mula sayang dia lps dr 3 tahun tu la. Dh lama kenal timbul pula rasa lain.Tp mmg kami xpernah cerita bab2 lain, knl pn x, tgk muka pn x(kami belajar di berlainan negara & aku mmg elak guna web cam). Smp satu masa aku mcm tersedar diri & insaf. Aku cuba lupakan R & xlg cari R. (Time tu aku fikir aku xpatut mcm ni, ada perasaan dgn dia jd aku putus utk lupakan semua yg berkaitan dgn R. Dan aku rasa R xde perasaan pun dgn aku, aku yg melebih2). Aku tekad nk bercinta dgn suami & selepas kawin je jd aku teruskan jg keputusan aku walaupun sgt sukar. Ye la kalau sblm ni tiap minggu chat dgn R, kdg buat misscall tp terus aku cuba buang dia dr hati aku. Kwn2 aku semua heran dgn perubahan sikap aku..jd makin pendiam, perahsia & serius smcm je. (Yg tahu kisah aku ni sorg je tp xtahu sgt sbb aku mmg perahsia) Last sekali aku tahu R mmg ada perasaan kt aku melalui msj ofline tp waktu tu mmg terlambat dh. Hati dia mmg terluka gila dgn sikap aku. Ok habis dh kisah silam aku kt oversea. Kt oversea ni mmg ramai org nk tlg jodohkan aku (bait muslim) dgn kwn2 suami dorg (malaysia) tp mmg aku xlayan.

Ok aku pendekkan cerita, mak ayh dia berkenan dgn aku & parents aku tnya aku. Aku xtahu nk jwb mcmana (waktu ni aku berkhidmat di selatan tnh air) sbb kalau aku call je msti akan ada bab ni disebut. Ye aku tahu mak ayh aku bimbang sbb aku sorg je yg masih bujang..jauh pula tu (aku asal utara). Adik aku pn dh kawin. Semua kakak2 & adik aku kawin bwh dr 24 umur dorg & aku je masih single tu pn di penghujung 20-an. Akhirnya aku kata kat ayh aku, ayah buatla kptsn. Kalau ikut saya mmg saya tolak mcm sblm2 ni. Skrg ni ayh & mak buat kptsn. Kalau ayh suka, dia baik, famili dia ok, ayah mak terima sy terima. Dan ayh aku mmg buat solat istikharah utk anaknya yg sorg ni. Akhirnya ayh mak bg jwpn setuju. Aku pun ok la demi ayh mak aku. Lagipun aku sendiri sedar kalau tunggu aku cari sendiri mmg xla kan…mcm kisah R dulu.

Aku di selatan, dia(bakal suami : aku letak nama M) di KL. Famili kami di utara. Mmg xpernah berjumpa langsung kecuali sehari sblm bertunang tu pn M je tgk aku..aku xde mood nk tgk dia. Lepas bertunang ada la jg msj tp aku mmg jrg bls. Terkadang tu 5 kali dia msj baru aku balas. Nk dkt2 kawin baru la aku ni layan sms dia (aku fikir smp bila nak mcm ni, last2 km akn kawin jg walaupun pada mulanya beberapa kali aku harap semua ni mimpi dan aku xkan kawin). Kami xpernah jmpa kecuali hari pergi test baju kawin..dia dgn famili dia & aku dgn kakak aku. Mmg aku xbercakap dgn dia.

Seminggu lepas km kwin kami bw haluan masing2 atas desakan kerja. Ok jg bg aku… baru nk belajar knl hati budi masing2 kan. Tp hari minggu sebulan 2 kali jg la kami jmpa & dating. Waktu tu mmg aku rasa mcm impian aku nk bercinta lps kawin tercapai la..bahagia sgt. Dijadikan cerita km cerita hal masing2 sblm kawin & jujur aku bgtau dia ttg R dan impian aku. Mmg dia pelik aku xpernah bercinta sdgkan dia mmg sosial habis. Gf dkt 10 org, pernah bertunang 2-3 kali tp semua xkekal. Smp satu ketika aku tahu dia pernah terlanjur dgn beberapa org exGF dia.. mmg hancur luluh hati aku waktu tu. Aku balik umah sewa aku seminggu aku asyik menangis. Kwn2 semua igt aku menangis sbb sedih berPJJ dgn M. Tp akhirnya aku terima hakikat, xsemua org sempurna, aku pn xsempurna jd belajarla terima kekurangan org lain. Lgpun itu kisah dia beberapa tahun dulu. ( Sbnrnya aku yg desak dia utk cerita guna teknik psikologi sbb instinc aku rse lain). Mungkin ini silap M sbb berterus-terang ttg itu sbb hati aku mmg terluka gila2. Aku rasa Allah x adil sbb aku berusaha (kononnya lah) menjaga diri aku tetiba dapat suami mcm M. Astaghfirullah… itu kan ujianNya.

Lepas beberapa ketika (lepas seminggu aku asyik menangis dalam bilik aku mula sedar & terima takdir hidup aku tp aku bg warning kt dia jgn buat camtu lagi. Kisah ni mmg xde sesapa tahu sbb aku sgt perahsia. Lepas kawin aku jarang contact dgn kwn2 time bljr dulu risau aku terbocor rahsia & aku mmg rasa down sgt sbb suami kwn aku semua baik2, ustaz2 belaka sedangkan suami aku nk imamkan aku solat pun payah. Dekat 2 tahun jg la kami PJJ, akhirnya aku dpt pindah duduk dgn M Waktu ni baru aku knl dirinya yg sbnr. Suka sgt lewat2kan solat & kdg2 solat isyak tu mmg solat lps subuh. Rasa bukan kadang2 dah…tp selalu sgt. M blik kje dh lewat..lepas makan dia akan baring2 dulu. Lepas tu.. dh tertidur mmg payah aku nak kejut. Aku dh mati akal nk buat cmne… ada x sesapa ada idea. Aku cakap elok2 dah, nasihat dah, membebel dh, bg peringatan pn dh. Tolak-tolak tarik-tarik dia semua dah. Tp xjalan juga. Kalau jd pn sehari dua je ok…esok2 jadi balik. Aku sgt2 kecewa dgn M. Puas dh aku nsht dia lepas makan terus solat baru tidur tp M tetap xblh. Aku agak stress dgn hidup aku lepas kawin, dahla M xlekat di rumah (kerjanya mmg sibuk) mengurus rumah dan anak aku sorg yg buat. Walaupun anak sorang tp usia antara 1-3 tahun kan anak2 banyak karenah. Anak aku pula manja & suka sangat tantrum. Tp kalau dgn suami aku ok je dia. M mmg sibuk sangat, keluar awal pg balik lewat mlm. Cuti pula hanya Ahad. Itupun kadang2 dia ada janji dgn kawanla, pelanggan la. Jd blh bayangkan x betapa xterurusnya rumah aku? Anak aku pula jenis suka sepahkan rumah..baru 5 minit aku kms dh jd tongkang pecah semula. Mak aku kata anak aku suka buat perangai sbb nakkan perhatian. Mungkinla jg sbb M mmg sibuk kan. Terkadang dlm seminggu cuma 2-3kali anak aku sempat bermanja dgn M.

Aku mmg xpuas hati dgn M soal solat dia. Bila aku tegur katanya dia dh cuba, dan tgh cuba utk berubah. Aku pernah tinggikan suara.. xkan 4tahun cuba berubah xblh2 berubah? (Aku rasa dia xcuba betul2 pn). Aku sedih sgt sbb aku ni ustazah, suami aku pula mcm tu. Lgpun M pn sekolah agama jg dulu. Ayah aku pernah tanya aku pasal solat dia, sajalah nak selidik sbb menantu dia yg lain imam2 belaka. M je lain. Waktu tu aku PJJ, jd aku katalah ok je. Mana aku tahu rupanya mmg solat dia liat sgt. Hari cuti keluar ke mana2 kalau aku x ajak berhenti solat mmg dia buat macam xperlu solat dh.

Satu lagi yg aku xberkenan dgn M, dia suka sgt berhutang. Hutang M mmg betul2 keliling pinggang. Duit aku mmg habis dok bayar hutang dia bulan2. Hrp duit dia je nk byr hutang mmg xcukup. Dulu aku berangan nk beli keta cash, tp lepas kawin duit aku abis.. cuma aku sempat selamatkan 10K buat duit muka kereta. Itupun dia nak suruh aku buat fullloan utk kereta. Xcukup duit bulan2 aku M ambik, dia mnta aku buat loan utk kmbangkan perniagaannya. Puas aku berdalih akhirnya aku terima jg dgn syarat solat isyak dulu sblm tidur. Tp sadisnya syarat aku tu hanya berjalan seminggu je. Dulu pernah aku bg warning kat dia nk gtau mak dia dia xsolat. Tp yg menyirapkan darah aku dia kata mak dia pn tahu(aku mmg mkn hati dgn ayat dia ni..seolah2 mak ayah dia dah tahu M mcm tu masih nk kawinkan km. Mgkin sbb ni aku dh rapat dgn mertua aku walaupun dorg mmg baik sgt2.

Terkadang aku rasa dia ambil kesempatan dgn aku..dhlah nafkah bulanan aku xbg(tp brg dapur & brg keperluan lain semua dia bayar) dia asyik pinjam duit aku. Duit nafkah tu kalau aku xmnta mmg dia xkan hulur. Aku pula mals nk meminta hari2. Xkan xfaham lg tanggungjawab sendiri kan.

Mula2 dia dpt duit( selain aku dia ada sumber pinjmn lain lg) dia ajak aku & anak makan angin. Hati aku punyala berbunga sbb lps kawin mmg kami xpernah bercuti ke mana2, honeymoon pun xpernah. (Kadang aku rasa macam kawin koboi je). Tp rupa2nya dia nk bw pekerja2 & keluarga dorg sekali. Hampa giler aku time tu.

Perniagaan cuba nk dikembangkan, dh bertambah kos perbelanjaan tambah2 di zaman gawat ni. Aku igtkan 50K yg aku bg tu cukup, rupanya mmg xcukup. Bulan2 mmg aku kais-kais tunggu gaji masuk. (Stress sgt sbb time single gji masuk ke belum sikit aku xkisah sbb simpanan aku bnyak). Baru2 ni dia mnta aku buat lg loan utk dia. Puas juga aku menolak tp xsampai hati dan kesian sbb dia suami aku. Selalu sgt dia pinjam duit dgn org & adik-beradik dia tp dorg selalu tuntut cepat. Ye la semua orang nak pakai diut kan. Harap2 kali ni dia pandai mengurus dan sukses. Kalau kira semua duit dia pinjam dr aku termasuk loan2 tu 200k dh.

Panjang lebar pula aku karang ni…dulu aku teringin nk jd novelis. Haha. Harap2 korang dapat bg pndpt cmne nk buat dgn sikap remehkan solat & tabiat suka berhutang suami aku ni. Kadang2 aku rasa xtahan mcm nk je mengadu kat ayah mak aku sikap M tp aku risau ayah mak aku mnyesal sbb suruh aku terima dia dulu. Bab dia sibuk memanjang smp xde masa utk famili pn mak aku macam terkilan dah. Satu lg dlm 2-3bln lps aku dpt tahu dia ada affair dgnbpekerja dia (isteri org). Xtahula setakat mana tp sampai mlm2 buta pun berwasap bagai & wasap dia dgn pmpuan tu mmg dia delete setiap mlm. Bergaduh jg la dgn suami pmpuan td. Smp pmpuan tu dh berhenti kerja(diberhentikan sbb xbuat kerja) asyik sms M macam pmpuan gila talak. (M mmg dh xbls sms dia dh lps dia berhenti kerja). Bila aku tnya M dia kata meroyan sbb kne berhenti kerja. Entahlah aku xtahu nak percaya ke tidak jwpn tu. Tp lps aku tahu kisah silam dia tu aku mmg xtaruh kepercayaan sgt. Cuma aku sedih sgt sbb skrg, time aku di sisinya dia blh ada affair dgn isteri org sdgkan aku berusaha jaga ikhtilat utk dia.

Tolonglah bg pndgn korang, apa yg aku perlu buat lps ni utk jdkan dia ketua keluarga yg bertanggungjawab. Pasal solat tu yg penting. Kadang aku rasa macam xtahan je nk teruskan hidup dgn dia, tp demi anak & ayah mak aku aku bertahan jg. Lagipun dia penyayang & blh diharap jaga anak smpai anak aku selalu lebihkan dia dari aku. Selain tu dia jg baik hati smp org kdg ambik ksmpatan ats kebaikan dia. Selama kami kawin ni xpernah lg la tgn dia naik kt aku. Aku syg dia, tp bab solat, berhutang & xde masa utk famili ni buat aku macam xboleh nak terus hidup dgn dia. Entahlah aku bingung dgn hidup aku…

– Aku isterinya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit