Lelaki

Assalamualaikum dan selamat petang.
Terima kasih admin siarkan artikel saya. Berkenaan apa, boleh baca tajuk di atas. Ya. isunya adalah lelaki.
Baru sekejap tadi tengok viral disend mengenai grup kumpulan songsang atau ‘gay’ di FB. Rasa mengucap panjang bila tengok sebab muka budaknya polos lagi dipeluk oleh kononnya ‘abang’. saya pun tanpa membuang masa terus masuk group yang diviralkan memandangkan setting public so boleh tengok satu persatu pos-pos dan muka mereka. memang ayat ayat sangat lucah dan memualkan dan melihat pada rupa dan gaya masing2 memang lelaki normal dan ada yang sudah berkeluarga pun masih mencari2 ‘pasangan sejenis’ mereka di situ(Semoga Allah mengampunkan kita semua)

Kenapa lelaki atas dunia sekarang ambil pilihan hidup begini. Apa sebenarnya berlaku? Ya tak dinafikan perempuan di malaysia pun bukan semua sempurna, tetapi kenapa anda pilih cara hidup yang songsang. Saya cuba nak menyelami apa masalah sebenar mereka ni tapi saya x tahu. Memang tak boleh saya nilai manusia lain, tapi hentikanlah semua ini. Haram is haram tiada kompromi. Ya dosa kita masing-masing tanggung tapi anda hidup dalam masyarakat. Apalah gunanya masyarakat kalau tidak menegur. ini bukan isu Bawang membawang lagi tapi naik ke tahap yang lebih tinggi. Ini isu nilai kemanusiaan. Saya bukan nak jadi ustazah fesbuk dan sebagainya tapi saya dah xsanggup baca dan lihat semua perkara ni. saya sedih.. tolonglah hentikan hubungan sebegitu.

Oklah selain isu ‘gay’ tu.. isu lelaki yang lain adalah berkenaan tanggungjawab suami. setiap hari baca confession2 dari kakak2 makcik2 buatkan saya berfikir kenapa lelaki sekarang begini. Salah siapa? Ibu bapa? sekolah? tak mungkin.. sebab rata-rata yg bersekolah agama yang ibubapa didik bagus pun anak2 jadi begini, jadi apa masalahnya wahai kaum lelaki yang buatkan korang jadi macam ni. cuba cerita? di mana lelaki gagah perkasa yang harusnya menjadi pemimpin pada wanita? Kenapa semua nak jadi ‘sotong’ dan serah semua pada isteri?

Saya tengok ramai wanita yang bangun. confession2 rata2 bgtau lelaki tak bertanggungjawab, tinggalkan hutang pada isteri, tak nafkah kan anak, tapi si isteri bangun ambik tanggungjawab itu dan kebanyakan memang berjaya. Yang si lelaki? Ada yang perlekehkan cerita2 rumahtangga ini kononnya pergi sahaja cerita di group KRT, tapi bagi saya ceritalah di mana pun takpa saya sudi membaca dan menadah telinga turut memahami perasaan wanita di luar sana. saya pun wanita saya paham

Cukuplah lelaki menyakiti para wanita kita. BERUBAHLAH KAUM LELAKI Demi masa depan dunia yang lebih baik. saya tahu masih ada lelaki yg baik di luar sana. Jadikan lah mereka contoh. ubahllah diri sebelum PINTU TAUBAT tertutup…
Jangan malukan kaum lelaki lagi
Sekian.

– Narnia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *