Hai semua. Nama aku Janna (bukan nama sebenar). Baru-baru ni kecoh pasal influencer yang nama A ni kahwin baru kan. Sungguh aku tak sangka weh, dia madukan isteri dia.
Untuk pengetahuan korang, aku ni perempuan yang jenis suka sweet-sweet. Aku dah kahwin 2 tahun.
Antara aku dengan suami aku, aku la yang sweet. Laki aku ni pesen macam si ain edruce tu. Depan orang kekok sangat lah dia nak sweet. Takde maunya dia. Haha.
Berbalik pada cerita influencer tadi. Aku ni biasa la kan, balik kerja bila tengok medsos tertengok la video lelaki surprise kan isteri dia, pegang tangan, suap menyuap lepas tu buat caption lebih kurang ayat jiwang2,
“Kaulah bidadariku”, “Hati isteri kena jaga”,isteri untuk dihargai” dan seangkatan dengannya.
Suami aku ni, kat FB dia takde pun letak gambar aku walaupun satu. Even masa kahwin pun dia tak letak.
Aku tanya la dia, nape dia tak letak gambar aku. Dia kata sebab aku ni isteri dia, dia tak nak orang lain tengok aku. Hmm, cliche kan jawapan dia.
Tapi terus terang aku cakap, aku jelous sangat bila tengok orang post gambar pasal pasangan masing2.
Kadang aku rasa la jugak sedih, ye lah kan masing-masing puji isteri masing2 kat medsos.
Haritu aku ada la tengok video pasal laki bini yang famous tu. Founder jual produk skincare yang book satu pawagam untuk buat surprise tu.
Tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat, sebab bila birthday aku atau anniversary suami aku just wish je.
Untuk birthday tu ada la bagi kek satu slice tulis “Hb sayang”. Tu pun dah malam baru dapat.
Sepanjang hari tu dia buat tak tahu je. Tak tahu la dia ingat ke tak birthday aku. Sedih sangat masa tu. Tapi takpe la.
Sebab malam tu, dia pujuk la aku. Dia kata dia ingat, cuma nak buat surprise.
Apoo. Dah malam, nak masuk hari lain dah baru buat surprise. Tapi aku berterima kasih kat dia, beli la jugak kek kat aku, walaupun satu slice. Thanks baby.
Bermacam-macam video yang sweet-sweet yang dah masuk fyp tiktok aku tengok. Yang aku follow pasangan si A & A.
Weh, bila aku tengok yang laki tu, aku cakap sweet nya laki ni. Macam-macam dia dah buat untuk isteri dia, dengan caption yang macam suami terpaling sweet la.
Aku apa lagi, teringin la nak suami macam tu. Berangan la konon nya. “Kan best kalau laki aku pun macam laki dia”.
So aku pun, lepas solat berdoa kat Allah supaya laki aku ni jadi sweet. Sweet untuk rapatkan hubungan suami isteri, haa gittu.
Nahhh, tibe harini masih lagi jadi isu hangat suami sweet kahwin lagi satu, masa tu. Masha Allah, aku terkejut la weh.
Influencer yang aku duk follow tetiba buat macam tu kat isteri dia. Kata sayang, tapi nape buat macam tu kat isteri diaaa. Whyyyy???!
Sejak dari haritu, bila aku terbaca posting pasal influencer tu, aku nak komen, tapi aku taip. Aku padam. Aku taip. Aku padam. Hahaha.
Lepas tu aku muhasabah la diri aku ni. Ya Allah, baru aku nampak. Lelaki yang sweet tidak semestinya lelaki yang setia.
Aku pun terfikir la, aku kan suka laki sweet ni. Bila aku ingat balik. Yelah, laki aku ni tak sweet pun.
Memang la kalau jalan2, dia tak pegang tangan pun. Tapi dalam kereta dia pegang tangan aku. Aktiviti suap menyuap pun kalau kat kedai memang tak la dia nak suap.
Tapi bila ingat balik, kat rumah kalau aku ngan dia makan maggi ke nasi ke, pernah la jugak dia suap kat aku.
Kalau aku demam dia yang paling sibuk duk jaga aku, letak kain tuala basah kat dahi. Dia tak pernah tengking aku, dia tak pernah pukul aku.
Bila aku ingat balik apa yang dia dah pernah buat kat aku, bagi aku dia dah sweet tapi dengan cara dia. Allah dah buat elok dah. Aku ni sweet, laki aku ni tak sweet sangat. Balance la tu.
Lepas kes A & A tu, aku dah mula fikir dan set dalam kepala,
“Suami tak sweet macam influencer tu pun takpela, asalkan dia ni tahu tanggungjawab, pandai jaga hati aku dan paling penting dia setia dengan aku”.
Tetaplah bersyukur dan terimalah kekurangan pasangan walaupun dia bukan yang kita impikan. Kita pun bukanlah manusia sempurna, kan?
Doakan kebahagian saya dan suami. Dan doakan juga supaya kami cepat dapat zuriat yang soleh dan solehah. Saya masih lagi TTC.
– Janna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ha..baru nk marah..selamat dah sedar..dunia tipu2 medsos ni..jadi la diri kita..
Tak payah percaya dunia tipu2 medsos. Kdg2, benda2 yang xberapa sweet yg tak dirakam itulah kita akan ingat sampai bila2. All your happiness, please keep it to yourself. Sbb kita tak tahu, org2 dluar sana yang cemburu akan kebahagiaan kita. Biarlah momen2 sweet kita tu kita simpan sendiri, & hanya aku & engkau shj tahu.
Husband sis, medsos (ig/fb/ttok) pun x ada, even dia bekerja dlm bidang IT. Hehehe.. so chill2..
jgn risau, selagi suami kita xkaya xdanya penyondol yg nak selain pelacur.
Anda seperti sy .. suka mende2 yg sweet .. sebab itu lah cara yg buat kita bahagia dan nampak yg si dia sayangkan kita .. hahahah tp betul lah .. setiap org sweet dgn cara yg berbeza .. kita as a pasangan je boleh nmpk perbuatan tu ..
Tapi itulah , bila kita as a perempuan yg asyik buat surprise (bg kek , bg hadiah, bg mcm2 – sebab kita pikir mende tu as memories) .. yg dibalas nya ,, (kenapa buat mcm ni , membazir, jgn buat dh, mende2 ni tak perlu pun) .. hahah sedih jugak hati ni .. tp husnudzon je la .. bukan selalu pun bg kek , bg hadiah .. tp itulah .. hahahah husnudzon je ..
Nasib akak ni sedar. Tapi mmg ada je laki yg bila dgn isteri ja depa bersweet. Tapi bila ada org depa buat cool². Sebab saya dari kecik mmg membesar tak pernah tgk ummi & ayah saya bersweet. Kadang tu macam nak jugak tgk ummi ayah pegang tangan kenapa enn macam mak ayah org lain. Tapi eprnah sekali tu birthday ummi, ayah wish kat wasep je pon penuh dgn emoji love lourve haha. Masa tu baru la cam rasa, ohh depa ni bersweet ja. Tapi sweet berdua je la kot. Buat apa nak tunjuk² kan haha.