Lelaki Anti Hadis

Assalamualaikum semua. Hi aku El, baru je kahwin tak sampai sebulan.

Aku sebenarnya nak minta pendapat semua, aku baru je kahwin tak sampai sebulan. Kahwin atas suka sama suka,

Tapi ada sebelum kahwin tu sepatutnya dah cancel tapi sebab kena paksa dengan family takut malu panggilan semua dah panggil semua dah settle juga bayar.

So terpaksa la teruskan padahal aku dah memang minta cancel.

Punca paling besar aku tak mau kahwin.

Suami aku ni sebenarnya dia dah lama join benda ni. Dia terlalu taksub dengan al-quran dan tak percaya hadis. Hadis pun ada certain je dorang ni akan pilih ikut sedap hati dorang.

Aku pernah la dengar benda ni sebab dia suruh aku dengar. Dia ada 4 sesi sebelum kau bebetul boleh group dorang ni.

Dorang buat one on one dengan aku. Try hard untuk explain apa maksud al-quran siap buat terjemahan al-quran sendiri berdasarkan bahasa arab purba dulu.

Bagi dorang, dorang tak ikut nabi Muhammad (SAW) sangat tapi more to nabi Isa. Sebab kononnya nabi Isa ni yang banyak berjasa. Korang boleh je google anti-hadis atau quranis. Confirm jumpa.

Ketaksuban mereka ni sampai solat pun ada 4 waktu saja, solat jumaat tak perlu sebab tak ada dalam al-quran.

Paling aku tak boleh terima orang-orang dia ni siap ada AJK dan team mereka untuk sebarkan semua ni.

Mereka ini juga terlalu konfiden yang mereka boleh masuk syurga sebab dah ikut segala syariat dalam al-quran.

Aku lepas dah join sesi ke 3 aku dah almost bergaduh dengan orang tu sampai aku bagi alasan aku tak sihat. Sebab kepala otak dah tak boleh nak hadam.

Engko tahu aku tak boleh terima tu juga sebab engko berenang dalam laut ke swimming pool pun dah boleh gugur segala dosa korang tu. Hahaha.

Aku sekarang dalam dilema aku patut teruskan atau tak perkahwinan aku yang baru hangat hangat tahi ayam ni.

Sebab sebelum kahwin pun dia dah janji nak berubah tapi end up tak pun. Masih lagi join semua tu.

Mak dia pun sampai nak report dia dekat polis dah sebab tak boleh terima dah dengan segala benda yang anak dia ni buat.

Agak-agak orang macam ni apa yang kita boleh buat eh untuk bagi ada kesedaran dalam diri?

Aku punya option sekarang let go dia je guys. Aku simple je dia tak nak berubah nak join ajaran sesat ni jugak. Aku let go je.

Status janda apa tu aku tak kisah pun sbb aku ada career aku semua sendiri.

– Isteri dalam dilema

– El (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. let go jelah si lelaki tu sis. doakanlah dia semoga dapat berubah ke arah ajaran Islam yang sebenar. sis ada chance & pilihan lagi nak cari jodoh yang terbaik untuk diri sis🥰 lambat @cepat tu biar Allah yang tentukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *