Lelaki Banyak Komitmen

Hi semua, nama aku Mia, bakal berkahwin tidak lama lagi, tunangku Hakim, seorang yang sangat baik, terlalu baik, murah hati, tak pernah marah, penyabar, rajin bekerja, berpakaian kemas, tak merokok, pandai menguruskan kewangan dan segala2 sifat baik la ada kat dia.

Aku dan tunangku berbeza dari banyak perkara tapi kami serasi dan jarang sangat bergaduh. Dia seorang yang soft spoken, aku seorang yang out spoken. Dia anak sulung, aku anak bongsu. Kami berdua masing2 adik beradik ramai, dua2 keluarga 7 beradik.

Bezanya, adik beradik aku sangat diajar berdikari, semuanya sejak form 1 bersekolah di sekolah berasrama, selepas habis belajar, masing2 berhijrah ke bandar dan duduk sendiri, manakala tunangku adik beradiknya yang sudah kahwin, sudah bekerja, masih belajar, semuanya tinggal di rumah ibu bapa tunang.

Sebagai abang sulung yang sudah lama bekerja, tunangku memang penyumbang terbesar dalam kewangan keluarga. Sejak bapanya diserang sakit jantung dan berhenti meniaga, semakin banyak tanggungjawab yang ditanggung dia. Aku faham perkara ni sebab dia anak sulung lelaki, tapi keluarganya seakan2 mengambil kesempatan terhadap kebaikannya.

Kami pernah menangguh perkahwinan kerana duit yang dikumpul tunang digunakan untuk perbelanjaan keluarga. Adik lelaki tunang mempunyai ijazah kejuruteraan, dapat kerja sebagai engineer, tak tahan susah, berhenti kerja, lalu bekerja sendiri dengan pendapatan tak menentu, tiada slip gaji.

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berkahwin selepas lebih kurang setahun habis belajar dan bekerja sendiri. Disebabkan adik tunang ni seorang yang berjiwa bebas dan adik tunang aku ni lagi lama bercinta berbanding aku dengan tunang, dia kahwin dulu huhu, skip abang dia.

Jadilah orang pertama dalam keluarga nak kahwin. Excited la parent tunang. Renovate rumah, tukar dinding kayu ke batu, tambah bilik sebab nak sambut orang baru, adik lelaki tunang jugak memang akan tinggal di bersama parent lagi selepas kahwin. Yang bayar kos renovation tu mestilah paling banyak si abang sulung, yang duduk menyewa sendiri jauh dari keluarga.

Si isteri adik pulak, terus bunting pelamin selepas kahwin. Risau nak bawak isteri pergi checkup takde kereta, guna slip gaji abang sulung (tunangku) untuk beli kereta baru. Adik tunangku ni macam tak fikir sangat soal duit, asyik ikut trip pergi hiking sana sini. Tunangku pula sedang sambung master sambil bekerja, lagi nak guna duit. Kami plan nak kahwin lepas tunang habis master.

Tunang sudah mencecah umur 30 tahun, dia pun dah booking nak beli rumah sebelum bayar2 renovation rumah parent dan tolong payung kos kahwin adik dia. Tunang pulak kerja di kawasan hot, rumah2 mahal je ada jat area situ. Loan rumah tak lepas 100%, dapat 85%, 10% dapat rebate, so bayar 5% guna EPF.

Tunang seorang yang bijak berbelanja tapi tetap struggle nak simpan duit kerana komitmen keluarga terlalu tinggi. Adik2 kerap mintak duit, abang tak pernah tak hulur, hulur tak pernah sikit. Adik2 tunang belajar kos bagus2 di universiti, tapi tak nak kerja susah sikit, masing2 rela kerja biasa2 asalkan dekat dengan rumah parent.

Aku pula yang sudah biasa diajar berdikari ni, rasa tak selesa dengan situasi ni memandangkan abang2 dan akak2 aku sangat garang dan tegas especially kalau bab2 tak reti manage duit ni. Walaupun gaji aku hanya RM2300, aku berjaya survive kat KL betahun2 sambil kumpul duit kahwin. Sebabkan tunang aku ni dah nak cecah 30 tahun, master pun dah habis, dia memang dah tak nak tangguh lagi majlis kami. Masalahnya duit pun semput ni.

Tunang pula seorang yang workaholic, makin workaholic sebab nak simpan duit kahwin. Bekerja dari 8am sampai 10pm setiap hari, semata2 nak skip makan time malam sebab nak simpan duit. Komitmen tunang memang banyak sebab bayar rumah, bayar bilik sewa sebab rumah beli tak siap lagi, bayar kereta, hutang belajar ada sikit lagi, insurans, minyak kereta, belanja harian, bagi parent & adik2 lagi.

Concern kami paling utama sekarang ni adalah belanja kahwin, aku boleh tolong tunang tapi gaji aku pun tak banyak mana boleh simpan, abang akak aku dah pesan kalau boleh jangan guna duit mak ayah untuk kenduri. Tapi sebab aku ni anak bongsu and last kenduri dalam family, mak ayah aku kalau boleh nak ajak ramai sikit.

Aku ada hubungan yang baik dengan keluarga tunang tapi tu la adik2 dia rajin betul mintak duit, macam tak nak faham abang tu pun nak pakai duit sebab nak start family sendiri. Aku risau juga nanti aku masuk family dia aku pulak bising hal duit sebab adik beradik aku ni memang dah biasa berdikari, dari zaman universiti, kami masing2 dah tak mintak duit mak ayah dan adik beradik.

Aku tak nak la jadi orangnya yana tegur adik2 ipar, tak pasal2 dibenci keluarga mertua pulaka. Aku faham situasi tunang tapi kami bakal berkahwin, umur dah nak mencecah 30, kami pun dah plan nak ada family, ada anak sendiri, semua tu pakai banyak duit. Tunang banyak sangat berkorban untuk keluarga, aku pun dapat tempias sekali, aku kesiankan dia.

Kadang2 rasa nak halang je tunang supaya jangan manjakan sangat adik2, biar adik2 berdikari sikit, terutama yang dah kerja, ada anak sendiri, tapi rasa tak patut pulak sebab dia abang sulung, adik2 dia pun dah lama manja, rasa tak mampu dah nak berdikari.

Tunang pernah suarakan nak kurangkan bagi duit kat family, tapi aku rasa apa pulak parent dia cakap nanti, belum kahwin dah belakangkan family, so aku cakap maintain je bagi duit kat mak ayah dgn adik2 yang masih belajar. Yang dah bekerja tu je aku cadangkan jangan kerap bagi duit.

Aku risau la, hal2 duit ni banyak jadi punca utama masalah rumahtangga. Aku tak nak la fikir yang buruk2 tapi kena bersedia, kena ada simpanan kecemasan semua. Kalau boleh nak settlekan hal2 duit ni sebelum kahwin.

Ni sekadar luahan je, supaya boleh fokus preparation kahwin yang lain. Aku pun nak merasa majlis yang meriah, kahwin sekali seumur hidup, tak perlu majlis grand pun, asalkan cukup la nak buat2 kenangan.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *