Assalamualaikum. First of all,thanks sebab keluar kan confession aku ni. Kisah yang aku nak cerita ni mmg terjadi atas diri aku dan family aku.Dan kisah ni bukan utk tujuan mengaibkan,tetapi utk dijadikan iktibar utk semua.
Aku anak sulung daripada 4 beradik. Semua tahu yang anak sulung ni pressure dia lain mcm sikit kan . Family aku org yg biasa biasa. Ayah dan ibu cuma kerja biasa. Ni pasal ayah aku. Ya ayah yang sepatutnya menjadi tunggak keluarga.
Memang satu sifat ayah aku. Dia baran dan ego. Cuba bayang kan,masa umur aku 4 bulan, dia dah pukul ibu aku bila dia tak puas hati. Asal dia ada masalah, dia lepas kat mak aku. Dia takkan terima pendapat orang lain dan dia rasa dia je yg betul.
Sampai la sekarang umur aku 20+. Adik adik aku semua dah besar ,dan paling kecik umur 13. Ibu ayah dah 50+. Tapi makin tua makin teruk perangai ayah. Semakin malas . Solat nak taknak je buat. Kalau nasihat suruh solat,dia kata kubur masing masing. Tapi yang pelik, depan family dia I mean ayah ibu and adik beradik dia,mmg dia perfect. Kata org,pijak semut pun tak mati.solat paling awal, solat jumaat pukul 12.20dah ready nak g masjid. Hipokrit kan. Family dia mmg tak tahu perangai dia mcmni.
And dah dekat 2tahun dia tak bagi apa apa nafkah kat ibu and aku adik beradik. 2 tahun. Bukan 2 bulan. Mentang2 ibu aku bekerja,dia anggap ibu dah mampu support semua. Dari zaman aku study,sampai aku dapat keja, semua ibu yang support.time dia ada job,duit cuma utk diri dia sndiri. Perangai dia ni, kalau ada duit,mmg dia baik sumpah baik gila. Time dia tak ada duit,mmg dia layan family aku mcm sampah.
Jujur, kalau ada anugerah wanita paling tabah dan cekal,aku bg kat ibu aku. Dulu dia kata ,time bercinta dekat 7 tahun, sekali pun ayah aku tak pnh tinggi suara. Apatah lagi nak maki hamun. Tapi sekarang, nasi dah jd bubur. Puasa dua tahun lepas mmg tahun yg aku akan ingat sampai sekarang. Kitaorg brrgaduh besar sbb bnda yang bodoh. Bayang kan,dia boleh sepak ibu,Tampar,then aku backup ibu aku, aku sekali kena. Aku dah besar kot, dia boleh tarik rambut sepak aku mcm aku ni binatang. Adik adik aku pun sama kena percaya yang sama. Mana tak sedih bila lagi 3hari nak raya kena mcmtu. Pagi raya tu, dia tak g masjid pun. Kitaorg dah buat baju raya sedondon. Dia buang dlm tong sampah. Kecik hati ibu aku Tuhan je tahu. Pagi raya tu takde gambar raya 1family sbb mmg raya paling tak best. And raya tu jugak,kitorg tak balik rumah atuk Kitaorg sbb dia. Dia je balik time tu and dia buruk2 kan ibu kat adik beradik dia. Dekat setahun tak balik kg dia tengok atuk aku. Bila ibu aku balik Sana, adik beradik dia pandang ibu aku mcm musuh. Yang sebelum ni okay,jadi tak okay. Sebab apa? Sebab dah dihasut dgn ayah.
sebelum ni mmg selalu kena mcmtu,tapi tu first time Kitaorg gaduh lama. Satu hari tu, tiba tiba lg dia cari pasal. Sampai terkeluar Dari mulut aku, aku lg suka tengok dorang tercerai daripada ibu aku kena sampai mcmtu. Tahu apa ayah aku buat kat aku? Dia cekik aku sampai aku nak pengsan. Dia kata aku anak kurang ajar and dia takkan maaf kan aku. Aku puas, sebab aku dah cakap apa yang aku nak even aku tahu tu bukan jalan terbaik.
Dekat setahun aku gaduh gn dia. Kau bayang kan eh, satu hari ibu aku boleh baik dgn dia sbb masa tu dia umpan apa entah dgn ibu aku. Aku pun rendah kan ego aku,aku maaf kan dia sbb dia kata takkan buat lagi.
Tapi langit tak selalu cerah,bila dia jobless and takde duit. Dia mula lepas kan amarah dia pada ibu and adik beradik aku. Nangis la mcm mana pun,adik adik aku dia pukul mcm rendah pukul bontot lembu suruh masuk kandang. Mcm biasa,as anak sulung aku backup family aku dan aku pun kena benda yang sama. Tapi aku dah lali and aku tak kisah kalau dia pukul aku sampai mati pun. Aku nak buat report polis, tapi ibu aku kata takpayah sbb malu keluarga nt. So aku tak jd report. And kalau ikutkan hati aku, mmg aku dah pisahkan mak ayah aku. Tapi ibu kata dia masih sayang.
And till now, benda yang sama berulang Kali jd. Sampai aku tak boleh Kira dah berapa Kali kena mcmtu. Aku ingat cuma drama tv3 ada adegan pukul memukul isteri dan anak anak. Rupanya real life pun ada la. Bukti dah jd kat diri aku. Ha nak apa lagi? Nasihat aku, selagi belum kahwin dengan org tu, tangan la taking sangat dengan dia. Sedangkan dah kawen tapi boleh layan anak Bini mcm anjing kurap. Bila orang tanya aku pasal ayah aku, satu je aku jwb,aku dah putus asa dan hilang percaya kat ayah aku sndiri. Ayah yang sepatutnya jadi pelindung anak anak dan isteri,tapi dia yang paling tak boleh dipercayai. Dan rasa hormat kat ayah aku dah lama hilang . Sekarang aku hanya ada ibu dan adik adik dan aku anggap dia bukan org yang patut diberi penghormatan.
– ZZ
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit