Assalamualaikum. Nama aku Nor. Berumur 30 dan masih bujang. Tinggal dengan family. Aku memilih untuk berkongsi cerita bukan untuk meraih simpati. Tapi hanya untuk meluahkan perasaan. Aku tak pernah cerita pada sesiapa masalah aku yang ini.
Aku anak sulung. Jadi memang aku nampak perjalanan hidup mak ayah. Dari aku kecil nampak mak ayah bergaduh memang biasa. Tapi dulu, aku selalu ingat sebab mak garang sangat and selalu salahkan mak bila mak ayah bergaduh. Tapi bila besar, aku tahu semuanya punca dari ayah.
Sejak kecil aku nampak ayah ni seorang yang family man. Selalu balik kampung. Katanya kalau kena outstation akan usaha balik jugak nak tengok muka anak bini. Bangga dengan anak anak yang sekolah agama.
Tapi semua nya berubah bila dia jatuh sakit. Bila sakit, dia tak kerja. Mak yang membanting tulang sara keluarga. Waktu ni aku masih kat universiti, adik adik semua sekolah.
In fact, sebenarnya dari mula kahwin, mak aku yang banyak sara keluarga. Ayah pernah tak kerja time muda dulu. Selalu ponteng kerja. Mak igt bila ayah sakit, dia berubah. Tapi, tak. Dia makin suka mak sara keluarga. Dia ambil kesempatan. Siap mintak duit belanja. Bodoh.
Lepas sakit mak usahakan jugak carik modal ayah kerja sendiri. Mak keluar modal. Tapi ayah bodoh. Untung makan semua. Tak buat pusing modal. Mak jugak kena keluarkan balik modal. Mak jugak sara dia balik. Tu tak kira masa dia sakit. Kencing berak dia mak yang uruskan. Tu pun banyak cekadak. Bodoh.
Lepas belajar, aku ulang alik dr tempat kerja. Waktu ni aku nampak perkara sebenar. Sbb sebelum ni aku duduk asrama and tak duduk rumah, aku buta.
Makin sakit, makin bodoh. Tu je yang aku mampu terangkan.
Ayah tak bg nafkah keluarga. Semua perbelanjaan rumah mak yang tanggung. Belanja sekolah yuran universiti adik semua mak tanggung. Termasuk lah makan pakai dia. Dahlah tanggung dia, ayah selalu mengeluh makan tak sedap. Time ni aku bengang jugaklah. Kami semua keluar kerja pagi balik petang. Dia duduk rumah. Kami balik, kami kena sediakan makan. Bodoh.
Pernah sekali kami adik beradik tegur ayah. Tegur pasal sikap, nafkah, semualah. Tu pertama kali ayah baran kat kami. Ayah baran kat kami, tapi dia buat gaduh dengan mak. Berbulan tak bertegur. Tapi tak tahu malu, duduk rumah mak, makan makanan mak, tak hulur duit sesen pun. Bodoh.
Ayah pantang kena tegur. Mak tegur pasal nafkah. Dia gaduh. Mak kata hulur sikit pun takpe. Dia marah kata gaji mak tak luak pun. Padahal banyak benda mak kena tanggung. Mak tegur takkan semua benda mak kena buat. Dia kata tolong suami kan dapat pahala. Sumpah aku tak tau nak kata apa dah. Bodoh.
Satu benda yang aku meluat pasal ayah. Dia rajin tgok video ceramah agama. Tapi perangai susah nak kata. Sejak tu, aku tak suka dengar ceramah.
Aku selalu mengeluh, ustaz ustaz ni taknak ceramah pasal tanggungjawab and azab untuk suami and ayah ke. Punya banyak masalah kaum lelaki tak bertanggungjawab tunggang agama kat Malaysia ni, dia nak jugak cerita pasal sunat kahwin empat, bidadari syurga, syurga bawah tapak kaki suami. Bodoh.
Bila aku duduk rumah, kantoi jugak lah ayah selalu nak pukul mak. Tapi selalu tak dapat sebab aku ada. Ada sekali ayah tak tahu aku dah balik, kemain sakit sakit tu laju pergi ke mak, nak pukul mak. Dia perasan aku ada. Terus dia tak jadi and tengking mak kata mak kurang ajar. Bodoh.
Jadi aku terfikir, masa aku takde kat rumah, mcm mana mak hidup. Mungkin sebab dulu aku sekejap sekejap ada kat rumah, jadi ayah selalu dapat tahan baran dia. Sekarang aku selalu ada kat rumah, baran dia dah membuak.
Aku tak tahu mana silapnya. Tak tahu apa yang ayah marah sangat dengan mak. Tapi aku tahu semua ni punca nya ayah. Sebab sebelum ni mak tahan sebab anak anak kecil lagi. Mungkin sekarang mak dah tak tahan, jadi mak suarakan and nasihatkan ayah. Ayah ingat mak kurang ajar tegur dia. Padahal mak tahan je selama ni. Ayah igt dia ketua, dia betul. Bodoh.
Yang bodohnya ayah aku ni. Dia selalu igt dia betul. Suka suka nak sakitkan hati mak. Padahal dia harta pun takde. Mak kata, sekali ayah aku pukul, memang dia akan halau ayah keluar.
Ayah, rumah pun takde. Kereta pun hutang lagi. And banyak kali nak kena tarik dah. Bila mak kata gitu, ayah terus terdiam. Baru sedar, dia mana ada tempat nak pergi. Tak perasan selama ni duduk rumah orang free je. Bodoh.
Satu yang aku perasan. Family ayah pun masalah jugak. Letak perempuan mcm hamba. Selalu salahkan mak kalau rumah bersepah, anak comot, dapur tak berasap. Selalu pandang rendah kat mak sebab mak cikgu. Padahal takat jadi askar je bukannya gah sangat pun. Padahal takat kerja kampung je tak sedar diri.
Dia tak tahu, mak ni lah yang tanggung darah daging dia. Padahal anak perempuan family ayah semua tak bekerja. Pernah sekali, mak mintak adik beradik ayah nasihatkan ayah. Mati mati tak percaya ayah aku perangai mcm tu. Sampai sudah pandang hina mak aku sebab burukkan family dia. Bodoh.
Ikutkan aku nak nasihatkan mak ceraikan ayah. Aku tak sanggup mak derita lagi. Mungkin dulu mak takde tempat nak luahkan masalah sebab atuk nenek dah lama meninggal. Takde adik beradik. Jadi lately, mak ceritakan kat aku. Tak pernah aku nampak mak aku nangis macam tu.
Kalau aku cerita and mengeluh masalah aku, mak selalu pesan, bersyukur ujian aku macam tu. Kalau dapat mcm apa yang mak aku diuji mcm mana?. Aku selalu terfikir, kesian mak kahwin dengan ayah. Kalau mak tak kahwin dengan ayah pun aku redha. Tak kisah lah aku takde kat dunia. Sebab mak deserve better.
Aku tahu mak tak salah. Sebab mak tanggung sorang selama ni. Kalau aku jadi mak pun, aku akan buat apa yang mak buat. Lelaki bodoh dia tak fikir apa yang dia buat dulu. Dia nampak yang sekarang je.
Lelaki bodoh je yang ambil anak perempuan orang buat hamba. Lelaki bodoh je yang kahwin untuk dia senang. Lelaki bodoh je pandai buat anak tapi tak pandai jaga. Lelaki bodoh tu ayah aku. Lelaki bodoh patut pupus kat dunia ni.
And sebab ayah, aku tak nak kahwin sampai sekarang. Aku takut, apa yang ayah buat kat anak orang, orang buat benda sama kat anak ayah.
– Nor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit