Lelaki Budiman

5 ke 6 tahun lepas macam tu, aku kerja kat satu syarikat kurier. Masa tu, bahagian stor ada satu laki nama Alif.

Dia mai kerja bawak isteri dia. Isteri dia sakit kanser. Dah tahap 3 ke 4 entah.

Dekat rumah tak ada orang nak jaga isteri dia sebab isteri kerap pengsan lah, apa lah. Jadi dia risau, dia bagitahu bos nak bawak isteri.

Kesian sangat tengok wife dia. Wife dia anak yatim. Tak ada keluarga.

Alif ada keluarga, tapi katanya jauh. Masa tu tak tahu sangat lah apa kisah atau masalah diorang.

Aku pun tak bercakap sangat. Cuma nampak lah Alif pun terkejar sana sini. Lepas tu kerap cuti sebab nak bawak wife dia buat kimo.

Lepas tu aku pun dah berhenti kerja. Jadi tak tahu perkembangan diorang.

Cuma masa tu ada lah rasa kagum dengan Alif. Yalah, dia pun muda lagi. Bukan semua orang sanggup jaga isteri sakit.

Tengah hari dia akan bawak isteri balik untuk makan. Dia yang masak, kemas rumah, apa semua. Kebetulan rumah diorang dekat juga lah. Jadi kejap-kejap dia akan balik rumah juga.

Baru-baru ni aku terjumpa Alif. Rasanya dah lama gila tak tahu perkembangan pasal dia.

Masa tu kat warung roti canai. Aku nampak dia dengan dua orang budak. Yang sulung tu lelaki, aku rasa umur dalam 9 ke 10 tahun kot.

Yang kedua perempuan. Dalam 2 tahun kot umur. Budak tu kecil sangat. Alif tu sabar je lah suap roti kat budak-budak tu.

Aku pergi lah tegur. Dia pun tak cam aku sangat. Tapi aku masih ingat dia. Rupanya isteri dia dah meninggal dah 3 tahun lebih.

Dan budak lelaki tu anak isteri dengan suami pertama. Alif ni kira kahwin dengan janda anak satu.

Lepas kahwin baru tahu isteri ada kanser. Masa tu isteri dia tengah mengandung.

Anak perempuan tu anak dia. Aku memang tak tahu dia ada anak. Sebab dulu katanya hantar mengasuh.

Dia sekarang ni jaga dua orang anak tu. Anak tiri dan anak dia sendiri.

Sampai sekarang tak kahwin lain. Dia kata susah nak cari orang yang boleh terima dia. Lagipun dia tak ada niat nak kahwin lain sebab dia kata dia ada tanggungjawab yang besar.

Hidup dia sekarang untuk anak-anak je, dia kata. Anak tiri tu pun rapat dengan dia. Dengan family belah ayah dia pun anak tiri dia tak nak pergi. Diorang pun tak nak ambil, dia kata.

Jadi Alif lah yang dok jaga sekarang. Dia kerja buat Grab sebab dia kata senang nak adjust masa.

Anak lelaki tu sekolah. Yang kecil tu belum lagi. Buat Grab bawak anak perempuan tu. Kesian sangat aku rasa.

Tapi dia kata ada juga dapat bantuan semua. Dia cakap nanti yang perempuan ni nak hantar ke tadika.

Nanti dah besar boleh tinggal kat rumah je sementara dia kerja. Lepas tu dia kata anak lelaki tu boleh harap.

Pandai buat kerja-kerja rumah, dia kata.

Aku tanya, family Alif tak tolong ke? Dia senyum kelat je.

Dia kata keluarga pun bukan semua nak ambil susah kita. Masalah kita, kita lah kena urus.

Dia kata nasib lah masa dengan isteri, diorang dapat rumah kerajaan. Isteri dia kan sakit, jadi cepat juga lah dapat bantuan.

Dia kata kurang lah sikit beban tu. Kalau kena sewa rumah, sakit juga dia kata.

Aku ada lah bagi duit sikit, tapi mati-mati dia tolak. Lepas tu aku paksa anak-anak dia ambil.

Anak perempuan dengan lelaki tu comel sangat. Dua-dua ikut muka mak.

Kesian tengok diorang ni. Tapi sangat respect dengan Alif. Sifat tanggungjawab dia sangat tinggi di usia yang sangat muda. Dia pun baru 30 lebih je.

Aku doakan semua yang terbaik untuk Alif.

– S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *