Lelaki Buluh Perindu Dimakan Usia

Assalamualaikum dan hai. Saya nak kongsikan kisah suka duka seorang sahabat bernama Mad (bukan nama sebenar). Seorang yang baik, jaga solat, suka tolong orang, hensem, kulit putih, muka ala-ala thailand campur arab.

Ketika sekolah menengah dia seorang yang pendiam, suka menyendiri dan tak ramai kawan. Disebabkan dia dari keluarga yang agak berharta, kawan dia selalu mendekatinya semata-mata ingin nikmati apa yang dia ada.

Tapi bila ada apa-apa program untuk keluar berkumpulan dia akan disisihkan. Tapi dia diam saja, tak terfikir nak berdendam.

Dia hensem, muka jambu dan cikgu gelar lelaki buluh perindu. Ramai pelajar minat terutama dari golongan pelajar skema. Kerana gaya dia juga skema, kemas dan cool tapi sukar didekati kerana aura ala-ala sasuke anime naruto.

Tapi dia selalu diburuk-burukklan oleh pelajar lelaki walaupun hanya duduk diam dan tak sibuk hal orang. Membuatkan orang lain turut menyampah dengan dia. Tapi dia diam saja. Kawan lelaki yang rapat dengan dia boleh kira dengan jari.

Begitula kisah dia dengan kawan sehinggalah meningkat dewasa, tetap sama tak berubah. Manusia yang kononnya bergelar kawan datang dan pergi hanya untuk mengambil madu dan berlalu pergi.

Tajuk lelaki buluh perindu tapi cerita pasal dia dan rakan macam tak kena kan? Hehe.

Inilah kisah hidup dia dengan makhluk Allah SWT bernama wanita. Seperti saya cakap dia hensem, sememangnya ramai peminat. Sejak dari sekolah menengah lagi. Dia tak pandai mengayat wanita dan tak minat ‘couple’ walaupun ramai yang cuba nak kenal.

Sehinggalah akhir tahun persekolahan jatuh cinta pandang pertama dengan pelajar baru yang saya gelar A. Seorang yang cantik dengan senyuman macam daiyan trisha.

Ramai lelaki cuba tapi Mad berjaya jadikan A kekasih dalam masa tak sampai seminggu walaupun tak pandai dalam hal wanita.

Tapi hubungan mereka mampu bertahan 2 tahun lebih saja disebabkan A ni cemburu buta dan selalu minta putus kalau merajuk.

Cemburu buta sebab Mad sambung belajar di IPTA dan kekasih Mad rasa tak selamat dan yakin ramai perempuan cuba mendekatinya. Memang betul pun, tapi Mad jenis setia.

Selepas itu, mad berkenalan dengan seorang pelajar lepasan SPM yang saya gelar B. B kerja part time di kiosk IPTA. Cantik sebab muka ala-ala cina. Tapi B hari pertama saja terus ajak ‘couple’ membuatkan Mad terus hilang minat.

Tapi yang kelakarnya, B ni dapat sambung belajar di IPTA yang sama dengan adik lelaki Mad dan mereka ‘couple’. Bila tahu kisah Mad dengan B sebelum ini, mungkin rasa tak selesa dan mereka putus.

Selepas habis belajar Mad dapat kerja biasa-biasa sahaja. Tapi rezeki Allah SWT Mad berjaya naik pangkat dan gaji dalam masa 6 bulan saja mungkin disebabkan syarikat baru.

Ketika ni Mad masih single, ramai yang cuba dekat, ada yang berkenan tapi terpaksa berpisah sebab jarak.

Akhirnya hadir seorang wanita yang telah mengubah hidup Mad selamanya yang saya gelar C. Seorang yang comel, manja dan cantik. Kenal di tempat kerja. Tak sampai seminggu kenal mereka terus ‘couple’.

Permulaannya bagus dan mereka bahagia. Mereka berkepit dari pagi sampai malam. Hanya tidur yang memisahkan mereka. Romantik kan?

Lama kelamaan Mad rasa tak patut selalu berkepit, tak manis dipandang lebih-lebih lagi C ni suka sangat ‘skinship’. Suka pegang-pegang.

Mad tak suka dan cakap lepas kawin la pegang-pegang tapi disebabkan C ni manja, dia akan merajuk. Ada juga menangis.

Mad cakap kalau begini baik putus tapi C menangis teresak-esak. Ada juga sampai nak bunuh diri. Mad buntu dan terpaksa mengalah dan ikut kehendaknya.

Akhirnya muncul sikap sebenar C, seorang yang sangat mengongkong. Kawal Mad setiap masa. Kalau perempuan lain tengok, dia terus marah. Pergi mana-mana kena bersama.

Mad rasa nak gila tapi tak boleh buat apa-apa kerana rasa kesian dan takut C buat apa-apa yang buruk. Mad mengalah dan cuba terima C dan ubah dia secara perlahan.

Bertahun-tahun mereka kenal dan banyak suka duka dilalui. Akhirnya mereka berkahwin dan Mad rasa gembira walaupun sikap cemburu buta C masih ada. Watsap Mad dia ‘spy’ guna watsap web. Seluruh gerak geri Mad dikawal.

Tak boleh cukur janggut, misai rambut sebab kena bagi nampak selekeh. Takut perempuan dekat. Tapi Mad redha saja kehendak isteri tu.

Pada suatu hari, Mad ada masalah di tempat kerja. Daripada pangkat manager terpaksa tukar kerja yang berpangkat rendah tapi gaji masih OK. Gaji Mad tak tinggi sangat. Cukup-cukup makan sahaja walaupun pangkat tinggi.

C juga kerja dan lama kelamaan gaji dia hampir melebihi Mad. C mula menunjukkan perubahan. Ibu bapa C tinggal bersama mereka dan kadang-kadang adik beradik C datang.

Mad selalu beli barang untuk kegunaan rumah tapi C bawa masuk ke dalam bilik dengan alasan nanti adiknya habiskan.

Mad juga selalu memasak untuk keluarga tapi tiba-tiba C cakap masak untuk diri sendiri saja dengan alasan keluarga tak makan nanti.

Mad jarang keluar dengan keluarga C sebab pernah keluar sebelum ni tapi keluarga C kurang suka. Jadi setiap kali nak keluar C akan cakap kat Mad duduk rumah saja tak apa.

Mad sentiasa fikir positif dengan C dan percaya C sepenuhnya. Jadi apa yang berubah? Sikap C sebelum ini ada niat yang tersembunyi.

Sekarang C selalu balik kerja lambat sehingga lewat malam. Akhirnya mereka bergaduh besar disebabkan Mad tegur C supaya siapkan diri betul-betul untuk solat.

Rupa-rupanya itulah yang ditunggu oleh C. Supaya mereka bergaduh. Keesokannya C pakai bergaya dan tak bagi Mad hantar pergi kerja.

Malam tu balik lagi lambat. Balik rumah Mad tegur dan C minta Mad ceraikan. Mad hairan dan cuba selidik yang berakhir dengan kecurangan. C curang dengan seorang lelaki yang berduit. Naik kereta dengan harga ratus ribu sedangkan Mad biasa-biasa saja.

Permulaannya keluarga C tak masuk campur sangat walaupun tinggal bersama. Akhirnya kesan daripada rancangan lama C membuahkan hasil.

Keluarga C fikir Mad kedekut, tak suka mereka dan pentingkan diri sebab tak memasak untuk mereka. Keluarga C mula bersubahat dan menyokong C curang. Sebab C tunjuk yang dia bahagia dengan lelaki lain dan Mad ni membuat dia menderita.

Keluarga Mad tahu tapi Mad terpaksa buat dirinya OK walaupun macam dibuli oleh keluarga C. Akhirnya mereka bercerai dan Mad ingin pindah rumah. Mad angkat semua barangnya seorang diri sambil keluarga C diselubungi gelak ketawa melihat TV dan telefon.

Rezeki daripada Allah SWT, selepas bercerai Mad dapat kerja bergaji lumayan. Masa tu C dengan rasa tak puas hati bagitahu Mad, “hidup mewah ke sekarang?” tapi Mad abaikan. Keluarga C pun mula tegur balik tapi melalui ahli keluarga Mad.

Mad mulai hidup baru tanpa mereka dan dia bersyukur kerana belum ada anak masa tu. Mad anggap itu adalah ujian Allah SWT kerana dia menjadi seorang yang cintakan masjid. Pernah sekali saya terdengar Mad menangis waktu pagi.

Saya ingatkan dia sedih akan nasib dia tapi rupanya menangis kerana tak sempat solat tahajjud, mengaji sebelum subuh dan pergi masjid sebelum azan subuh. Terjentik hati saya dan ada juga terasa malu.

Disebabkan kisah lampau, Mad lagi Berhati-hati dalam memilih pasangan. Seperti biasa ada ramai peminat. Tapi yang lain sekarang ialah Mad bergelar duda.

Perempuan menjauhi Mad bila tahu dia Duda. Ada juga bini orang dan janda ada anak yang cuba dekati Mad sebab tahu dia duda.

Ada juga anak dara yang baik terima Mad walaupun Duda. Perempuan tu terpikat sebab akhlak Mad. Sentiasa solat sunat dhuha sebelum mula bekerja dan selalu pergi masjid solat berjemaah zohor bila waktu makan tengahari. Tapi Mad takut sebab cara wanita itu bersosial.

Disebabkan kerja Mad, dia dapat kenal seorang wanita yang saya gelar D. D pada mulanya berminat untuk kenal Mad.

D bagi laman sosialnya untuk Mad ‘add friend’. Mad suka tengok D selalu ‘posting’ islamic. Tapi D berubah selepas tengok laman sosial Mad kerana kurang popular.

Mesti orang pelik yang dia hensem tapi tak popular di laman sosial. Memang ada sebab muka dia nampak biasa dalam gambar kalau ambil jarak jauh. Manakala D ada beribu follower tahap ‘public figure’ walaupun tak berapa cantik.

D ‘unfriend’ Mad secara tiba-tiba. Hal ini membuktikan bahawa ‘posting islamic’ tak menjadikan seseorang itu solehah.

Mad kenal lagi seorang wanita bekerjaya yang saya gelar E. Seorang yang pandai, matang, berpakaian ala-ala ustazah. E pun menunjukkan minat sebab Mad pun bekerjaya dan nampak alim. Tapi disebabkan nak selamat, Mad uji dulu E.

Mad buat cerita yang dia diberhentikan kerja tapi dah dapat kerja lain yang biasa-biasa sahaja. E cakap kerja apa-apa asalkan halal. Mad rasa gembira dan fikir dia lah orangnya.

Tapi rupa-rupanya E hanya pandai berkata-kata. Lama kelamaan E makin menjauh dan Mad disisihkan. Tapi Mad bersyukur dan fikir Allah SWT jaga dia.

Begitulah kehidupan Mad, dah ramai perempuan yang dia jumpa tapi ditinggalkan kerana pangkat, darjat, harta, status diri, populariti di laman sosial dan kerana umur yang dah semakin tua.

Sebab itu saya gelar dia Lelaki buluh perindu dimakan usia kerana sampai sekarang masih keseorangan dan kehenseman semakin pudar. Tapi dia tetap kelihatan bahagia kerana fikir Allah SWT sayang dan sentiasa senyum.

Saya pula tak tahu nak kesian atau tumpang gembira dengan dia. Disebabkan saya kawan baik dia dan kami saling tolong menolong antara satu sama lain.

Saya cuma harap urusan dia dipermudahkan, dimurahkan rezeki dan berjumpa dengan jodoh yang solehah.. Aamiin ya ROBBAL’ALAMIN.

– Han (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *