Disebabkan ramai lelaki diluar sana yang meminta ciri-ciri lelaki idaman, saya sebagai wakil wanita-wanita Malaysia membuat confession ini. Hehe.
Saya tak tengok drama ye, so takde la ciri-ciri macam heroku cinderella ke suamiku tukang kebun ke ok. Baik, straight to the point:
1. Solat lima waktu.
Ini adalah ciri paling penting untuk lelaki yang layak dijadikan suami. Tunjang utama dalam rumahtangga. Pernah dengar tak banyak kes cerai daripada pasangan yang tidak solat? Tak mintak banyak pun, solat kat masjid tiap waktu ke, solat sunat ke (bonus la kalau dapat), tapi solat wajib lima waktu je.
2. Setia.
Walaupun agak cliché, tapi tetap antara ciri-ciri idaman wanita ye. Lelaki setia yang tak berbalas mesej dengan wanita tanpa hal yang penting.
3. Memahami.
Dengan erti kata lain, lelaki yang faham ada kalanya wanita ni emosi tidak menentu. Kejap manja, kejap nak marah-marah. Selalunya adalah disebabkan hormon. Jadi bila anda menghadapi situasi ini, bukan nak kena faham wanita pun, tak payah. Sebabnya kami pun tak faham diri kami. Yang lelaki perlu buat adalah jangan cepat melenting. Jangan marah kami. Bawak pergi makan adalah idea yang bernas.
4. Rajin.
Rajin cari duit. Gaji tak banyak takpe yang penting rajin berusaha. Takdelah hidup goyang kaki, buat tahi mata je. Nanti dah kahwin, tak lepas tanggungjawab dok mengharapkan duit bini.
5. Penyayang.
Lelaki yg penyayang tidak akan pukul dan tinggikan suara pada wanita walau atas apa alasan sekalipun. Tak payah nak jadi mat bunga pun takpe. Tak semua lelaki boleh jadi romantik. Wanita pun bukan semua suka lelaki jiwang-jiwang. Yang penting lelaki yang penyayang.
Bagi saya sebagai seorang wanita, ini sahaja ciri-ciri penting lelaki idaman. Lima ciri inilah yang dapat membahagiakan seorang wanita dan membina keluarga sakinah mawaddah. Yang lain-lain tu bonus la kalau dapat tu, contoh: kaya, romantik, rajin kemas rumah, lipat baju, pandai masak. Tak dapat pun takpe hahah. Macam buat karangan sekolah.
Ada apa-apa penambahan, boleh tambah di komen tau. Sekian.
– Nadia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit