Lelaki dan Game

Assalamu’alaikum..

Saya nak merujuk susulan daripada confession Hamba “Game” coretan Miss F tentang tunang kawannya tu. Hamba game ni, istilah best sikit panggil lah “gamer tegar”. Panggil Hamba Game lagi bagus kot. Saya nak huraikan lagi tentang perangai hamba-hamba game ni.

Kebelakangan ni kita sedia maklum kan perangai lelaki-lelaki di Malaysia yang takde kualiti. Orang lelaki dulu keluar cari nafkah, cari ilmu, bersosial secara sihat; sementara kaum wanita duduk jaga rumah, jaga anak2. Sekarang wahhh mentang2 wanita pun sama2 cari nafkah, cari ilmu, lelaki pulak jadi kaki game kaki buang masa. Saya tak nafikan kebaikan game ada jugak. Selalu canang gamer ni pandai English sebab belajar kat game lah, lepastu ada lah jugak general knowledge berkait dengan genre game tu.. tapiiii kalau keburukan melebihi kebaikan, kan elok dijauhi? Jadi ingat kaki game ni boleh jadi pemimpin ke? Saya listkan kenapa.

1) Buang masa
Ya. Buang masa. Buang masa. BUANG MASA. Kita semua ada 24jam tapi hamba-hamba game ni buang masa 24jam dia menghadap skrin je. Kadang2 kalau kita cakap dengan dia, dia respon pun sambil tengok skrin. Orang sekeliling dia macam tak wujud. Kalau hamba game yang dah bekeluarga pulak, budak2 nak attention dia, dia respon tapi mata tengok skrin. Ye lah, sebab distract aktiviti game dia kan? Nak respon tengok anak pun pusing kejap la kepala 2 3 saat, sebab nak kena fokus game depan mata. Esok2 fikir sendiri la kenapa anak2 tak nak layan kita.

Kalau reti disiplin kan sendiri waktu untuk gunakan hobi game tu takpe jugak. Tapi rasanya bangun2 terus hadap game.. dan game jugak yang last dihadap sebelum tidur. Selalunya sampai lewat malam lah hadap game. Tidur lewat. Bila dah tidur lewat, rasanya ada tak hamba2 game ni bangun tahajjud? Ada.. dalam mimpi…… silap2 Subuh pun missed.

Ini termasuk la alasan dangkal berupa “at least kita main game je.. daripada pergi main kayu tiga” .. contohnya. Perlu ke saya ulas lagi? Kalau dah mentaliti macam tu paham2 saja lah lelaki jenis ini.

Jadi apa “isi” harian kita dapat bernafas ni bila hadap game je? Pandai2 lah bahagikan masa dengan real life keliling anda, bukannya dengan life palsu dalam skrin tu. Kejap, nak harap hamba2 game ni pandai urus masa ke? Memang tak lah. Mereka cuma akan pause kejap untuk makan (itupun kalau lapar sangatttt atau kalahhh ke apaaa) untuk ke jamban, dan kalau ada iman lagi tu akan pergi solat. Itu pun kalau solat on time lah.

2) Lalai
Macam ayat last di atas. Dah lalai nak hadap game, jadikan game nombor 1, mesti lah solat jatuh tangga ke 2. Ingat hamba2 game ni akan berhenti game dan solat TEPAT pada waktunya ke? Akan pause game dan wudhu siap2 turun ke masjid ke? Bagitahu saya kalau wujud spesis camni. Saya nak kira ada berapa lagi. Dah nak pupus kot. Atau memang dah pupus? Atau tak pernah wujud pun?

Bila dah lalai waktu solat, tak payah cakap lah lalai tang nak mengaji ke apa kan? Tapi puak ni jugak lah jenis sembang kencang kat media sosial. Jadi keyboard warriors pun biasanya kaum2 ini lah. Bila kena hadap real life, cepat pulak give up, putus asa, paling best jadi kaki menyalahkan orang lain. Mana tak nya.. kat game kan dah biasa kerja menyalahkan pemain2 lain dalam tu kalau lembap apa semua entah lah. Seterusnya apa lagi?

3) Mencarut
Dah kerja menyalahkan orang, maki hamun, panas baran, cepat give up (dalam hal urusan real life saja. kat game depa ni tak reti2 nak give up pulak), jadi muncul lah sifat suka mencarut. Dah biasa mencarut dalam game kan? Mostly semua jenis camtu. Konon2 cool. Dah lah susah nak mengaji, suka mencarut plak. Rasa dah normal sangat sampai rasanya bodoh tu pun is a word je, bukannya bad word. Tapi kalau chop orang lain bodoh tu is a word juga ke? Belum masuk kata2 lucah lain lagi. Nak dengar zikir pun jarang2, mengaji apatah lagi, bila selalu mencarut ni rasa bingit sangat telinga tau! Jangan terkejut kalau generasi anak2 nanti kecik2 dah mencarut. Belajar dari siapa? Ehhh bukan awak ke? Dah awak selalu mencarut, jadi habit, kadang2 tak perasan lah dah mencarut. Tak sayang mulut. Allah bagi nikmat sihat tapi taknak syukur; dalam erti gunakan untuk abdikan diri kita kepadaNya. Bukan abdikan diri kepada game.. hish saya pulak rasa nak mencarut. Sabar.. sabar..

4) Tak jaga mata
Yang ni saja saya highlight sebab; lelaki kan sukaaaaaa sangat remind kaum wanita ni (termasuk yang takde kaitan keluarga dengan mereka pun) suruh pakai tudung lah, tutup aurat lah.. baik.. saya mewakili kaum wanita ni nak ucapkan laaaa banyak-banyak terima kasihhhh sebab tegur kami. Kami pun nak nasihati kaum lelaki ni jugak. Ayat Quran tentang lower your gaze ni turunnya ditujukan pada kaum lelaki dulu. (Surah An-Nur; Ayat 30). Baru kaum wanita (Surah An-Nur: Ayat 31). Jadi lelaki, jagalah pandangan anda juga. Watak2 dalam game tu mana ada yang tutup aurat pun kan? Alahhhh karekter game je. Takpe. Kami pun nasihat menasihati jugak. Islam melarang umatnya cakap tak serupa bikin. Walk the talk okay? Seingat saya ada 2, 3 kali viral sang lelaki ni tegur perempuan tentang aurat tapi kantoi profil sendiri duk follow akaun lucah2, comment kat gambar perempuan2 seksi, hahaha.. gelak jap.. sambil geleng2 kepala.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (3)” – Surah As-Saff

Belum lagi rasa hebatnyaaa perempuan yang sama2 gamer. Lepastu nanti awak atau perempuan tu nak korbankan hobi game kalau dah kahwin nanti? Anak2 nanti siapa nak bagi perhatian? Tinggal kat orang gaji? Hm? Tanya je. Ohh tak plan pun nak kahwin dengan perempuan2 tu. Jadi sibuk sangat dengan perempuan gamer ni kenapa? Tanya jugak. Lelaki gamer dah ramai; boleh tukar2 pandangan dan hobi. Ini saja include perempuan sekali. Nampak sangat hidup ni cuma untuk main2 kan? Rujuk Surah Mukminun; Ayat 115. Kalau rajin lah. Rajin sangat bukak game.. takkan tak rajin nak selak Quran dan terjemah serta tafsirnya sekali kan?

5) Tanggungjawab
Bila dah lalai, urus masa entah ke mana, dah tentu tanggungjawab pun dipandang sepi. Dunia ni macam untuk dia sorang. Dan2 lagi jenis berlagak macam dia boss tapi kepimpinan sendiri sah2 ke laut, kalah kat game macam kalah judi, marah entah hapa, macamlah kumpul point/naik level tu boleh naik pahala jugak. Konon2 je main tembak2 naik spaceship entah hapa lah padahal in real life lari sikit dah mengah agaknya. Serabut sikit terus takleh nak setel urusan dengan tenang. Senang cerita macam kebudak-budakkan. Sedih kan ramai lelaki sekarang jadi camni?

Cukup lah takat ni point saya. Saya pun sedar diri ni sendiri ada silapnya jugak. Cuma itu lah; akhir zaman ni tak boleh nak harapkan sangat lelaki jadi peneraju dan pemimpin keluarga. Kadang2 kita yang perempuan ni kena mulakan, korbankan hobi sendiri, masa lapang sendiri (ada ke? lelaki ni banyak betul masa lapang kan?) dan yang tak patutnya sebut2 dah sebab kita nak ikhlaskan diri. Tapi kadang2 jadi geram lah sebab pengorbanan dah tentu dituntut daripada semua pihak. Terpaksa lah dengan lelaki ni kita kena cakap direct. Berkias atau diam2 ni bukannya mereka faham. Nak baca artikel panjang2 ni pun belum tentu. TLDR katanya.

“.. dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji).” – Al-An’aam: Ayat 70

Apapun saya percaya, kuasa doa, usaha orang2 sekeliling, dan kehendak hamba2 game tu sendiri kalau dapat hidayah dan seruan dariNya, pasti boleh berubah ke arah yang lebih baik. Tapi kena sendiri pun cari Allah lah.. Tak payah nak tunggu Dajjal sebenar muncul. Dalam rumah pun dah ada dah syaitan depan mata yang kita duk ikutttt je macam kena pukau.

GG.

– Mrs F

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit