Lelaki Dan Kejujuran

Assalamualaikum semua. Saya tertarik dengan confession tentang skandal kepada suami orang, (https://iiumc.com/dari-kekasih-kepada-skandal-suami-orang/).

Boleh baca artikel sebelum ini.

Sebagai pengenalan, saya Lis, berusia pertengahan 40an, berkahwin hampir 22 tahun dan mempunyai anak.

Berbalik kepada tajuk yang saya kongsikan, lelaki dan kejujuran. Sekarang ni boleh dikatakan agak panas tentang isu poligami.

Saya ingin kongsikan pengalaman diri saya sewaktu umur awal 20an. Saya telah berkenalan secara tidak sengaja dengan suami.

Waktu tu suami juga berstatus suami orang (saya tidak tahu akan statusnya waktu itu). Saya namakan dia Man.

Pada mulanya saya tidaklah berminat untuk berkawan dengan Man apatah lagi untuk berkahwin. Tapi Man adalah seorang yang tidak berputus asa.

Sedaya mungkin dia cuba dapatkan contact number saya. Waktu tu saya tidak memiliki handphone jadi kalau nak berhubung saya akan berikat no handphone rakan serumah.

Tapi saya akan pesan supaya hubungi pada waktu malam sebab kawan dah balik kerja.

Saya ada beberapa kali terserempak dengan Man tapi tidak lah memberikan apa2 respon pun jika dia cuba untuk berkenalan sebab pada pandangan saya waktu itu, Man bukanlah bujang (agakan saya).

Satu hari sewaktu nak balik rumah, saya terpaksa bertanya orang tentang no bas yang akan menuju ke kotaraya. Saya tidak mahu tersilap naik bas yang akan menyebabukan saya terlewat sampai rumah.

Jadi dengan keadaan yang terpaksa saya bertanya kpd rakan Man (rakan Man saya dah kenal lama tapi tak biasa sembang) tentang no bas yang perlu saya naik. Waktu tu lah rakan Man mintak no tel saya sebab katanya senang nak contact nanti.

Saya dengan rasa berat hati bagi lah jugak no tel kawan dan pesan siap2 kalau takde apa yang penting jgn call sebab saya tak nak ganggu kawan. Man cuba dapatkan jugak no tel tu tapi saya hanya tersenyum saja dengan alasan saya takde hp.

Lepas saja saya dapat maklumat tentang bas, saya terus bergerak ke bus stop. Selepas 3 ke 4 hari kemudian rakan serumah bagi tau ada orang call nak bercakap dengan saya.

Rakan mintak orang tu call balik lepas dia balik keje dalam jam 8 malam. Waktu tu tiba2 saja dada saya berdebar2. Tidak tahu apa puncanya.

Tepat waktu seperti rakan saya maklumkan, saya terima panggilan dari Man (waktu ni terkejut sebab seingat saya tak pernah bagi pun no tel)

Mulanya saya tidak perasan siapa yang call tapi lepas dia memberikan bayangan barulah saya dapat tangkap.

Beberapa kali jugak Man cuba untuk ajak keluar dengan alasan hanya keluar makan aje. Saya sentiasa memberi alasan dan alasan.

Bila rakan serumah tahu tentang pelawaan Man, rakan memberikan cadangan untuk saya terima pelawaan. Jadi saya pun bersetuju untuk keluar itu pun adalah beberapa kali dia kena scam hahaha. (bukan saje2 nak scam, last minute ada je hal)

Sampai lah kali ke 3 baru lah kami keluar. Waktu tu saya merasa Man agak berumur dan sudah semestinya dia suami orang, tapi semua tu hanya hati saya yang berkata2.

Saya cuba bagi jarak supaya tidak terlalu selesa jadi saya panggil dengan nama formal En Man, walaupun dia bahasakan dirinya abang.

Kebetulan waktu jumpa tu dah masuk waktu maghrib jadi dia ajak solat di masjid (masa ni rasa wahhh bagus nya dia) selesai solat, kami pergi makan. Lps makan terus dia hantar balik.

Esokan ya Man ajak keluar lagi (dalam hati ini dah lebih) saya menolak dengan alasan byk kerja yang perlu dibuat. Tapikan seperti yang saya maklumkan sebelum ini Man bukan jenis orang yang putus asa.

Lepas beberapa hari dia cuba ajak keluar lagi, saya pun bersetuju untuk keluar. Pada waktu itu lah dia ceritakan segalanya tentang status diri, keluarga dan pekerjaan.

Masa ni makanan yang masuk dalam mulut pun macam dah tak boleh nak telan.

Man bagi tahu yang dia berstatus suami orang dan dalam proses berpisah, ada anak 2 orang, kerja sebagai penjawat awam dan buat part time di kedai makan (tempat saya jumpa tu di food court).

Dia bagi tahu yang isteri nya takde masalah tapi keluarga isteri yang bermasalah, sentiasa mencari salah dia. Dia dah tak sanggup berada dalam keluarga toksik.

Biasa lelaki mati2 tak ngaku dah kahwin yang dia ni seperti transparent. Masa tu rasa macam nak lari pun ada, sudahnya makanan tu terbiar macam tu aje.

Dia mintak maaf sebab ceritakan tentang hidupnya cuma katanya dia tak nak menipu dan dia tertarik dengan saya.

Selepas saja sesi luahan malam itu saya ada lah mengelak tapi itu lah kalau dah dikatakan jodoh, asam di darat garam di laut boleh bertemu.

Saya terus ringkaskan selepas setahun berkenaan, saya kenal dengan anak2 nya dan dia jumpa dengan keluarga saya serta nyatakan hasratnya kami pun berkahwin.

Dalam waktu berkawan tu saya ada beberapa kali mintak putus sebab tak nak anak2 nya kehilangan sebuah keluarga tapi Man kata walaupun tanpa Kehadiran saya kehidupan dia dan isteri tidak dapat diselamatkan lagi.

Pada awal perkahwinan agak kekok bila tiba2 menjadi ibu segera lagi awkward bila anak tiri hampir sebaya. Tapi alhamdulillah semuanya nampak OK dengan aturan yang suami buat.

Saya masih boleh pergi ke rumah bekas isterinya jika ada apa2 masalah tentang anak2 @ untuk hantar kiriman barang jika suami tak dapat hantar.

Bekas isteri pun memang baik seperti yang suami katakan cuma umur nya tak panjang lebih kurang 6 tahun lepas kami kahwin dia meninggal tiba2 selepas demam.

Tugasan yang setiap tahun yang saya perlu lakukan adalah belikan barang2 persiapan raya untuk anak2 tiri. Saya akan jemput dan hantar cuma anak2 akan mintak turunkan jauh dari rumah mereka bila ada sedara mara yang datang ke rumah.

Saya faham dan ikut cara mereka. Bila nak raya saya akan siapkan beberapa jenis kueh mueh untuk diberikan.

Kadang2 mereka yang request nak kuih apa dan nak makcik masak apa. Saya OK aje.

Cuma sekarang ni suami selalu cakap yang saya cuba nak tunjuk anak2 tu baik kat dia (Haha, macam dah terbalik, anak sape ni)

Kini dah 22 tahun kahwin, alhamdulillah tiada adegan tarik2 rambut, adegan perang mulut buat masa sekarang tapi apapun mak tiri tak akan jadi mak sendiri.

Kami baik2 je, cuma biasalah bila dengar2 cakap orang tu adalah rasa terkesan di hati anak2.

Anak2 tiri pun dah kahwin dan ada anak, sekarang ni mereka faham serba sedikit apa yang ayah dia rasa dulu.

Anak2 saya pun baik dengan abang dan kakak dia orang. Bila jumpa saja dengan abang dan kakak dia orang, mesti sibuk nak jaga anak buah tapi anak buah panggil dia orang kakak sebab umur pun dekat2.

Apapun yang ingin saya katakan disini adalah kejujuran. Jika seorang lelaki itu betul2 jujur insya Allah tidak akan timbul isu yang besar.

Isu penolakan akan berlaku tapi jika kedua2 pihak ikhlas, semuanya dapat dilalui dengan aman. Dan seorang lelaki yang bergelar bapa perlu lah amanah juga pada anak2 nya.

Amanah memberikan nafkah zahir (duit) dan batin (kasih sayang). Apapun saya harap semua perempuan yang ingin menjadi isteri seterusnya perlu kuat dan tambah hatinya.

Walaupun tidak berkongsi suami anda tetap perlu berkongsi selamanya dengan anak2. Jangan lupa mintak pertunjuk dari Allah untuk membuat keputusan.

Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum.

– Lis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *