Lelaki Dibelakang Kejayaan Seorang Wanita

Assalamualaikum.. Moga admin approve confession ni. Aku cuma nak share tentang bagaimana suami aku support aku, daripada zero, sehingga mencapai apa yang kami ada sekarang. Belum berjaya, tapi Alhamdulillah selesa.

Masa aku single, aku boleh kata ada rupa, kurus, suka dress up. Ada yang minat, tapi macam biasa la. Yang aku nak, taknak aku. Yang aku taknak, nak kat aku.

Tuhan hantar suami aku tepat pada masanya. Ketika aku dah betul2 let go lelaki yang aku suka, dan ketika suami tengah betul2 menghargai hidup single lepas putus tunang dengan gf sejak sekolah dia. Ex aku sampai sekarang belum kahwin, ada ujian hidup dia.

Ex husband dah selamat pun jumpa lelaki yang menepati ciri2 dia nak. Pendek kata, walaupun banyak air mata in the middle, yet in the end, semua orang dapat apa yang diinginkan. Aku doakan ex aku pun akan dimudahkan urusan dia nanti.

Satu perkara tentang diri aku, aku tak complain tentang suami aku. Ok tentang perangai tak menolong ke apa tu biasa la awal2 kahwin. Tapi dari segi macam mana dia spend duit, spend masa, aku sangat memahami. Dia suka spend duit dekat hobi dia. Takpe aku tak marah.

Dia suka lepak dengan kawan2 dia, aku ikut kalau aku nak ikut. Bila kawan2 suami aku bercerita wife tak bagi beli ni, tak bagi beli tu, husband aku takde masalah macam tu.

Mungkin sebab tu husband aku pun sangat supportive dengan apa yang aku buat. Aku buat business part time, husband aku tolong cari barang, teman, tolong outsource, tolong keluar modal, dan macam2 lagi.

Satu masa, lepas ada anak, aku mula fokus dengan business part time aku. Aku ambil komitmen serendah-rendahnya. Kalau dulu aku suka dress up, sekarang aku pakai t-shirt je. Dulu makeup beratus, sekarang miyami je. Tu pun still mahal aku rasa.

Penampilan makin tak cantik. Kawan2 sekerja pun pelik tengok aku. Masuk office siapkan kerja je, tak bergaul sangat. Waktu lunch aku focus planning business. Balik kerja aku siapkan urusan rumah dan anak, sambung buat kerja business sampai tgh malam. Suami macam biasa, tolong mana boleh tolong.

Tapi mungkin ada yang aku mengelat, ada rezeki tak berkat. Daripada gaji RM3000 hingga naik ke RM5000, daripada business income RM 300 hingga RM 5000, duit tak pernah cukup.

Ada masa aku mula ada simptom2 stress melampau. Aku nampak potensi business aku. Dalam masa yang sama aku tak boleh nak let go gaji sedia ada. Komitmen rumah aku kongsi dengan suami.

So aku taknak kacau kestabilan financial kami masa tu. Aku pun bagi parent duit bulanan. Tolong settle hutang atau hulur wang kalau diperlukan. Suami suruh simpan duit sebelum resign. Tapi tak pernah dapat simpan. Macam aku cakap tadi, ada tempat tak berkat la tu.

Setahun aku dalam dilema. Aku pertikaikan kenapa aku kena kerja sedangkan suami aku patut tanggung aku.

Kalau kita back to responsibility, mesti aku takde masalah macam ni. Kalau dia memang spend semua duit gaji untuk famili, aku memang takyah kerja pun actually. Boleh la aku buat business dengan senang hati.

Aku mula tak redha dengan suami. Aku ingat lagi, that was my worst year berperang dengan diri sendiri. Dalam aku nak resign, aku perlukan izin suami.

Aku fikir kalau aku belakangkan dia dalam hal ni, business aku takkan menjadi pun nanti. Lagi haru. Takde kerja, business pun tak jana duit.

Then something happens, yang memerlukan aku duduk rumah seminggu. 7 hari yang membuka mata aku.

Aku tenang sangat2 seminggu tu. Dan aku dapat jaga anak aku 24/7. Kalau tak, anak aku tu pagi2 pergi taska menangis je keje. Mak-mak confirm faham perasaan aku kan. Bapak-bapak lain. Diorang hati kering.

Aku dapat kemas rumah. Masak. Buat kerja business aku tu. Ada banyak masa sangat2. Yang paling penting, mental aku stabil.

So bila aku naik kerja, aku jumpa bos aku, cakap nak resign.

2-3 bulan lepas aku resign, baru suami aku tau. Macam mana aku sorok, ada la cara. Aku taknak ajar benda membelakangkan suami ni. Tapi dalam situasi aku, aku kena selfish sebab kestabilan mental aku lebih penting untuk perkahwinan aku.

Masa aku stress, aku pertikaikan banyak tentang suami aku, aku jadi tak redha, aku jadi kurang ajar, masam muka, aku buat hidup suami macam hell.

Lepas resign, aku jadi sebaik2 isteri. Aku happy. Takde gaduh dah. Husband balik seronok aku dan anak sambut depan pintu. Aku resign masa aku takde duit tau. Tapi alhamdulillah rezeki ada setiap bulan.

Daripada 4 angka masa awal2 resign. Dah setahun lebih kekal 5 angka sampai sekarang alhamdulillah. Ada masa reach 40k sebulan. Dari segi sales kami je la. Untung dia sikit je, hehe.

Jangan risau. Bukan MLM. Bukan produk sampah. Bukan makanan kesihatan. Bukan benda yang memudaratkan pun. Takde dropship, takde agent, buat sendiri semuanya.

Ada masa sibuk yakmat. Ada masa spend sahaja seharian dengan keluarga. Macam mana aku dapat buat? Semua sebab suami aku.

Aku tak masak. Suami tapau kan.

Aku masak. Suami kemas kan.

Aku kerja. Suami jaga anak.

Aku sapu. Suami mop.

Aku basuh baju. Suami sidai, angkat, lipat.

Aku takde duit. Suami bagi pinjam.

Aku tak bayar. Suami tak tuntut. Dia remind je, hehe.

Give and take.

Bila ada confession kat iium ni. Jangan manjakan suami. Jangan rajakan suami. Biasakan suami buat kerja rumah. Tak perlu la kecam. Ambil yang baik. Yang lelaki jangan triggered.

Sebaik mana ayah kau layan mak kau, macam tu la kau kena layan isteri kau. Jangan dok mengadap macam mana mak kau layan ayah kau tau. Nanti kau pun dok mengharap dapat treatment sama dr isteri kau. Before you expect something, give something first.

Maksudnya, tengok macam mana ayah kau layan mak kau. Your wife deserves it too. Insyaallah lepas tu layanan isteri pun akan sama atau lebih baik lagi.

Kalau dah biasa ayah kau dirajakan kat rumah, pandang mak kau pulak. Tengok penat tak hidup dia seharian. Nak ke wife kau hidup macam tu.

Kalau kau pun memang jenis diputerakan kat rumah, I rest my case.

Aku bukan nak condemn lelaki. Masa awal2 kahwin, suami aku tak angkat jari pun. Semua aku buat. Mula2 memang la rasa macam isteri mithali. Lepas ada anak, sikit lagi nak derhaka dengan perangai suami tak menolong.

Hakikatnya sekarang, suami layan aku macam permaisuri. Husband aku punya kesabaran yang mendidik dan mematangkan aku.

Aku tak kemas rumah. Husband balik kerja, dia tolong kemaskan. Dia faham aku bekerja sambil jaga anak kat rumah. Dia faham aku bekerja dan contribute to our family financial. So husband aku tak pernah demand aku kena masak atau keadaan rumah kena tiptop.

Sepanjang PKP, kami tak perlu risau anak nak hantar mana, sebab memang aku jaga kat rumah pun. Tapi tu lah. Sales masa PKP lain macam. Husband aku pun mula adapt dengan kesibukan aku.

Pendek kata, suami aku banyak berkorban. Tapi on the other hand, aku pun banyak sacrifice. As I said, give and take.

Perempuan paling malang ialah Perempuan yang salah memilih suami. And it goes the other way round. Lelaki salah pilih isteri pun sama je malang.

Apa yang aku nak tekan kan kat sini:-

Buat sama-sama. Kalau suami selesa tanggung semua financial, enjoy it. Kalau korang selesa tanggung financial sama2, do it in such a way suami isteri redha. Sebab keredhaan tu kunci bahagia. Kunci murah rezeki.

Mintak nafkah walaupun sedikit. Lepas minta nafkah, aku perasan rezeki suami dimudahkan. Minta dibelanja makan minum sekali sekala, barang keperluan. Dengan niat bersihkan rezeki suami.

Sebab memang berlambak lelaki kat Malaysia ni tak bagi isteri nafkah. Diorang ingat dah bagi makan minum tempat tinggal setel dah tu. Bukan lelaki taknak bagi. Cuma kadang2 diorg tak tau kena bagi.

Jangan berkira. Suami dan isteri adalah orang yang paling rapat to each other selain ibu bapa, and deserve the best treatment. Kalau dengan kawan boleh tak berkira, apatah lagi towards husband and wife.

Support each other. Selagi tanggung jawab ditunaikan, benda remeh temeh tutup la mata. Husband suka modify kereta. Wife suka beg mahal. Kasi la can. Tapi kalau nak beli susu anak pun tak mampu, jangan nak mengada. Kang Syed Azmi marah.

Bagi duit kat mak ayah. Adik beradik yang memerlukan. Honestly, that’s the easiest way untuk buka pintu rezeki.

Kat Maybank favourite kan satu akaun yang boleh bagi derma. Everyday masukkan hatta seringgit pun.

Ada orang bgtau. Duit dalam bank tu tak semestinya duit kita. Tapi duit yang kita dermakan tu dah confirm kita punya. Masuk tabung kat akhirat. Everytime aku derma anything, aku niatkan nak simpan kat bank kat sana.

Solat, quran, doa, surah2 yang orang selalu share tu, amalkan.

Last sekali, be humble. Biar orang nampak kau pakai selipar tapi kau hati senang. Daripada pakai BMW tapi sekali masuk bengkel tak keluar dah sebab takde duit nak bayar.

– Alaska (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *