Selama ini aku ialah pembaca setia kepada setiap luahan isteri yang suami kuat main game sampai lupa anak bini, suami lebihkan kawan-kawan,
Dan akhirnya aku pun hadapi masalah yang sama di mana bakal suami aku diganggu oleh ‘kawan lelakinya’ setiap hari.
Pertama sekali biar aku kenalkan diri aku, nama aku Lin umur 33 tahun, andartu yang akan melangsungkan perkahwinan bersama duda anak dua tak lama lagi.
Aku berkenalan dengan bakal suami aku di sebuah apps podcast dan akhirnya kami bersetuju untuk bertunang pada bulan Disember ini dan mendirikan rumah tangga pada hari raya tahun depan.
Masalah yang aku hadapi ialah bakal suami aku, aku namakan X sering diganggu oleh kawannya yang berumur 20an (X hampir berumur 40 tahun).
X mula berkecipung dalam apps S sejak PKP dan pada waktu yang sama X baru sahaja melalui detik luka dalam hidup iaitu episod penceraian bersama bekas isterinya.
Anak-anak keduanya berada di bawah jagaan X. Aku rasa aku tak perlu nak bercerita lanjut tentang episod duka itu, rasanya semua boleh agak apa yang berlaku.
Rata-rata mereka yang ‘berpeleseran’ di dalam apps G ialah mereka yang daripada golongan 20an. Dan terdapat juga yang sudah berumah tangga jadikan platform tersebut sebagai tempat mencari scandal.
Dalam hal ini, apa yang berlaku sama ada yang ditipu atau yang menipu akan terjerat dalam hubungan percintaan alam maya.
Aku bercakap seperti ini sebab ramai yang bercinta di atas talian tetapi tidak berjumpa di realiti pun.
Dalam kes aku, X diganggu oleh kawan kumpulan dia yang tidak memahami X tersebut punyai komitmen lain untuk diuruskan.
Bak keluhan semua para isteri dan wanita yang makan hati dengan perangai lelaki masing-masing, aku merasakan yang hari ini aku merasai seperti apa yang kalian rasai.
Gangguan itu tak putus-putus daripada kawan-kawan yang kononnya rindu nak bersembang (sehigga tengah malam), main game bersama dan lain-lain lagi.
Hello? Korang bujang yang tiada komitmen anak-anak dan ada daripada kalian yang tidak bekerja pun. Siang malam pagi petang jadi penghuni tetap apps S, apps Q, apps Z memanglah boleh.
Tolong faham bakal suami aku yang ada komitmen nak masak bekal anak pegi sekolah, komitmen dia yang nak uruskan rumah, komitmen dia yang nak ajar anak buat kerja sekolah, komitmen dia nak basuh dapur dan macam-macam lagi.
Semua tu takkan berlaku kalau kawan tidak berhenti mengajak buang masa sehingga terabaikan hal penting.
Aku di tuduh queen control oleh ‘adik-adik’ tersebut. Kita bukan di fasa umur yang sama yang punya komitmen yang sama!
Bila aku katakan 20 an bukan berumur 28 tetapi berumur 23 hingga 25 yang ganggu bakal suami aku setiap hari.
Macam mana aku tahu, aku selalu check phone X dan X sendiri cakap mereka sentiasa mengajak dia ‘berpeleseran’.
Ya, salah X juga tetapi masalah yang dihadapi oleh semua perempuan bila si kawan lelaki mengajak dan tidak memahami BATAS-BATAS orang yang sudah ada anak dengan orang hidup membujang tang-tang-tang.
Kini, dengan setiap episod pergaduhan disebabkan gangguan daripada LELAKI ke atas ‘LELAKI aku’, aku mula rasa tawar hati dengan perkahwinan (Allahu semoga hati ini Allah bimbing untuk bertahan).
Bagi pembaca LELAKI semua yang bujang yang rasakan hidup lonely aku nasihatkan carilah hobi untuk mengisi masa lapang masing-masing. Letak batas antara kamu dengan kawan dan fahami komitmen kawan-kawan yang lain.
Terokai hobi baru, contohnya berbasikal di lorong basikal ke, belajar tentang teori konsprasi ke, atau belajar dan mencuba seribu macam resepi yang ada di FB.
Dalam hidup ini semua orang akan melalui satu proses yang sama iaitu berkahwin dan komitmen dalam perkahwinan.
Mungkin kalian berjodoh lewat seperti aku, maka aku faham perasaan lonely itu. Isilah masa lapang tersebut dengan mencuba segala macam benda baru.
Jangan di’ganggu’ kawan yang punyai banyak komitmen dalam hidup. Aku harap luahan aku ini ‘didengari’ oleh ‘penganggu’ suami kalian yang lain-lain.
Semoga mereka terbuka pintu hati untuk menghormati HAK-HAK mereka yang terabai (anak-anak dan isteri-isteri) terlibat.
Titik.
– Lin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit