Untuk part I, (https://iiumc.com/lelaki-hebat/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/lelaki-hebat-ii/).
Assalamualaikum. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Sebelum ni aku ada confess dalam lelaki hebat I dan lelaki hebat II.
Untuk kali ni mungkin panjang sikit confession untuk aku ceritakan semua apa yang jadi. Aku terbuka terima semua kecaman. Kalau ada yang cakap aku bodoh sebab tak angkat kaki pun aku terima.
Selepas daripada percubaan aku untuk keluar ke rumah sewa tak berjaya, aku balik ke rumah keluarga aku. Time ni aku dah nekad kalau cerai pun cerai lah. Aku dah tak tahan tinggal rumah mertua. Tak lama selepas itu, suami datang ke rumah, bawa aku keluar dan bincang.
Sepanjang aku balik ke rumah aku, memang aku langsung tak contact dan memang aku tak angkat call atau balas mesej dia. Bagi aku dah cukup sakit apa dia buat kat aku.
Selepas berbincang, dia setuju untuk keluar daripada rumah mertua. Dia minta aku balik dulu ke rumah mertua. Bagi masa untuk dia siapkan apa yang patut sebelum dia bawak aku keluar dari rumah mertua.
Boleh bayang tak, aku nak masuk balik rumah tu? Rumah yang buat aku sakit jiwa macam nak gila.
Tapi tak apa, aku terima. Aku balik ambik masa tenang-tenang dan pack up barang aku dan anak untuk balik ke rumah mertua. Aku balik buat biasa macam tak ada apa berlaku. Bermula rutin pergi kerja balik kerja. Then satu pagi tu lepas subuh aku tergerak hati nak cek phone dia.
Aku tak tahu password, jadi aku unlock guna fingerprint. Aku cek satu-satu. Sampai ke gallery. Gallery pun ada password. Scroll sampai terjumpa gambar dia dengan seorang perempuan. Ini beginning untuk aku jadi sakit jiwa.
Aku hantar gambar tu ke phone aku. Sampai tempat kerja aku mesej dia tanya siapa perempuan tu. Tak di balas. Sampai aku ambik cuti untuk balik dan tanya. Sampai rumah aku tanya dia, dan tunjuk gambar, dia diam. Aku tak tahu nak cakap perasaan tu.
Aku cut story short, suami aku pernah keluar dengan perempuan tu, belikan hadiah untuk dia. Tapi,cakap kat aku kawan. Aku mengamuk. Disebabkan hal ini dia tak dapat mengelak untuk cepat-cepat keluar dari rumah mertua. Sebab aku dah tak mampu nak pura-pura okey.
Bila dah berpindah. Aku masih terkenang apa dia buat. Walaupun dia cakap sekali sahaja dia keluar, masa aku menaip ni pun tak hilang rasa sakit. Aku cuba untuk lupakan semua dan maafkan dia. Sebab dia pun pujuk dan memang dia nak aku. Bukan perempuan tu.
Sampai satu hari aku nekad. Aku himpunkan semua barang-barang aku. Aku nak cerai. Aku dah tak fikir malu, anak atau apa saja. Aku rasa aku dah tak boleh bertahan. Aku simpan rumah, aku sediakan makan untuk kali terakhir.
Last sebelum aku keluar, dia balik ke rumah. Aku salam minta maaf, aku cakap aku dah tak boleh hidup dengan dia. Apa dia buat terlalu sakit untuk aku.
Serentak dengan tu dia tanya, sanggup tinggal dia? Dah tak sayang dia? Tak kesian dia? Dia cakap dia dah tak buat semua tu, ambik telefon cek semua. Dia dah delete semua. Dia peluk dan dia menangis.
Dia cakap tak sangka sampai macam ni jadinya. Kalau dia tahu dari awal, memang dia tak buat. Dia ambik kunci kereta simpan. Dia tak bagi aku ke mana-mana. Tak mungkin cerai. Dia akan buat segalanya untuk pujuk aku balik.
Aku terima. Aku bagi peluang. Walaupun aku menangis siang malam. Aku mesej perempuan tu, dan dia pun cakap hanya kawan. Dia pun dah ada boyfriend. Well, aku masih lagi mesej perempuan tu sekarang. As friend. I don’t know why.
Even sekarang pun aku update tanya kot suami aku ada mesej dia lagi. Dah tak ada dia cakap. Number phone dia pun dah di delete. Sebab dah tak ada gambar. Entah. Tak tahu betul atau tak.
Sikit demi sikit aku pujuk diri. Aku list kelebihan-kelebihan yang dia ada. Antaranya, boleh urus anak total. Dari mandi, basuh berak, pakai baju, buat susu, tidurkan anak, bagi makan.
Dari segi duit tak pernah berkira. Aku nak apa semua dia belikan. Hantar link saja nak apa. Sebut nak makan apa dia carikan. Duit tak perlu diminta, memang sentiasa diberi.
Selain itu, dia juga banyak bersabar dengan aku. Berapa kali aku mengamuk, baling barang, pukul dia. Dia sabar.
Tak cukup dengan tu aku mesej dia dengan karangan yang cukup pedih. Yang aku sendiri tak sanggup baca sebab rasa aku kurang ajar sangat. Instead of marah, dia akan balik, mintak maaf dan pujuk aku.
Aku tak tahu jika perkahwinan aku dan dia boleh bertahan. Kadang aku overthinking, kadang aku insecure. Takut dia buat lagi. Tapi, terus terang aku cakap, aku menyimpan sekarang. Jika sekali lagi dia curang, aku tak teragak-agak untuk minta cerai.
Jika sekali mungkin kesilapan. Tapi jika berkali-kali itu pilihan. Dulu aku rajin cek phone dia. Aku insecure. Tapi sekarang aku dah tak cek. Jika ada dia berlaku curang. Allah akan tunjuk. Aku perlukan ketenangan jiwa yang dah lama hilang.
Pengajaran buat aku, sayang suami berpada-pada. Dekatkan diri pada Allah yang kekal selamanya
Terima kasih sudi membaca. Saya terima kecaman anda dengan hati terbuka.
– S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit