Lelaki Itu

Assalamualaikum, aku Eva (bukan nama sebenar) perempuan, berumur awal 30an. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.

Cukuplah pengenalan tentang diri aku. Tujuan aku menulis ni sebab sekarang tengah viral tentang pedo. Aku nak ceritakan dark side aku pulak yang kene grooming oleh seorang yang sangat² rapat ya, seawal umur 9 tahun.

Cuba teka, siapa orang yang grooming aku? Orang yang sepatutnya melindungi aku, menyayangi aku tapi dia jugak lah yang menghancurkan hidup aku.

Yes, bapak aku sendiri. Bapak kandung ya, seorang pegawai polis yang dihormati, yang mengajar mengaji, serba tahu pasal agama.

Siapa yang nak percaya cakap budak kecik kalau aku mengadu pasal ni? Dari kecik ya bapak aku sentuh² dada aku, siap gentel² lagi n*ppl* aku. Perbuatan tu sering bapak aku lakukan ketika aku berselisih jalan tepi bapak aku.

Aku sangkakan perbuatan bapak aku tu tanda kasih sayang bapak kat aku. Ye lah, budak mana yang tak suka bapaknya bagi perhatian lebih.

Sampai satu masa, aku takut selisih dengan bapak kandung aku dalam rumah sendiri.

Rumah yang sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat, akhirnya jadi seperti neraka bagi anak sekecil itu.  Ingat lagi sewaktu ibu aku dalam pantang, aku tak mandi lagi masa tu. Bapak aku siap offer nak mandikan aku ya.

Aku ketakutan tapi masih berani cakap, tak pe, biar aku mandi sendri.

Fast forward, selama aku digrooming oleh bapak sendri aku mendiamkan diri. Sampailah saat ibu bapak aku bercerai barulah aku berani cerita kat ibu aku. Ibu aku bercerita pula dengan pakcik aku.

Pakcik aku siap cakap, ko jangan buat cerita sebab nak buruk²kan bapak sendiri. Allah, luluh nya rasa bila dituduh macam tu. Nasib baik ibu aku percaya.

Nak dijadikan cerita, ibu dan bapak aku bercerai masa umur aku tingkatan 4. Aku stay dengan bapak aku sebab masih lagi ingin bersekolah di sekolah yang sama.

Kakak dan abang aku semua sudah berkahwin dan ada yang tengah sambung belajar. Adik² aku duduk asrama dan di bawah jagaan ibu aku.

Selama bapak aku menduda, pernah bapak aku bawak balik perempuan ke rumah senyap². Dan menyebabkan aku dalam keadaan stress, dan tak pergi sekolah selama tingkatan 5. Nak buat aduan, takut nama baik bapak terjejas. Berlaku di perumahan kuarters polis plak tu.

Dalam masa aku duduk dengan bapak aku, pernah bapak bukak pintu bilik aku walaupon aku sudah kunci pintu. Pastu buat² tanya, kenapa kunci pintu.

Pernah bapak suruh aku urut kaki dia lepastu dia pelok erat badan aku n lock kaki aku menggunakan kaki dia. Aku guna kudrat perempuan yang tak seberapa n berusaha lepaskan diri. Aku masuk n kunci pintu bilik.

Aku rasa agak selamat bila bapak aku berkahwin lain dan stay di rumah lain, tapi masih lagi balik ke rumah yang aku duduk. At least aku ada waktu² tertentu untuk rasa selamat.

Tapi jodoh dengan wife baru tak panjang. Dan bapak stay sekali dengan aku di rumah kuarters polis tu.

Walaupon tak pergi sekolah selama aku tingktan 5, tapi aku pergi juga ambil exam SPM tanpa belajar. Alhamdulillah, result SPM aku lulus dengan 5 credit.

Ada 2 pilihan, sama ada aku kahwin ataupon sambung belajar untuk aku keluar dari rumah neraka ni. N aku decide untuk sambung belajar.

Kesan dari perbuatan bapak aku tu, sampai sekarang aku masih takut dan nak cepat² game over bila berhubungan dengan suami aku. Aku tak pernah rasa nikmat bila berhubungan. N aku tak suka sentuhan dari suami aku. Aku takut, aku trauma.

Pada awal perkahwinan, pernah ya aku kemas rumah sampai lewat malam sebab takut suami aku  minta di layan. Hampir setiap malam aku busykan diri kemas rumah. Kesian suami aku. Sampai suami aku cakap boleh kira dengan jari kami berhubungan.

Aku pon berterus terang dengan suami tentang trauma aku ni, Alhamdulillah suami faham keadaan aku.

Walaupon begitu, kami suami isteri masih lagi menghormati bapak. Bersembang n berlakuan seperti biasa seolah² bapak tak pernah buat apa² dekat aku.

Bila balik kampung, kami bergurau senda seperti biasa. Bapak aku baik sebenarnya, kelakar tapi tulah…. sebabkan tak dapat kawal nafsu, masa depan anak kandung dia hancur.

Sekarang bila dengar ada kes haruan makan anak, pedo, rogol, aku tak dapat kawal diri dari memaki pelaku. Terus aku teringat perbuatan bapak aku, n aku menyumpah² semua pelaku termasuk bapak aku. Dan aku tak boleh langsung tengok cerita ‘keluarga itu’.

Pernah aku tertengok cerita tu semasa di rumah mertua aku semasa scene iman r*g*l anak oku dia, tanpa sedar aku mengalirkan air mata.

N sekarang bapak aku dah meninggal hampir 10 tahun. Aku sayang bapak aku. Aku maafkan bapak aku, tapi aku tak boleh lupa perbuatan bapak aku. Kadang² aku keliru, betul ke aku dah maafkan bapak aku???

Sekian..

Yang benar,

– Eva (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Nak tau salah satu punca jadi laguni? Pornografi. Bila penuh dalam otak tak dan nak fikir apa dah. anak ka, jiran ka, mana-mana ada peluang, dia sebat. Sbb apa? Sbb nafsu dia lagi cepat dari iman. Tak memasal anak trauma sepanjang hidup. sedih bila baca kes-kes macam ni. Tak rasa berdosa ka buat anak dan budak kecik lagu ni?

  2. Lelaki ni mana blh caya ..bapa ke abg ke pakcik ke datuk ke jiran ke..sesiapa sja.

    Seingat aku..ms darjah 5 ke 6..dada aku pernah kena sentuh dgn pkcik aku yg jarak umur dia 3 thn je dari aku.
    Aku main basikal..dia dtg sleeett pegang dada aku.

    Jiran aku dulu pon pernah buat gangguan grooming juga ms aku 5 thn..ak masa tu x tau pon bnda tu salah sebab dia pesan jgn bgtau mak.
    Sial punya jantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *