Lelaki Itu Serius Ke Tak?

Assalamualaikum, hi semua. Nak straight to the point je..

Saya ada berkenalan dengan seorang lelaki, Mr. A iaitu awal 30an.

Saya pulak Ms. N, lewat 20an. Jarak umur 4 tahun.

Kalau nak tau dia la lelaki pertama saya terbuka hati untuk berkenalan.

Ada jugak calon lain mak kenalkan tapi saya tak pernah nak cuba kenal.

And saya pun tak pernah bercinta sebelum ni. Tak pandai pun..

Tapi saya terbuka hati dengan Mr. A sebab bila tengok gambar dia saya rasa something yang menggerakkan hati saya. Why not kalau berkenalan dulu.

Pada mulanya Mr. A yang start ws saya with simple taaruf. Just sembang pasal family, education and kerja.

Dia mintak jugak acc sosmed and kami follow each other. Tapi lepastu hilang selama 3-4 bulan.

Tiba2 muncul kembali cuma bertanya khabar. Dan hilang balik.

Saya pun pikir dia ni serius ke nak kenal. Kenapa kejap ada kejap hilang.

Dia selalu je tengok status saya up dalam sosmed and ada juga like. And lepas lama sikit kami mula start text semula sampai la sekarang.

Sudah dalam 8-9 bulan jugak kami text each other.

Pada mulanya dia sangat excited kalau ws dengan saya n saya pun beri energy yang sama juga kepada dia.

Paling suka kalau dia share gambar dia. Suka sangat, haha

Dan selepas 9 bulan macam tu dia mula jarang ws saya.

Dia selalu biarkan text saya tergantung. Macam saya cakap sorang2.

Saya kadang2 yang text dia dulu tanya khabar tapi dia kadang lambat balas.

Ada pernah saya ws dia pagi, dan malam baru balas. Dia kata tak sempat reply.

It’s okay, saya faham je kalau dia busy.. tapi jangan buat saya tertunggu2. At least bagitau je dia busy pun saya okay.

Sedih sangat sebab dulu dia tak macam tu pun.

Kadang dia ada jugak text saya dulu, and saya excited la sebab memang saya tunggu2 ws dari dia, haha.

Kitorang pernah jumpa sekali je and lepas jumpa tu dia ada ajak jumpa lagi, and saya amik masa yang agak lama untuk berjumpa kali kedua.

Bukan sebab apa, sebab saya agak busy weekend.

Lepas 2 bulan dari first meet, saya ada ajak dia dua kali untuk berjumpa tapi dia seperti tak nak jumpa,

Padahal dia yang ajak jumpa haritu. Takkan la saya yang perempuan ni terhegeh2 nak ajak jumpa.

Entah la, mak saya pun dah start tanya Mr A ni apa progress.

Saya nak jawab macam mana dengan mak saya. Saya tak tau dia nak serius berkenalan untuk berkahwin atau tak.

Kalau tanya hati saya, memang saya suka dengan dia dan ada niat untuk berkahwin.

Perlu ke saya stop dengan dia dan cari calon lain?

Semoga ada jawapan.

– Yang Confuse (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hai sis. Boleh ke nk tau siapa mr A tu. Sbb saya pun kena lebih kurang mcm sis. Manatau laki tu org yg sama hukhuk

  2. Nampak macam dia masih cari calon calon lain, bukan adik sorang yg dia text. Maybe dia berkenalan just nak penuhi permintaan. Ginilah dik, kalau akak, mmg angkat kaki dah. Apakata adik mulakan istikharah dan tahajjud mintak dgn Allah swt banyak2 dan jgn text dia dulu. Buat setiap hari smp dapat jawapan. Sabar. Ataupun buat sebulan. Lepas tu kalau sign utk tinggalkan, adi tinggalkan. Jgn bazir masa utk benda2 gini. Lepas ni adik berhati2 dalam memberi hati okay, igt Allah swt yg pegang hati kita. Good luck adik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *