Lelaki Jahanam

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession semua.

Aku Kak Long. Nak kongsi pengalaman kawan sekerja lama dulu yang aku namakan dia Ana.

Ana ni cantik rupawan. Pernah jadi model iklan di tv. Dia kerja sama syarikat dengan aku, sebagai receptionist. Tapi sekejap je. Dia sambung belajar kursus setiausaha dan kemudian kerja company lain sebagai PA ketua jabatan. Aku contact dia gitu2 sahaja lah.

Lepas aku dah kahwin dan beranak pinak ada dengar juga kisah si Ana ni. Zaman tu baru ada hp nokia. Belum ada smartfon. Pernah jumpa sekali bersama kawan2 pejabat kami dulu.

2 tahun kemudian dengar Ana dah kahwin. Wei…tak jemput aku pula tu. Tapi kemudiannya aku dapat jumpa masa laki dia outstation. Laki Ana kerja O&G selalu pergi offshore. Kita panggil laki dia SS sebab keturunan Syed.

Ana tunjuklah album kahwin dia masa kami jumpa. Eh…ada pula orang yang aku kenal dalam gambar2 tu. Rupa2nya SS ni adik kepada dua client aku. 2 kakak SS adalah pengurus dana terkenal pada waktu itu.

Senyap seketika lepas itu kerana kami sibuk dengan urusan kehidupan masing2. Lepas setahun Ana hubungi aku semula sambil nangis2. Terus aku ajak jumpa. Apa kehalnya pula ni?

Ana cerita dia dah berpisah dengan SS. Dia mintak fasakh! Siap buat HIV test lagi untuk pastikan dia tidak dijangkiti apa2 penyakit kelamin termasuk siphilis! Ya Allah Ana? Apa dah jadi ni?

Ana beritahu aku laki jahanam dia adalah jantan yang selalu bertukar-tukar pasangan di hotel2 di sekitar Lembah Klang! Ana cakap mula2 kenal SS ni di kelab malam.

Ana memang sosial orangnya tapi dia masih tahu jaga batas! Arwah ayahnya dulu memang sangat strict. Boleh keluar malam hanya slepas solat mahgrib. Mesti balik tak lewat dari jam 11 malam. Siap cek mulut untuk kesan kalau2 ada bau arak bagai.

Ana memang tak minum. Setakat air soda macam tu je. Pergi bersosial pun dengan kawan2 perempuan. Tak pernah keluar sorang diri. Rupanya jumpa lakinya di situ berkenalan dan si SS ni memang ada tunjuk perangai nak ringan2 masa tu tapi Ana bolayan.

Agaknya sebab susah nak dpt, terus SS masuk meminang! Si Ana pula percaya bulat2 tanpa usul periksa, lagipun jantan kerja O&G kan loaded orangnya. Hantaran pun puluhan ribu ringgit nilainya. Keluarga Syed pula tu; fikirnya mestilah keluarga baik2 juga kan?

Alkisahnya si SS ni memang selalu bawak betina check in hotel. Semua bangsa ada – melayu, india, cina, serani bagai. Siap mengaku dia sekali buat “kerja” dengan 2 betina pun ada.

Biasanya SS buat kerja terkutuk ini lepas balik dari offshore; sebelum balik rumah jumpa bini, dia akan check in hotel dulu untuk lepas gian! Yang si Ana bulat2 percaya laki tu kerja keras untuk tanggung hidup dia. Memang kerja keras, tapi keras tempat lain… Huhuhu!

Tembelang si SS ni pecah bilamana Ana terima panggilan telefon misteri dari perempuan tak dikenali. Rupanya salah seorang dari betina2 yang SS pernah tiduri.

Dia dapat tahu SS ni dah menikah. Dia usaha cari info si Ana untuk beritahu cerita sebenar sebab berasa kasihan dengan Ana yang sudah kena tipu hidup2. Of course lah Ana tak percaya! Dia fikir ini mesti ex gf laki dia yang cemburu sebab SS kahwin dengan Ana,

Sehinggalah perempuan ini bagi details perjumpaan akan datang – tarikh dan hotel mana nak jumpa. Nak tak nak Ana atur rancangan untuk pergi mengendap suaminya di tempat yang dinyatakan.

Memang benar! Ana boleh nampak SS tiba ke lobi hotel, disapa 2 betina seksi, bergelak ketawa sakan, terus ambik kunci dan naik lif! Menggigil lutut Ana waktu itu. Terus Ana ajak abang dan kakak berjumpa dan berbincang.

Abangnya memang dah tak sabar nak pelangkung je adik ipar durjana itu. Masa ni tak pasti ayah Ana ada lagi atau sudah meninggal dunia. Cerita dah terlalu lama.

Akhirnya Ana berkonfrontasi dengan SS ditemani seorang kakaknya. SS terkejut sekejap. Siap ada gambar bukti yang diambik guna kamera. Walaupun dari jauh, tetap boleh cam SS peluk pinggang entah betina mana.

Terus SS mengaku memang itu aktiviti biasa dia. Dia tak boleh hidup hanya dengan seorang wanita. Dia kahwin pun sebab dia tak boleh dapat Ana secara “percuma”. Betina lain mudah sahaja. Silih berganti punya ramai yang sanggup diratah SS!

Lepas tu SS siap offer pada Ana untuk join sesi seterusnya! Nak tengok sahaja boleh, nak join sekali lagi bagus! Kakak Ana nyaris termuntah di situ juga. Ana menangis keluar air mata bergelen-gelen!

Keesokan harinya, Ana terus pindah keluar. Terus buat laporan di majlis agama dan ke hospital buat pemeriksaan kesihatan! Alhamdulillah Ana masih dilindungi Allah. Semua ujian penyakit kelamin keputusannya negatif. Tidak pasti keluarga SS tahu atau tidak perlakuan anak/adik mereka ini.

Aku pula yang jadi serba salah setiap kali berurusan dengan kakak2 SS setelah aku tau cerita ini dari Ana. Keluarga SS keluarga baik2, terkenal di dlm industri pelaburan. Tapi rupanya ada adik yang sangat2 durjana.

Maka bercerailah Ana dengan mendapat gelaran janda berhias. Sekarang Ana dah usia lewat 40an, masih solo kerana serik sangat2 dengan manusia yang namanya lelaki! Sesekali kami berhubung bertanya khabar.

Lepas pandemik covid, Ana diberhentikan kerja. Dia masih tinggal di rumah arwah ayahnya bersama kakak2 yang sudah kematian suami.

Iktibarnya di sini, selidik habis-habisan lelaki/perempuan yang bakal jadi suami/isteri kita. Zaman sekarang lagi mudah, CCTV merata-rata. Socmed pun boleh jadi spy untuk kita. Kenali sekali keluarga bakal pasangan kita.

Buat rujukan dengan mereka yang kenal keluarga ini. Jiran mereka atau rakan sekerja. Tanya kariah surau yang paling dekat dengan rumah mereka perihal keluarga mereka ini. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat sebelum membuat apa2 keputusan. Beringat sebelum terkena. Wassalam!

– Kak Long (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *