Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Lets make it short but sweet. I am a mother of one little cute angel, married for almost 3 years. Still too early to share any marriage or parenting tips. So I’m not going to talk about that.
Bagi geng-geng yang bakal mencecah umur 30’s sudah pastinya soal jodoh selalu menjadi topik perbualan sanak saudara, jiran sekampung dan rakan sekerja. Masalahnya ramai gadis2 sekarang yang takut untuk berkahwin kerana sukar untuk jumpa dengan lelaki yang baik. (Kalau jumpa pulak kebanyakan nya “eh, dah ada isteri..”)
Aku dari sekolah sampai la tamatkan degree, tak pernah bercinta (couple). Kawan kawan biasa tu ada la.. aku ni nak dikategorikan cantik tu memang tak. Cuma aku jenis yang tinggi dan makan banyak mana pun maintain kurus. Apa pun aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada aku. Dulu aku selalu terfikir, ada ke orang yang akan sukakan aku? Dah la tak ada rupa, tak ramai kawan lelaki (tak reti nak berkawan sebab tak biasa dan low self esteem kot), gigi sedikit kedepan bukan jongang okey sikit jer, pastu kulit pun x licin (ada jerawat2 sikit, parut2 jerawat lagi), spek tebal sebab power rabun tinggi sangat, tak reti make-up pulak..
pakai bedak pun nampak tompok2 sebab kulit tak sekata dan kulit kering..orang susah pulak tu..in other words, I’m just an ordinary girl with an ordinary life. Tapi still aku bersyukur je lah dengan apa yang aku ada. Pernah kawan aku dekat u (dia ada couple) dia tanya “tak rasa looser ke takde couple? Tak sunyi ke?” Pastu contoh bila dia gaduh2 dengan boy friend dia bila aku nasihat “dah la..jangan mudah sangat nanti orang pun ambil mudah dengan kita..” pastu dia balas “nak suruh jual mahal macam kau ke? Sampai sekarang tak laku-laku..mahal sangat sampai tak laku buat apa…” tersentap mak nak…
Masa aku berkenalan dengan suami (menerusi orang ke 3 yang kenalkan kami) aku tanya direct je “kita berkawan ni untuk apa ye?” And directly suami saya yang masa tu belum jadi suami cakap “sebab dia tengah cari calon isteri” jadi saya cakap dengan beliau “ok kita kawan dulu..kalau rasa macam saya sesuai sila cakap nak teruskan..kalau tak nak, cakap je tak nak..sebab perempuan ni cepat perasan..saya tak nak bazirkan masa perasan yang awak nak isterikan saya tapi sebenarnya awak nak try test sahaja” and amazingly beliau cakap kali pertama perempuan yang confess kelemahan diri sendiri macam tu dan selepas 4 bulan dia ambil keputusan untuk bertunang dengan saya (untuk kenal lebih rapat) dan 6 bulan selepas itu kami pun selamat diijab kabulkan. Alhamdulillah.
Bila kahwin dengan orang yang baru kita kenal banyak side-side yang kita tak pernah nampak sebelum ini. Dan jujur saya cakap suami ke anak ke semua itu adalah pinjaman daripada Allah. Rumah tangga mana yang tidak diberi dugaan, cuma cepat atau lambat sahaja. Sabar dengan tak je. Tak perlu pun kita berbangga dengan apa yang kita ada. Walaupun saya dh berkahwin, saya masih rapat dengan kawan2 saya yang masih single. Sepanjang perkahwinan tak ada masalah, cuma tak pasti ini dikira sebagai masalah ke tak. Suami saya jenis yang peramah.
Contohnya, masa bujang-bujang dulu ada la dia wish birthday dekat junior dia dan kebetulan junior dia satu tempat kerja dengan saya. Boleh junior tu cakap yang suami saya ni dulu nak “try” dia..tapi dia yang tak mau..saya jenis open minded je bab ni..what past is past..tapi suka kenakan laki seronok apa kne pujuk2..haha..bila balik rumah dan cerita dia pun cakap..”ini laaa perempuan..wish birthday pun ingat kita nak kat dia..” dan banyak lagi la kejadian2 macam ni..contoh macam ada kawan2 saya yang single datang rumah,atau terjumpa kat mana2, mesti la suami aku bertegur sapa..sbb dia tak pernah kenal kawan2 saya..dia akan tanya kerja kat mana..ni kawan kenal kat mana..
zaman sekolah ke zaman matrikulasi ke zaman universiti ke rakan sekerja ke..pastu sibuk tanya saya nakal ke tak dulu..saya okey je..tapi ada sesetengah kawan2 yang salah faham seolah2 rasa macam suami saya nak mengorat dorang pulak. Cerita dengan kawan2 yang lain sampai segan pulak tak tahu nak tegur suami macam mana. Tak kan nak cakap “lepas ni jangan tegur kwn2 saya?” Ke nak cakap “jangan bercakap dah kalau jumpa kawan2 saya lepas ni?” Buntuu pulak…
Suami aku ni mak cik india sebelah rumah pun dia suka tegur beramah mesra dan bergurau2. Apatah lagi kalau kawan2 aku kan. Dan disebabkan sikap dia yang macam tu la mak abah aku jatuh hati masa dia mula2 datang rumah dulu. Bukan takat mak abah, bapak2 sedara mak sedara sepupu sepapat dan adik beradik aku pun mudah masuk dengan beliau. Bagi aku, jodoh ni kan saling melengkapi. Aku tak reti sangat nak bersosial dengan orang, dia pulak terlebih ramah. Cuma dengan dia je aku banyak cakap.
Ok back to story..banyak juga lah incindent2 terutamanya yang melibatkan media sosial. Laki aku ni tua 3 tahun dari aku, dan dia berkahwin dengan aku di umur 29 tahun. Dalam erti kata lain, dia dah biasa dengan kehidupan bujang macam suka komen2 bergurau senda huhaa huhaa dekat fb, chatting2, whatsapp dan telegram dgn semua orang. Oh ya, suami saya suka masak (tapi dia tak lembut okey) so dia suka pm pm junior2 perempuan atau senior2 perempuan bab masak2.. pastu disebabkan dia antara yang terawal buat loan rumah, ramai la junior2 yang selalu consult tanya pasal loan rumah. Jadi pernah satu ketika junior beliau salah faham hanya semata-mata suami aku kerap komen dekat post post masakan dia.
Dia ingat suami aku berminat dengan dia sedangkan suami aku hanya berminat dengan resepi2 yang dikongsikan (disebabkan aku ni sukaaaaa sangat makan, suami aku suka masak hari2 nak suruh aku cuba resepi baru..merajuk? Tak perlu bende lain beliau belanja makan je terus aku senyum nampak semua gigi). Jadi selepas kejadian itu, aku minta agar suami aku berhati-hati. Follow lah chef2 lelaki yang lain. Boleh hentikan tabiat nak pm pm orang sebab masing2 dah ada life sendiri takut orang salah faham and now dia dah ada beberapa chef lelaki yang dia selalu consult bab masak memasak.
Aku juga menegur beliau dengan aktiviti2 bergurau senda di dalam whatsapp group dan telegram (password semua aku tahu) Bila suami aku kerap berwhatsapp dengan aku waktu rehat di tempat kerja, dia dijadikan bahan oleh rakan2. Tapi kalau kat rumah suami berwhatsapp group dengan rakan2 bercampur jantina jadi kebiasaan pulak ye. Seolah2 menjadi satu dosa bila suami isteri berhubung melalui media sosial, tapi bila suami orang dan perempuan lain bersosial jadi nampak biasa. Bila ada perempuan yang suka mengadu dekat suami dan suami boleh anggap itu hanya rakan sekerja, aku pun ingatkan semula kepada beliau tentang, lelaki jangan melayan kalau tak ada perasaan, sebab perempuan cepat perasan. Kemudian barulah suami sedar dan hentikan semua tabiat2 nya.
Mana tak nya perempuan itu asyik up kan status kesayangan dia suami orang. Aku tak nak konflik2 macam ni melanda rumah tangga aku hanya disebabkan dia terlebih ramah. Nauzubillahiminzalik. Mintak jauh lah jadi hal2 macam tu dalam rumah tangga. To make it short, lastly suami aku pun faham alhamdulillah..aku siap bagi pakej keluar mengeteh hujung minggu lagi dengan kawan2 lelaki dia sebagai rewards. Ye lah suami aku jenis yang suka berkawan, takkan nak halang. Cuma nak tukar sikit je, kawan dengan sejantina.. harap orang tak anggap aku queen control. Aku hanya nak bantu suami aku jaga ikhtilat sebagaimana aku jaga diri aku untuk dia. Nasib baik aku jenis yang cool and steady. Mungkin sebab dah berterus terang apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka, hati pun jadi lapang.
Jangan ingat orang lelaki ni ada kuasa telepati boleh faham apa yang kita nak. Kita dah cuba yang terbaik dan selebihnya, biarlah Allah swt yang uruskan. Sesungguhnya Dialah pemegang kepada setiap hati kita ini. Lelaki kalau nak curang, isteri depan mata pun boleh buat. Dan alhamdulillah kejadian itu hanya berlaku di awal2 perkahwinan. Tapi pertanyaan suami aku sampai sekarang aku ingat. “Salah orang lelaki ke kalau orang perempuan yang cepat perasan” tapi disebabkan orang perempuan memang selalu nak menang aku cakap “yaa semua salah lelaki sebab tu jangan melayan dan bagi harapan sebab orang perempuan fitrah dan jiwa nya lembut dan mudah terusik, sebab tu mudah perasan”
So buat kaum perempuan di luar sana, ingatlah..kalau lelaki tu betul2 nak kita, dia akan datang jumpa mak ayah kita dan kawan dengan kita dengan cara terhormat. Walaupun kita rasa kita tak cantik, inshaAllah akan ada org yang akan nampak kecantikan kita (jodoh kita la tu) walaupun di pandangan orang lain kita tak cantik. Couple tu buang masa dan kita tak kenal pun couple kita tu macam mana untill we got married. Jaga hati dan jaga diri, jangan cepat perasan, kerana dirimu begitu berharga!
P/s: mungkin org lelaki pun jangan cepat perasan dan orang perempuan jangan mainkan perasaan. Tak baik. What we give we get back.
– Aisya Maisarah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit