Assalamulaikum dan salam sejahtera. Tujuan saya tulis ni sebab nak tanya pendapat pembaca semua.
Well, saya sendiri boleh agak sebenarnya, apa yang ramai akan cakap, tapi saya nak baca pendapat semua. Masalah yang saya hadapi ialah saya kurang keyakinan diri untuk berumahtangga. Baiklah…
Nama saya Aladin (of course lah bukan nama sebenar kan?).
Umur saya 30an. Lepas grad dari universiti, saya pernah bekerja dalam bidang profesional. Tapi tak lama lepas tu saya berhenti kerja dan buka company sendiri dan bekerja sendiri.
Jadi saya dah berkecimpung dalam bidang business ni dah dekat 10 tahun lah. Saya pernah rasa pendapatan lebih 10K sebulan. Tapi biasalah kan, adat berniaga. Ada turun naik.
Dalam tahun 2014 saya telah mengalami kerugian yang agak banyak. Saya terpaksa tanggung kerugian lebih 100K ringgit kerana kesilapan saya sendiri.
Semua simpanan saya habis saya gunakan untuk tampung kerugian tersebut. Tapi saya teruskan berusaha sebab saya tak nak give up dengan business saya. Alhamdulillah lepas tu, business semakin ok.
Berapa tahun selepas tu pula, rakan kongsi saya telah melakukan pecah amanah. Dia melarikan wang syarikat yang sepatutnya digunakan untuk menyiapkan projek sebanyak hampir 200K.
Oleh kerana tak mahu client mengambil tindakan undang-undang dan untuk menjaga nama syarikat saya, saya tanggung sendiri kos untuk menyiapkan semua projek-projek tersebut.
Macam baru nak naik semula, dah kena tolak balik jatuh gaung. Macam tu lah perasaan dia. Tapi saya masih tak putus asa.
Oleh kerana keadaan business saya yang turun naik turun turun turun ni, saya tak berani nak beli rumah, beli aset. Kereta saya pun kereta buruk je.
Bila tengok kawan-kawan masa universiti dulu yang dah stabil, kadang-kadang buat saya fikir mungkin saya pilih jalan yang salah. Keadaan ni buatkan saya rasa tak yakin untuk berumahtangga.
Masa study dulu saya agak popular jugak lah. Boleh katakan ramai peminat. Bukanlah nak puji diri sendiri, tapi kalau dari segi rupa paras, dari segi ketinggian, boleh tahan lah, hahaha.
Sekarang pun ada je perempuan yang approach saya. Tapi bila saya fikirkan keadaan kewangan saya, saya jadi hilang keyakinan diri.
Sebenarnya beberapa tahun lepas saya dah bertunang. Lepas dah agak kenal dengan perempuan tu, saya pun bagitahu dia keadaan business saya dan juga kewangan saya.
Dia kata dia boleh terima. Tapi masalahnya keluarga dia macam tak boleh terima.
Saya siap kena tuduh ada niat nak kikis harta keluarga dia. Minta saya buktikan pendapatan saya boleh tampung rumahtangga lah, minta saya senaraikan berapa hutang yang saya ada lah, macam-macam lagilah.
Masa tu rasa macam maruah saya kena pijak-pijak.
Itulah yang selalu mengganggu fikiran saya.
Bila saya suka kat sorang perempuan, atau saya cuba approach seorang perempuan, saya akan terfikir, apa aku nak cakap kalau bapa dia tanya pasal kewangan aku?
Macam mana aku nak cakap dengan umur macam aku ni pun satu aset pun tak ada, rumah sendiri pun tak ada?
Macam mana aku nak buat orang faham yang aku tengah berusaha, yang aku dah ditimpa “a series of unfortunate events” sepanjang beberapa tahun ni? Tambah lagi dengan Covid-19 ni, rasa macam dah jatuh ditimpa KLCC.
So, saya memang tak ada pendapatan tetap. Kadang-kadang saya boleh dapat 5-6K sebulan, kadang-kadang negatif lepas dah tolak gaji pekerja, kos itu, ini.
Saya ada buat beberapa business sampingan untuk tampung mana mana yang perlu. Saya buat kelas mengaji Al-Quran, saya buat jualan online.
Saya bukan tak mahu cari kerja tetap, tapi saya lebih minat business dan saya yakin InsyaAllah satu hari nanti saya akan berjaya.
Tapi saya tak tahu macam mana saya nak bagitahu keadaan saya kalau saya jumpa perempuan yang saya suka.
Saya akan terfikir mesti dia nak lelaki yang stabil. Keluarga dia pun mesti fikir macam tu jugak. Itu untuk masa depan dia sendiri.
It’s only fair. Takkan saya nak expect dia gamble masa depan dia kalau kahwin dengan saya?
Berlambak lagi lelaki lain yang boleh bagi financial security untuk dia.
Saya pernah tanya sorang perempuan yang saya suka. Saya bagi hint lah. Saya tanya kalau lelaki tu masih struggle untuk berjaya dalam business, dia boleh terima tak?
Dia kata dia pernah bagi peluang kepada lelaki macam tu so, dia dah tak berminat.
So, Saya rasa malu gila nak bagitahu saya punya financial status kepada mana-mana perempuan yang saya suka. So, saya tak berani nak approach. Akhirnya, saya biarkan saja.
Kalau ada yang approach saya pun, saya buat-buat layan tak layan. Saya tak yakin dengan diri sendiri.
So, apa pendapat pembaca semua? Takkan saya nak tunggu dah jadi jutawan baru saya nak cari jodoh? Ke macam mana?
– Artis konon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit