Tajuk kontroversi tapi aku ingin kongsikan pengalaman dan pandangan aku berkaitan isu kahwin, topik aku adalah berkenaan lelaki memandangkan aku tiada sample untuk kaum wanita. Aku lelaki, jadi sample aku of course golongan lelaki.
Sebelum ini aku pernah bekerja di restoran, aku banyak belajar dan memerhatikan orang di sana. Yang aku perhatikan adalah kaum lelaki, ada yang dah berkahwin, belum berkahwin, dah tua, lelaki gatal dan macam-macam lagi.
Sekali lagi ingin aku tegaskan sample aku teramat kecil, ada jutaan lelaki di Malaysia ini berbanding sample yang aku kaji.
Tapi aku tetap nak kongsikan kenapa lelaki perlu sangat berkahwin, jika anda seorang sihat, ada pekerjaan, bukan seorang penagih, panas baran maka seeloknya dirikanlah perkahwinan.
Jadi aku bagi 3 persamaan lelaki belum berkahwin, yang pertama aku perasan lelaki yang dah lanjut dan tak berkahwin ni tiada hala tuju. Dia kerja untuk diri dia, kalau ada duit cukuplah untuk survive.
Majoriti dari yang aku jumpa, mereka tinggalkan solat dengan sengaja. Pakaian mereka pun selebet, aku tengok pun rimas.
Tapi berbeza pula dengan lelaki dah kahwin, walaupun agak miskin tapi aura yang dilepaskan berbeza. Mereka nampak smart dari segi pemakaian, ada hala tuju, solat jaga, berilmu (sebab nak ajar anak sendiri). Lepas itu muka lebih ceria (mungkin juga sebab isteri dan anak).
Satu je aku tengok perbezaan mereka, lelaki berkahwin ni dia ada sifat leadership. Aku ni leader, kalau aku perangai buruk macam mana aku nak didik anak.
Manakala yang belum berkahwin, sifat leadership tersebut tiada, dia hidup untuk dia sahaja. Jadi asalkan survive cukuplah, buat apa nak thrive lagi.
Nampak tak sebab itulah lelaki, kalau dah ada kerja, agama pun baik, tak panas baran maka usahakan lah untuk berkahwin. Tak semua perempuan yang nak kan lelaki kaya raya, ada yang nak keluarga bahagia je.
Jangan lah kau target perempuan berpendidikan, mereka tak sekufu dengan kita. Melainkan kau memang target jadi lelaki atasan, berduit. Boleh lah kau target yang sedemikian.
Tak dinafikan, tak semua lelaki atas 40 dan belum berkahwin kehidupan mereka jahanam. Aku pernah jumpa sample lelaki yang belum berkahwin tapi bagus sebabnya dia jenis orang agama, orang jaga solat dan banyak tuntut ilmu agama.
Ada satu ustaz popular di youtube, smart orangnya, tapi belum berkahwin walaupun dah 40 lebih. Persamaan orang yang smart ni satu je, mereka ni ada hala tuju.
Macam ustaz sebab goal mereka sebenar adalah Allah, alam akhirat. Jadi aku tak pelik kenapa kehidupan dia smart dan teratur walaupun belum kahwin.
Perempuan ni ibarat tulang belakang untuk kaum lelaki, kalau adanya mereka lelaki ni akan jadi semakin kuat. Mungkin ada yang rasa kisah aku tak adil sebab sample kecil, macam aku cakap dari awal ini adalah pengamatan aku dari seorang lelaki kepada lelaki lain.
Ini kisah aku pula, sebelum ini aku pernah kenal seorang perempuan orang terengganu.
Ya Allah cantik orangnya, memang jadi semangat nak kerja sebab nak halalkan dia. BTW aku belum couple dengan dia ketika itu, cuma semangat nak lah untuk bekerja. Kerjalah 2-3 pekerjaan tak rasa penat sebab ada goal dalam kehidupan.
Tapi bila dia dah berpunya, semangat tersebut hilang. Aku belum jatuh cinta pada dia dan tak ada hubungan sebagai teman lelaki pun, jadi tak lah rasa frust orang putus cinta. Aku cuma meletakkan pengharapan nak kahwin dengan dia.
Maka lelaki kahwinlah, kahwin ni bukan untuk jimak sahaja. Aku tak nafikan bab jimak ni memang sangat penting. Disamping masa yang sama isteri adalah kawan dalam selimut, tempat kebahagiaan dan pendengar setia.
Sekarang ni bila kau stress, tak ada orang yang nak dengar. Tapi bila kau dah ada isteri, yang akan jadi pendengar setia kau adalah isteri. Mereka tak akan bocorkan rahsia kau pada orang lain.
Sebagai lelaki kita pun kena juga memilih, memang betul lelaki akan pilih yang ada rupa dahulu. Selepas rupa akan tengok pada agama dan kelakuan mereka, kalau fail bab agama dan kelakuan kebanyakan lelaki akan tarik diri cari yang lebih bagus.
Bab kecantikan ni pula, tak semua dilahirkan muka tampan macam fattah amin dan cantik macam mira filzah. Kalau tak jumpa seperti ini, maka carilah yang jaga penampilan maksudnya berat badan dan kebersihan.
Kalau mereka kuat makan, badan gemok, malas mandi. Jangan lah kahwin dengan orang seperti ini. Tapi kalau mereka jaga bab ini, maka kecantikan tersebut kira oklah.
Cantik macam mana pun tapi kebersihan diri, kesihatan tak jaga akan jadi tong drum juga. Banyak perempuan dulu waktu belum kahwin memang cantik tapi disebabkan tak jaga badan terus naik jadi gemuk. Cari isteri yang ada disiplin diri.
By the way doakan aku lah, yang menghalang aku untuk kahwin adalah ekonomi. Kerja aku tak stabil sekarang ni, membuatkan aku tak mencari walaupun usia dah nak 30.
Aku harap dapat settle down with someone at the age of 30. Dan semoga yang mencari jodoh pun akan jumpa jodoh secepat mungkin.
– Aziz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kejap lelaki berkahwin lebih baik..kejap lelaki single ada goal lebih baik.. pusing punya pusing.. kesimpulannya lelaki perlu ada goal supaya hidup bermatlamat dan terurus.. tajuk tak berkait dengan cerita..
Kurang² kau tahu apa hujung² yang kau nak lam hidup kau bang. Nampak la , sekarang masa untuk focus baiki diri ( agama , ekonomi , personaliti diri).
Tapi kan bang, nati kau kawen pun ada ujian lain gak. Ujian yg datang dari diri kau sendiri dan pasangan kau jugak. Takkan ada yang sempurna jugak. Cuma kali ni, kau dah pilih untuk hadap keseluruhan jalan tu dengan pasangan kau.
Expectation kau untuk perempuan mendengar dan menyimpan tu iya. Tapi berat jugak tu kalau kau nak semuanya sekaligus ‘ perfect’ on time semuanya.
Kebersihan , expectation² kesempurnaan( kecantikan yang wanita patut ada dan jaga). Nanti kalau kau dah jumpa , sama² la usahakan ya.
Moga hidup terus nenang² dan kau jumpa bidadari sholehah kau kat dunia yg sementara ni.
Lonely sangat bro ni. Cuba dah kawen, mesti kau akan kata nak jadi single balik
Hahhahaha. Betul sangat tu
Salam,
Bab confessor kata “lelaki akan lihat rupa dulu”. Nih prinsip yang sangat menganggu rumahtangga. Isteri yang seharian letih menguruskan keluarga, akan lebih memilih lifestyle yang minimalist, kurangkan mekap dan kurangkan gaya, jimat tenaga di area situ, untuk guna tenaga dia dibahagian lain yang lebih penting, pekara relevant & realistik macam nih akan jadi punca pergaduhan dalam rumahtangga. Siapa akan bangkitkan hal nih. SUAMI, sebab isteri tak nampak cantik & bergaya sesuai dibiji mata suami, macam waktu couple dulu. Isteri kena stick dengan prinsip suami, beauty first, reponsibility last. Zero flexibility allow in marriage can cause a loooong disaster. Kenapa. Sebab perempuan kaum yang fleksibel.
For kids, kalau dalam family ada bapa yang berprinsip “pilih rupa dulu” mereka sangat fokus pada kecantikan, akan wujud sifat pilih kasih pada anak anak. Bapa akan sayang dan favourite pada anak yang lebih cantik, hensem, abai anak rupa biasa, sekaligus menimbulkan permusuhan antara anak anak. “Alah tak kisahlah pilih rupa dulu”. Isteri hancur, anak pun hancur. Look what your beauty obsession can do to your family. Lelaki akan jadi racun dalam keluarga.
“Kalau mereka kuat makan badan gemuk, jangan kahwin dengan mereka”. Mana wujud manusia gemuk semata sebab makan, ada yang punca dari penyakit genetik, ada punca lepas dari melahirkan anak, punca czar, punca excident, kesan surgery, metabolisme jadi lambat, kurang penyerapan enzim, insulin naik. Banyak punca lain, lelaki kena ada pengetahuan tentang hal ehwal kesihatan & badan. Rumahtangga susah nak kekal kalau bakal ketua keluarga tak cakna. Lelaki yang sabotaj rumahtangga sendiri hanya kerana penyakit dan LEMAK, tak sesuai jadi suami. Kekal single lebih bagus.
Penerangan diatas sikit jer, sebenarnya ada banyak lagi nak di huraikan. Soal yang pembersih, tindakan selepas tengok kelakuan tak baik, nak beragama bagai, malas nak tulis banyak.
“Yang menghalang aku untuk kahwin adalah ekonomi”. Tak ada ekonomi yang boleh menghalang perkahwinan, di Gaza tengah perang, masih ada perkahwinan, di Malaysia wujud nikah berbajetkan Rm1000. Berjuta perempuan telah membuktikan mereka ikhlas berkahwin dengan lelaki yang ekonomi turun naik, marriage is bigger than money tho. Jadi apa yang menghalang confessor dari sebuah perkahwinan, ialah cara confessor berfikir. Bayangkan confessor berdating & bercerita “saya nak awek ada rupa, nak awek slim, nak awek sihat, nak awek pembersih, nak awek beragama. Hujung hujung confessor ekonomi sulit”. Boom. Game over.
Kenapa confessor tak guna platform Uiim nih dengan sebaiknya, kenapa tak tanya, “Ekonomi saya belum kukuh”, adakah wujud perempuan yang sanggup susah senang dengan saya”. Ekonomi saya turun bukit, naik bukit, anak beruang. Minta pendapat please”. Banyak perempuan yang ada pengalaman kahwin sebegitu akan timbulkan diri bagi pendapat yang tulen, no cap. Apa punca mereka stay dengan suami. Apa sifat dan ciri ciri lelaki/suami yang buat mereka sabar & setia dalam ekonomi yang mencabar. Confessor boleh kutip banyak ilmu dari mereka. Tapi tulah confessor terlalu banyak buang masa dan peluang di luar sana, sampaikan masuk platform sini pun masih berkelakuan sama. What a waste of time and oppourtinity. Next time dapat peluang, confess benda yang PENTING, umur dah nak masuk 30, kenapa menulis macam budak lelaki umur 18 tahun.
Tutup salam.
ultraman taro ni mmg nsem .
Wise comment bro 👍
Ada je perempuan yang nak kawin walaupun ekonomi dia tak kukuh sbb perempuan kalau sayang sanggup susah senang bersama. Tapi tu la confessor ni pilih tak nak yang berlemak. Dia ada criteria sendiri. Suka sangat comment ULTRAMAN TARO
Tak ada apa yang boleh diambil dari confession kali ni. Tak ada pendirian teguh, kejap gitu kejap gini. Kejap kata tak kawin jadi teruk kejap kata ada yang tak kawin tapi smart bla4 … bro, nak sampaikan 1 point, kena berani jadi extreme.
Bro
Niat kahwin untuk dapat kebaikan, insya Allah dipermudahkan. Allah akan kurniakan rezeki yang cukup untuk keluarga. Aku dulu pun gaji cukup makan sendiri, tapi ada turning point selepas bertunang. Lebih baik dari tahun ke tahun, Alhamdulillah.
Semoga bro jumpa suri dan bidadari rumah tangga. Amin
Lelaki pondan yang minat lelaki bagaimana?… Tak boleh menyintai lelaki sebab haram… Nak dengan kahwin perempuan pun tak boleh sbb tak bernafsu…. So dilema tu tanggung sendiri… Sampai mati tak berkahwinlah nampaknya… Anggap je ujian hidup. Semoga Allah beri rezeki lain untuk pondan2 yang wujud sejak lahir
Eloklah dia ni tak kahwin lagi. View dia sangatlah mundur and pukul orang sama rata.