Lelaki Kalau Tak Kahwin Hancur Kehidupan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/lelaki-kalau-tak-kahwin-hancur-kehidupan/).

Bagi aku confession pertama dah cukup, tapi ramai tak faham point yang aku cuba sampaikan.

Jadi confession kedua ini aku tulis sebab nak membalas hujah dari komen post tersebut dan ini confession terakhir berkaitan tajuk ini.

Pertama sekali aku tulis ni pun lepas baca confession ini – https://iiumc.com/reply-lelaki-kalau-tak-kahwin-hancur-kehidupan/

Dalam point aku sebelum ini ada aku terangkan, kalau anda seorang lelaki.

1) Ada pekerjaan yang stabil (walaupun belum kaya tapi kira dah stabil pekerjaan)

2) Bukan seorang panas baran (tak mudah marah)

3) Agama terjaga (solat 5 waktu, baca alquran tiap hari-hari)

4) (Ini aku tambah satu lagi: Bukan seorang pemalas)

Orang sebegini, lebih baik berkahwin daripada stay single. Bukannya orang yang belum bersedia terus berkahwin.

Macam ayah aku, dulu dia kahwin mana ada dia kaya. Tapi nombor 2, 3 dan 4 dia ada, yang dia usaha adalah nombor 1)

Rezeki dia bertambah, dulu rumah setinggan lepas itu menyewa rumah, peti ais tak ada dan sekarang dah ada, dulu dapur guna kayu dan arang, sekarang dah guna kan tong gas.

Aku jadi saksi, semakin banyak anak. Allah permudahkan hidup ayah aku, rezeki masuk bertalu talu sampai mampu beli kereta.

Ayah aku pun tak ada panas baran lepas kat anak sebab tekanan akibat pekerjaan.

Sebab ayah aku boleh hidup dalam keadaan tekanan demi anak dan isteri, sebab itu aku tetap dengan pendirian aku orang yang berkahwin ni dia ada sifat leadership.

Aku ketua aku yang kena usaha untuk anak anak berjaya.

Dan satu lagi, aku memang dah ulang banyak kali.

Sample ini terlalu kecil berbanding jutaan penduduk di Malaysia. Sebab kat luar sana ada orang yang narsistik, pengotor, lepas tangan, pemalas dan sebagainya.

Kalau rasa bahaya dengan pendapat aku, it is up to you.

Aku tetap berpegang dengan pandangan aku, kahwin akan buatkan lelaki lebih matang, ada pendirian dan sifat leadership akan lebih menyerlah.

Ok, sekarang aku nak balas komen-komen pula.

1) Body Shaming.

Guys, bukan niat aku nak body shaming ya. Yang aku maksudkan dekat sini, disiplin diri.

Cari yang ada disiplin bab pemakanan dan bab kebersihan. Tapi komen yang aku baca, rata-rata mengatakan aku body shaming orang gemuk. Tak faham kenapa seseorang itu menjadi gemuk dan sebagainya.

Aku terpaksa tulis beberapa contoh orang yang gemuk sebab tak ada disiplin bab makan, tapi terus kena cop aku body shaming adeii.

2) Aku memilih perempuan cantik.

Aku nak tanya, korang faham tak tulisan aku sebenarnya?

Yang aku tulis tak semua orang dilahirkan dengan wajah tampan dan cantik, kalau nak sangat pilih dari segi rupa tapi hang sendiri pun bukan dari kategori acttractive jangan lah memilih sangat.

Cukup yang jaga penampilan, contohnya dia hitam tapi bab kebersihan, bab makanan tip top.

Muka tak berjeragat sebab dia jaga kulit dia dan bau pun terjaga sebab dia mandi dan pakai deodorant. Baju pun bersih sebab dia tak pemalas nak kemas bilik.

Bukannya aku kata “ok abaikan yang buruk dan hodoh. Pilih cantik je”. Yang korang trigger dah kenapa?

Fahamkan dulu maksud aku baru lah taip di komen.

3) Pilih yang ada rupa, baru pilih agama.

Maksud disini, majoriti lelaki akan tertarik (attracted) kepada seseorang yang ada rupa menawan.

Selepas itu mereka akan cuba berkenalan, kalau agama baik dan kelakuan pun baik mereka akan stay untuk berkahwin.

Ini yang aku sebut kelakuan lelaki zaman sekarang, sebab orang yang ada rupa ni memang dia terkedepan dari orang lain.

Bila interview kerja, dia lebih senang dapat kerja. Majikan akan lebih bias untuk memilih orang yang ada rupa ni. Nak kahwin pun orang akan pilih dia dulu, nampak tak ini maksud aku.

Kau boleh tengok contoh banyak di sosial media, orang cantik ni post je beberapa ketul gambar. Follower terus naik ribu riban, berbanding orang yang muka awam.

Kalau nak buat untuk isteri, mereka akan pilih pula bab kedua yaitu agama dan kelakuan ok tak. Kalau perempuan sundal memang lama kena tinggal.

4) Dah nak 30 pun kerja masih tak stable, habis itu 10 tahun lepas kau kat mana?

Amboi sesedap kau je cakap macam ni kan. Kau tahu tak aku punya pulas nak berniaga, kerja dan sebagainya. Tapi aku belum capai income stable, bukan aku tak buat aku dah cuba buat.

Ada orang habis belajar, macam-macam tempat dia interview. Tapi setiap kali interview kena reject sampai 4 kali. (Confession sebelum ini ada orang komen abang dia dah 34 asyik kena reject je interview)

Bukan semua orang bernasib baik, interview je terus dapat gaji 5000. Berniaga je terus untung besar jadi jutawan, kadang sebab silap step. Kadang sebab produk tak boleh jual dan sebagainya.

Sebab aku tak kahwin pun, aku takut pressure akibat kewangan menyebabkan aku naik tangan pada isteri dan anak. Sebab itu lah aku cuba stabilkan dulu kewangan, baru nak kahwin. Kalau aku tak fikir begitu, aku dah lama kahwin.

5) Pilih sekufu atau lebih bawah.

Bukan tak nak cari orang berpendidikan, cuma kalau anda sekadar SPM. Tak perlu lah cari orang yang ada ijazah, takut nanti jeles dengan isteri sebab dia pandai anda tak. Kita lelaki ada ego tersendiri.

Banyak confession, bini pandai tapi suami tak. Akhirnya suami jeles dengan isteri yang pandai cari duit dan sebagainya.

Tapi kalau anda ada ijazah, pekerjaan pun gaji banyak, pilihlah yang berpangkat kerana anda pun sekufu.

Ok itu jelah kot, aku rasa komen lain tak perlu dah aku balas.

– Aziz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Assalam semua.. firstly, in my opinion, bab “kahwin” ni is very ‘subjective’ dan wide.. kita x boleh nk kta sesuatu pendapat tu betul, atau pon x betul, sbb terlalu bnyak pendapat yg berlainan dari ramai org, bnyak org, bnyak ragamnya, ada yg mcm tu, ada yg macam ni dsb..
    So, aq akn bg a few examples, berdasarkn pengalaman dgn org2 yg aq pernah kenal la.. 1) tentang lelaki yg x kawen ni mcm ‘selekeh’, x kisah penampilan, pd pendapat aq, itu lebih bersifat ‘individu’, sbb dlu aq penah ada sorang ‘boss’ yg bujang, penampilannya mng no.1, baju toksah ckp la, kemas, bersih n sedap mata memandang, percakapan pon teratur n fokus, xde nya nk ‘corner’ or menggatal whatsoever.. dia very polite, tp tegas, ada hobi yg teratur, dia minat seni, melukis, mnyanyi, menghias semua ada bakat, tp bkn yg jenis mcm ‘sotong’ tu.. suka memancing, golf, sukan, tp x pernah ganggu kerja, bab agama dijaga, jd pengerusi surau lagi, rajin bersedeqah, bgi makan dsb., n mak dia dduk dgn dia lg, tu yg plg aq ‘respect’ kat dia, tp yg pelik knp lah x kawen, pakej dah ‘lengkap’ mcm tu, bla ada org tnya, or nk kenen2 dgn sesapa, dia just senyum or xnk bincang lbh lanjut, hnya dia yg ada jawapannya.. 2) tentang lelaki memilih calon isteri yg cantik.. ini ada cth seorang kenalan di ofis, ada rupa yg dikategorikn ‘handsome’ jugakla, ada pangkat juga, ramai jugakla minah2 yg cuba rapat dgn dia, tp dia mcm x berminat dgn pompuan2 yg cantik atau pon yg mekap jd cantik, ataupon yg ada pangkat mcm dia.. aq ada jugakla try tnya mcmne yg dia suka.. agak ‘terkejut’ jugak bila dia kta, dia nk cari isteri yg ‘simple’ n sederhana je, sekadar sejuk mata memandang dan tak melebih2 dr segi rupa, pakaian cara hidup dan pergaulan.. (first time aq dengar lelaki yg x suka pompuan cantik), n klau bole pelajaran pon biasa2 je, bkn yg ada master or PhD suma tu.. alasannya, pompuan yg cantik2 ni, mesti fokus n guna bnyak masa n kos utk jd cantik tu.. ingat skejap ke nk mekap, pilih baju, handbag, kasut yg sesuai, sedondon n berjenama tu, dah pkai mhal2 n cantik2, nt mkn pon mesti nk kat tempat yg ‘exclusive’, x main la gerai2 tepi jln, at least Restoran yg ber’aircond’, nt nk masak pon x sempat, sbb sebok melawa or pegi gym.. rumah pon mesti yg ada ‘taste’ punya.. klau stakat pegawai biasa mcm dia, mngkin x mampu, lainla klau dia tu tycoon atau tauke balak ke, last2 dia kawen dgn sorang bdk yg dlu org panggil ‘PSH’ atau skrg ni org panggil “myStep” kot, orgnya manis je, mekap mcm simple and jenis yg ‘naif’ dlm bab pergaulan, skrang ni diorang dah bhagia dgn 2 org ank.. 3) tentang bab ekonomi .. rata2 lelaki akn cuba cari Pendapatan yg ‘terjamin’ atau kerja keras dgn 2-3 kerja, or buat “part-time job”, cth: bwak grap or biz online utk cari wang lbh.. aq fhm, hidup skrg pon mmg mencabar, dgn semua memerlukan kos utk mkn, bergerak dan hidup selanjutnya, tambah bla dah ada family dan ank2.. tp klau fokus utama hanya utk cari duit, itu semua perlukan pengobanan masa, tenaga, modal dll., dan bila xdpt capai ‘target’ yg ko perlukn, itu akn buat ko lg tension.. dahla penat siang mlm keja, masa dgn family pon kurang, silap2 bila x ckup2 jugak, semua nya akn jd lbh ‘berantakan’, siang mlm gaduh psal dt, silap2 solat pon x pernah lengkap, ari jumaat solat jumaat pon boleh ter’miss’ sbb part-time.., itu x msuk bab ‘curang’ dsb., adakah ianya berbaloi.. pdhal Tuhan dah janji rezeki msg2, malah org yg berkahwin akn bertambah2 lg rezekinya.., org tua dlu2 kerja kampong shj, tp mampu kawenkan ank2 yg ramai, org skrg nk kawenkn ank sorang pon mahu kna ada plg kurang 20K dlm tgn, nk byr dewan, catering, doorgifts dll., tu blom masuk hantaran, dan mcm2 upah wedding planner, baju, fotografi & sgala mcm lg ‘mk nenek’ yg kna byr.. sbb tu agaknya ramai ank muda skrg yg memilih utk ‘membujang’ terus, walau pon terpaksa ‘melawan’ fitrah naluri manusia dan juga sunnah Nabi, hanya krn tidak dpt memenuhi tuntutan persediaan perkahwinan dpd tuntutan perkahwinan itu sendiri.. fikirkan lah, wahai jejaka2 yg masih ‘single’ di luar sana.. fikirkanlah dgn matang.. Wallahua’lam bissawab.. anda shj yg mampu menjawabnya.. wasalam dan maaf jika ada salah silap dari saya.. hanya sekadar pandangan mata kasar saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *