Lelaki Kiriman Tuhan

Terima kasih siarkan confession saya. Terlebih dulu saya minta maaf penggunaan bahasa & penceritaan saya mungkin tak berapa teratur & panjang.

Tajuk cliche kan? Ya tapi itulah yang aku sedang usahakan dan doakan.

Sebagai pengenalan, aku Hanna, wanita berusia awal 30-an bekerjaya dalam sektor awam dan berasal dari Timur Malaysia.

Mungkin ini adalah bahagian ujian buatku, tidak seberapa jika dibandingkan dengan beribu kisah-kisah lain yang aku baca di sini dan banyak lagi di luar sana.

Jujur aku sangat bersyukur kerana banyak iktibar yang aku boleh ambil daripada coretan confession & komen kalian di sini. Terima kasih..

Namun, aku berharap untuk dapat memberi pengajaran melalui kisahku pula dan pembaca dapat sesuatu yang bermanfaat juga.

Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang lebih muda 3 tahun daripadaku melalui media sosial.

Kami bermula sebagai kawan biasa selama bertahun-tahun sehinggalah 4 tahun sebelumnya kami sentiasa berhubung hampir setiap hari dan mula berbicara tentang perkahwinan.

Anehnya, kami cuma berhubung melalui whatsapp, hanya mesej & tak pernah sekalipun bercakap dalam telefon apatah lagi berjumpa.

Suaranya seingat aku hanya pernah dengar pada mula berkenalan saja.

Tak berapa kisah pada awalnya sebab beranggapan pergaulan masih dapat dibataskan & dia adalah kawan alam maya terbaik yang pernah aku ada.

Namun, aku tak menyangka setelah bertahun rupa-rupanya perkenalan kami di awali dengan penipuan dari Q (aku namakan dia Q).

Penceritaannya padaku selama ini adalah cerita yang sama ex dia ceritakan kepadanya. Hal ni terbongkar bila aku mula syak & mencari tahu sendiri di media sosial tentang ex Q.

Agak banyak komplesiti penipuan Q. Barulah dia mengaku, meminta maaf & bersumpah bahawa dia sebenarnya sudah tidak pernah menghubungi ex nya lagi & dia sudah benar-benar sayangkan aku juga.

Walaupun hanya berhubungan virtually, tapi hubungan ini adalah realiti bagi aku.

Aku terlalu naif mungkin kerana tak pernah bercinta.

Silapnya, setelah sekian lama menjaga pendirian untuk menjaga batas pergaulan & akhirnya terbabas apabila berkenalan lebih serius dengan Q atas alasan cuba mencari jodoh.

Oleh kerana sudah jatuh sayang, Q aku maafkan & hubungan kami masih diteruskan.

Apa yang membuat aku betul-betul kesal hingga ke saat ini adalah membiarkan diriku dipengaruhi oleh Q sehinggakan kami pernah s*xting & mula berjinak-jinak dengan p*rnografi.

Aku betul-betul merasa jijik dengan diri sendiri & berasa hanya Q yang layak dengan aku kerana kami sama-sama berdosa.

Cuma ketagihan s*xting itu tidak lama kerana aku merasa sangat hina & ingin berhenti, mengingatkan kami untuk bertaubat dan tidak mengulanginya lagi. Dia akur walaupun kadangkala tewas juga.

Apa yang paling memberi kesan kepada hubungan kami & hidup aku sendiri adalah dari segi kepercayaan.

Aku jadi seorang yang cepat marah, tidak sabar, mudah stress, suka menuduh, rasa sangat insecure kerana pernah ditipu sesungguhnya oleh Q. Aku seperti trauma.

Ditambah pula Q belum menunjukkan apa-apa perubahan selama bertahun berkawan & tiada usaha yang jelas untuk mengubah status hubungan kami ke peringkat seterusnya.

Dan pada akhirnya aku betul-betul jauh hati dan mula mengabaikan mesej-mesej dari Q.

Terasa amat janggal bila saban hari, bertahun saling berkongsi mesej & akhirnya menjadi hambar namun aku kuatkan hati juga menjauhkan diri.

Sebenarnya aku buat begini supaya dia faham kekecewaan yang aku alami bukan kepalang & berharap dia akan berubah untuk lebih serius.

Tapi.. sekali lagi harapan aku musnah bila kami kembali berhubungan, Q mengaku ada menghubungi wanita lain melalui sepupunya & layanannya sudah mula berubah.

Dia menafikan ada hubungan istimewa & masih mahu bersama dengan aku.

Kebodohan berulang & aku terima buat seketika. Aku dijadikan wanita #1 tapi hakikatnya cuma lesen untuk dia bahagia dan turut melayan si #2. Tamak barangkali.

Jujur, aku memang sayang hubungan kami, aku serius & mengimpikan untuk terus menjadi kawan baik & isteri kepada Q.

Tapi, bertepuk sebelah tangan, bersungguh sebelah pihak tidak akan berjaya. Aku kesal dengan ketidakjujuran Q & sikap pentingkan dirinya.

Bertahun masa yang dibazirkan dengan sia-sia dan dosa dalam hubungan yang toksik.

Bukan tiada lelaki lain yang cuba mendekati tapi semua aku tolak atas alasan berlainan agama (maafkan pendirianku) & aku pilih untuk setia.

Tapi, baru-baru ini aku sudah tak boleh bertahan lagi, aku putuskan Q & beri dia laluan dengan yang baru. Aku mahu kembali menyayangi diri sendiri & tak mahu dimainkan perasaan lagi.

Baru tersedar sudah terlalu lama hanyut dalam dosa maksiat & mementingkan diri sehingga merosakkan jiwa sendiri.

Aku sedikit terlupa menghargai orang-orang lain yang menyanyangiku sesungguhnya tanpa syarat selama ini.

Jadi.. Apabila aku terbaca pelbagai perkongsian dalam IIUM Confession ni, ada yang diuji lebih teruk sehingga video call, terlanjur & macam-macam lagi. Dan ada pula yang dikhianati selepas berkahwin.

Aku sangat-sangat bersyukur Allah swt sedarkan lebih awal, selamatkan aku dari lelaki yang tidak bersungguh & daripada terus hanyut menghancurkan diri sendiri.

Terima kasih ya Allah. Sekarang aku serahkan semua urusan dunia kepadaNya..

Soal jodoh sekiranya ada di dunia saya sedekahkan al-fatihah buat awak & diri saya sendiri. Maafkan saya yang berdosa. Semoga Allah swt menerima taubatku.

Semoga ‘Lelaki Kiriman Tuhan’ itu juga masih ada untuk semua yang menantikannya & yang sedia ada inshaAllah yang terbaik memimpin kita ke Syurga Allah. Aamiin.

– Hanna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *